Rate

BAB 133

Romance Series 197165

Tengku Harith Zaqwan melambai-lambai tangannya ke arah Darius dan Rubina Elizaberth. Kini mereka kembali ke Paris.

"Jomlah bro!"

"Harith, kenapa dengan kau ni?" Soal Hud Mikail apabila abang sepupunya masih tercegat di situ tidak berganjak.

"Nothing, jom balik!"

Tengku Harith Zaqwan sudah memboloskan tubuhnya ke dalam kereta. Hud Mikail yang drive. Sepanjang perjalanan itu, Hud Mikail hairan dengan abang sepupunya itu yang banyak mendiamkan diri. Dia nampak begitu sedih meskipun dia mengenakan cermin mata hitam pada tengah hari itu.

"Eh, kenapa kau nampak sedih sangat ni?"

"Dah tu takkanlah aku nak ketawa kut,"

"Hisyh kau ni, tak faham pula maksud aku. Eh, kau betul-betul nak balik ke ni? Aku rasa laparlah. Lunch jom!" Ajak Hud Mikail.

"Okay, kita lunch.."

Beberapa minit kemudian, mereka berdua singgah di salah sebuah restoran mewah. Semasa mereka mahu masuk berjalan menuju ke laluan restoran itu, Tengku Harith Zaqwan dilanggar.

"Eh, sorry-sorry. I tak sengaja. Encik okay ke?" Soal perempuan itu yang masih menundukkan kepalanya. Dia juga terpercik minuman yang dibelinya.

"It's okay Arissya," ucap Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Arissya mendongak, dia terkedu, "Harith? You rupanya!"

"Tak sangka kita jumpa dengan cara yang macam ni kan, you tumpahkan minuman tu atas baju I ni," ucap Tengku Harith Zaqwan membuatkan Hud Mikail di sebelahnya tersengih.

"Sorry Harith, I tak sengajalah. You marah ke?"

Kali ini Tengku Harith Zaqwan tergelak besar.

"Why you gelak?" Soal Tengku Arissya. Dia perempuan yang tak suka lelaki gelak tak ingat dunia.

"I acah aje. I tak marah pun,"

"Owh, thanks. So, I minta diri dululah.."

Belum sempat Tengku Arissya mahu melangkah ke depan, Tengku Harith Zaqwan menghalang. Hampir saja Tengku Arissya terpeluk tubuh sasa itu.

"Harith, apa pula halang I ni!" Agak tegas nada suara Tengku Arissya. Hud Mikail hanya menjadi saksi. Diam saja dia di situ.

"I tak habis cakap lagi,"

"Okay what?"

"Jom lunch sekali dengan I. Hud pun ada ni,"

"I dah kenyanglah, Harith.."

"Yeke kenyang? Minuman tu apa?"

"Owh, minuman ni I beli sebab dahaga.."

"Tipu!"

"Harith, please.. I tak tipulah. I nak cepat ni, ada hal.."

"Harith apa kau ni halang Arissya, dia ada hal tu. Tepilah!" Ucap Hud Mikail sambil menarik tubuh Tengku Harith Zaqwan ke tepi agar tidak menghalang gadis itu pergi.

Sebelum berlalu pergi dari situ Tengku Arissya bersuara, "Sorry korang, I ada hal. I minta diri dulu. Bye!"

Tengku Harith Zaqwan berpaling ke belakang, dia memandang hampa. Tengku Arissya tak mahu join dia lunch. Biasa gadis itulah yang selalu temankan dia di hospital. Menceriakan hari-hari hidupnya. Sejak dia keluar dari hospital Tengku Arissya jarang menjenguknya dirumah.

"Jomlah," ajak Hud Mikail.

Tengku Harith Zaqwan dan Hud Mikail sudah melabuhkan punggungnya di kerusi.

"Kenapa kau halang Arissya tadi? Hampir saja dia terpeluk tubuh kau tu,"

"Aku nak dia join kita lunch, tu aje.." balas Tengku Harith Zaqwan bersahaja.

"Mana boleh paksa, kesian dia. Tahu tak dia nampak macam sakit hati dengan kau tadi,"

"Dia nampak cantik bila marah kan," puji Tengku Harith Zaqwan.

"Tengku Arissya tu selalu cantik dimata dan hati kau, Harith," balas Hud Mikail terlanjur kata.

"Hah? Yeke? Kenapa kau cakap macam ni. Aku dengan dia pernah...."

"Eh, makanan dah sampai. Jom makan, Harith!" Ucap Hud Mikail supaya Tengku Harith Zaqwan tidak bertanyakan tentang Tengku Arissya.

"Menyakitkan hati betullah Harith ni!" Ucap Tengku Arissya geram dengan sikap bekas suaminya. Nasib baik dia tidak terpeluk tubuh sasa milik Tengku Harith Zaqwan tadi, sempat dia guna break kaki.

"Eh, tapi tak baik aku cakap kat dia macam tu. Dia kan amnesia, so mungkinlah aku rasa perubahan sikap dia tu pun dah macam perubahan cuaca kut," ucap Tengku Arissya lagi bercakap sendirian sambil memandu kereta.

Sebenarnya dia ada hal, dia mahu menemui kawan lamanya. Tapi tak jadi pula, disebabkan kawan lamanya Si Faqrul ada hal penting. Untuk itu terpaksalah dia balik semula ke rumahnya.

Hampir sejam juga Tengku Arissya baru sampai ke rumahnya kerana jalan jem. Memang sangat penat.

"Hai, kakak! Kenapa ni? Muka tu masam aje,"

"Penat!"

"Kata nak jumpa kawan lama, awal balik tak jadi jumpa ke?"

"Dia ada emergency pula, so tak apalah. Akak rehat ajelah kat rumah ni,"

"Eh, jap! Papa mana Elvia?" Sambungnya bertanyakan Datuk Mustaqim.

"Papa keluar main golf hari ini, hujung minggu kan,"

"Really?"

"Yup!"

"Wow.. papa! Bukan main dia ya. Akak nampak papa makin sihat dan bertenaga sekarang, apa rahsianya?" Soal Tengku Arissya. Dia gembira Datuk Mustaqim sihat.

Tengku Elvia tergelak secara tiba-tiba.

"Eh, orang tanya dia tergelak pula. Ni dah kenapa, kena sampuk hantu ke apa?"

"Akak punya soalan macam soalan kosmetik, apa rahsianya.." balas Tengku Elvia siap ikut gaya kakaknya bercakap. Kali ini Tengku Arissya pula yang rasa nak tergelak.

"Rahsianya papa sihat sebab dua orang anak perempuan dia dah ada depan mata dia," sambung Tengku Elvia.

"Yup, tulah kan.."

"Tapi papa lagi sihat kalau akak terima tawaran kerja di syarikat kita tu,"

Tengku Arissya bingkas bangun, "No komen!"

"Kakak! Nak ke mana tu?"

"Nak rehat!" Balas Tengku Arissya yang sudah menapak ke tingkat atas. Tinggallah Tengku Elvia sendirian di ruang tamu. 'Baru aje nak sembang, dah naik ke bilik. Hisyh kakak ni!' Desis hati Tengku Elvia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience