Rate

BAB 115

Romance Series 197165

Hud Mikail tergesa-gesa ke hospital, dia nampak sangat risau.

"Macam mana keadaan Harith pak cik?"

"Doktor masih merawat Harith, pak cik dengan mak cik pun tak tahu keadaannya lagi," balas Pak Cik Karim. Dialah yang membawa Tengku Harith Zaqwan setelah terdengar suara majikannya merintih sakit.

"Saya sangat risau keadaan dia tu, hmm.. macam mana boleh sampai Harith masuk hospital?"

Hud Mikail melabuhkan punggungnya di kerusi panjang. Pak Cik Karim pun mula menceritakan semua yang terjadi, Hud Mikail hanya mengangguk faham.

"Sama-samalah kita doakan Harith tu," ucap Mak Cik Timah.

"Assalamualaikum.. pak cik, mak cik.. buat apa kat sini?" Soal Iris Ariana.

Hud Mikail mendongak, dia terkedu.
Dia bingkas bangun, sepasang matanya asyik memandang Iris Ariana.

'Siapa gadis ni? Cantiknya dia. Ya Allah.. bidadari ke ni?' Desis hati Hud Mikail.

"Wa'alaikumussalam. Eh, Cik Ariana. Pak cik dengan mak cik tengah tunggu Harith kat sini, dia masuk hospital. Tapi sejak dari tadi doktor masih belum keluar," ucap Pak Cik Karim.

"Ya Allah.. kenapa dengan Harith? Dia sakit ke?"

"Tak tahu punca lagi Cik Ariana, mak cik dengan pak cik pun tengah tunggu doktor keluar," sampuk Mak Cik Timah.

"Pak cik siapa ni?" Soal Hud Mikail bertanyakan Pak Cik Karim. Semua mata memandang ke arahnya.

"Owh.. Hud, kenalkan ni Iris Ariana. Inilah peguam Harith. Ingat lagi tak?"

Hud Mikail cuba mengingati satu nama itu, kemudian dia tersenyum bila sudah dapat mengingatinya, "Owh.. Cik Ariana. Lawyer Harith tu, yang cari dia masa dia kat Paris kan?"

Iris Ariana senyum, "Betul, I lawyer Harith. You tentu adik sepupu dia kan?"

"Yup, betul.." balas Tengku Hud Mikail segan. Mesti Tengku Harith Zaqwan ada bercerita mengenainya.

"Cik Ariana dari mana ni? Buat apa kat hospital?" Soal Mak Cik Timah.

"Saya ke sini jumpa klien, dia masuk hospital kena demam panas, kebetulan ada urusan sikit dengan dia tu yang saya ke hospital ni," balas Iris Ariana.

"Cik Ariana duduklah dulu," pelawa Hud Mikail memberi ruang pada Iris Ariana.

Iris Ariana mengangguk perlahan, dia duduk dekat di sebelah Hud Mikail. Ada debaran di jantung lelaki itu.. dia tidak tahu kenapa, tapi dia rasa gementar.

Iris Ariana berbual-bual dengan Pak Cik Karim dan Mak Cik Timah, Hud Mikail diam saja mendengar.

"Doktor!" Ucap Hud Mikail bingkas bangun apabila kelihatan doktor keluar dari bilik kecemasan itu.

Semua yang ada di situ sudah bingkas bangun menunggu jawapan daripada doktor.

"Macam mana keadaan abang sepupu saya, doktor?"

Doktor nampak sedih kehampaan, namun dia perlu menyatakan hakikat, "Encik Harith pernah mengalami luka ke dibahagian pinggangnya?"

"Ya, pernah. Luka tikaman, luka kecil aje," balas Hud Mikail.

"Luka tu tak dirawat di hospital atau klinik ke?"

"Rasanya tak, dia cuma letak ubat luka aje,"

"Inilah yang saya mahu katakan, luka tu sebenarnya bukan luka biasa. Encik Harith mengalami luka yang dalam. Luka tu dah dijangkiti kuman.. dan ia sudah merebak ke sebahagian organ tubuhnya,"

"Ya Allah..." ucap Hud Mikail terkejut, matanya berkaca mendengar hakikat pahit itu.

"Harith akan sembuh kan doktor? Buatlah apapun asalkan dia selamat.."

Ada kehampaan di wajah doktor, berat untuk dia sampaikan kenyataan kedua, "Kami dah suntik ubat untuk menghalang jangkitan tu. Tapi jangkitan kuman tu dah merebak di sebahagian organnya, jika Encik Harith tidak sedarkan diri dalam masa 24 jam kemungkinan besar dia akan koma.."

"Doktor dia akan sedar kan? Dia boleh sembuh kan?" Ucap Hud Mikail mencekik leher baju doktor lelaki itu. Pak Cik Karim menghalang, "Hud bertenang, tak baik bersikap macam ni.."

"Harith tu satu-satunya abang sepupu saya. Saya sayangkan dia dunia akhirat pak cik," balas Hud Mikail sudah kembali tenang.

Iris Ariana juga sebak. Kesian Tengku Harith Zaqwan, sudahlah dia kehilangan mamanya Tengku Suria.. tapi sekarang dia pula diuji dengan kesakitan.

"Bawa bertenang. Kalau ubat tu bagi effect yang bagus, andai kata Encik Harith dapat melawan sakitnya tu, insya-Allah dia akan kembali sembuh atau sedarkan diri sekiranya dia mengalami koma," ucap doktor muda itu.

"Banyakkan berdoa, saya minta diri dulu.." sambung doktor itu dan terus berlalu pergi dari situ.

Hud Mikail terduduk, dia bersandar ditepi dinding. Pak Cik Karim cuba menenangkannya.

"Hud, ingat Allah. Ini semua ujian untuk Harith. Pak cik percaya Allah nak bagi sesuatu yang lebih baik untuk Harith,"

"Tapi pak cik..."

"Hud, bertenang.. kita banyakkan berdoa ya," sampuk Mak Cik Timah.

Giliran Iris Ariana pula memberi kekuatan pada lelaki itu, "I tak pernah kenal you dengan lebih rapat, tapi I tahu you kuat orangnya. Kalau you sedih macam ni.. macam mana abang sepupu you nak kuat. Dia mesti sedih tengok you macam ni.. I harap you jadilah kuat untuk dia.."

Hud Mikail mendongak, wajah Iris Ariana dipandang.. dia kemudiannya mengangguk faham. Ada betulnya apa yang dikatakan Iris Ariana tu. Dia perlu lebih kuat di hadapan abang sepupunya.

Setengah jam kemudian Iris Ariana meminta diri untuk pulang.

"Pak cik, mak cik kalau ada apa-apa bagitahulah saya keadaan Harith ya.."

"Baiklah," balas kedua pasangan itu menganggukkan kepalanya perlahan.

"Cik Ariana ni nombor handphone saya, boleh contact saya untuk tahu pasal Harith," sampuk Hud Mikail menyerahkan name card pada Iris Ariana.

"Okay, thank you!"

"Welcome.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience