Rate

BAB 218

Romance Series 197165

Gee terus berlakon, dia tahu Remy belot tapi dia mahu lihat sejauhmana rakan seperjuangannya ingin terus menipunya. Malam ini tentunya malam terakhir buat Remy.

"Kau dah jumpa perempuan tu?" Soal Gee yang sedang bersandar di body keretanya.

"Belum lagi bro.."

"Bos nak kita cari sampai dapat, kalau tak nahaslah kita. Kau pun tahu kan, bos tu kejam mengalahkan iblis.."

"Aku tahulah. Aku akan usaha cari sampai jumpa.." balas Remy.

"Bagus kalau kau tahu. Eh, bro.. aku nak tanya kau satu soalan. Apa yang kau nak dalam hidup kau selama ni?"

"Aku nak hidup bahagia tanpa buat dosa lagi.."

"Maksud kau, kau nak cuci tangan?" Soal Gee.

Remy senyum, "Betul, aku nak berubah. Walaupun aku ni pendosa aku yakin Allah pasti akan mengampuni dosa-dosa yang aku dah lakukan..."

Gee ketawa, "Kau ni mimpi ke apa? Sejak bila timbul keinsafan tu? Eh, Remy. Kau dengan aku ni sama saja. Kita pernah meragut nyawa orang, kau ingat Allah akan ampuni dosa kita? Membunuh tu dosa paling besar..."

"Tapi Allah tu Maha Pengampunlah!"

"Kau takkan terlepas dari boslah. Bos tu takkan lepaskan kau untuk berubah. Dia mesti akan cari kau untuk terus buat kerja jahat. Cuba kau belot sekali, buruh padahnya!" Balas Gee cuba bersabar walaupun nada suaranya semakin tinggi.

Sharleez resah, jiwanya tidak tenteram. Dia menelefon Remy, dia mahu bertanyakan mengenai tugasannya.

"Kejap, ada yang call aku.." ucap Remy. Dia menjarakkan jaraknya dengan Gee.

"Hello, siapa ni?"

"Aku Sharleez.."

"Eh, kau gila ke call aku sekarang? Aku dengan Gee ni. Dari mana kau dapat nombor handphone aku ni?" Soal Remy cuba perlahankan suaranya, namun sedikit menekan.

"Maaf, aku tak tahu. Kau kat mana ni?"

"Dia ajak aku kat tempat kawasan gelap corong bukit," balas Remy.

"Hah? Dia nak bunuh kau ke apa?"

"Weii.. dia takkan buat macam tulah. Dia mana tahu aku belot dengan bos aku..."

Satu tepukan kedengaran, Remy terkedu. Ternganga mulutnya. Gee tersengih.

"Aku dah agak kau belot!"

"Err.. aku.. aku.. eh mana adalah.."

"Argghhh aku dengarlah. Telinga aku belum pekak lagi Remy!" Tengking Gee.

"Hello.. Remy! Remy!" Panggil Sharleez berulangkali.

Panggilan itu di dengari oleh Gee. Dia kenal suara perempuan itu. Segera dia mengeluarkan pistolnya, menghalakannya pada Remy. Lalu meminta Remy memberikan telefon itu kepadanya.

"Bagi aku telefon kau tu.."

Remy teragak-agak mahu memberikannya, namun Gee merampasnya kasar.

"Hey kau! Kau siapa hah?"

"Kau tu siapa?" Jerit Sharleez.

"Pengkhianat!"

"Kau ingat aku tak tahu kau siapa. Kau tentu perempuan yang pernah tendang aku sampai jatuh tu kan?"

"Kalau ya kenapa?" Tengking Sharleez geram.

"Datang sini, kalau tak Remy akan mati. Aku bagi kau masa sekejap aje. Aku bukan orang yang sabar!" Ucap Gee bengis.

"Okay, hantar location!"

"Jangan Leez! Jangan datang. Bahaya!" Jerit Remy membuatkan Gee marah. Dia menumbuk perut Remy kuat.

"Aduh, sakitlahhhh..."

"Diam!"

"Remy!"

"Hei, jantan! Kau jangan apa-apakan Remy. Kalau tak buruk padahnya. Nahas kau!" Sharleez memberi amaran keras.

Sharleez segera bergerak, dia mahu menyelamatkan Remy. Dicapai baju hitamnya, baju yang biasa dia bertarung. Baju yang membangkitkan semangatnya dalam pertarungan.

"Hello, tuan!"

"Ada apa Leez?"

"Remy dalam bahaya. Dia bakal dibunuh Gee. Dia sudah tertangkap. Aku mahu ke sana menyelamatkannya.."

"Tapi bahaya Leez.. kau kena..."

Tutt tutt..

Panggilan ditutup, Sharleez tidak mahu banyak bicara. Dia hanya mahu menyelamatkan satu nyawa. Remy dalam bahaya. Motorsikal berkuasa tingginya terus meluncur laju membelah kegelapan malam bertemankan cahaya lampu.

"Sharleez!" Panggil Tengku Harith Zaqwan kuat.

"Shittt!!!" Marah Tengku Harith Zaqwan. Dia kini diburu resah.

"Kief, kau keluar dari banglo datuk. Tolong follow Sharleez. Dia dalam bahaya. Dia mahu menemui Gee. Remy tertangkap. Cepat bertindak!" Arah Tengku Harith Zaqwan.

"Baik, tuan!"

Sharkief keluar dari situ, dia menaiki motorsikalnya. Dia sudah siap juga untuk berlawan dengan musuh-musuhnya.

Tengku Harith Zaqwan patah balik untuk ke rumah Datuk Mustaqim. Tujuannya untuk melindungi keluarga itu dibahagian luar meskipun kehadirannya tidak diketahui sesiapa. Itulah tanggungjawabnya.

Setengah jam kemudian dia sampai disitu. Dia hanya duduk dibahagian luar rumah Datuk Mustaqim. Tengku Arissya yang masih tidak dapat melelapkan matanya, keluar dari balkoni rumahnya. Dia lihat ada sebuah kereta, sepertinya dia mengenali kereta itu. Setelah lama memerhati dia yakin itu tentunya Tengku Harith Zaqwan.

'Dia buat apa kat sini ya?' Desis hati Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan menjenguk ke tingkat atas, dia sangkakan tiada sesiapa. Rupanya dia diperhatikan. Seketika mereka saling berpandangan, namun tiada sekuntum pun senyuman di wajah Tengku Harith Zaqwan. Malah dia menaikan cermin keretanya agar Tengku Arissya tidak terus mengintainya, lagipun dia ke situ hanya ingin menjalankan tugasannya. Dia tidak ada masa untuk bermain, saling bergaduh dan memikirkan tentang hati dan perasaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience