Rate

BAB 280

Romance Series 197233

Akhirnya....
"Aku terima nikahnya...."

Aku masih cinta, ya! Kerana satu ikatan yang kuat, mereka tertakdir untuk hidup bersama. Allah telah menyatukan mereka dalam satu ikatan yang halal.

Syukur alhamdulillah, akhirnya Tengku Arissya ditakdirkan untuk Tengku Harith Zaqwan. Semua yang menyaksikan perkahwinan itu sangat gembira, terutamanya Datuk Mustaqim dan Tengku Elvia. Turut hadir Hud Mikail, isteri dan anaknya. Sharleez dan suaminya, Adrian Smith. Sharkief dan Dafiya, Puan Ros. Datuk Qaid dan Datin Falida. Manakala di majlis perkahwinan itu Darius dan Rubina Elizaberth tidak dapat hadir kerana ada urusan lain.

"Jemput makan.." ucap Tengku Harith Zaqwan melayani ahli keluarganya. Semua yang menghadiri majlis perkahwinannya sudah dia anggap seperti ahli keluarganya sendiri.

Tiba-tiba Hud Mikail menepuk bahu Tengku Harith Zaqwan, "Hei, pengantin baru, congratulations!"

"Eh, Hud.. jemput makan bro.."

Hud Mikail tersengih-sengih, "Hebat kau ye, dalam diam-diam fuhh merancang!"

Tengku Harith Zaqwan tergelak, "Tak adalah, aku ni bukannya tak nak bagitahu kau perkara sebenar tapi demi keselamatan Arissya, so aku fikir biarlah kali ni aku tak hebohkan.."

Hud Mikail mengangguk faham.

"Sorrylah bro.."

"It's okay Harith, aku sebenarnya happy untuk kaulah. Aku tak sangka yang kau akan bernikah dengan Arissya. Jodoh korang berdua memang kuat," ucap Hud Mikail sebak. Dia memeluk tubuh Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Harith Zaqwan merenggangkan pelukan itu, "Eh, apahal kau sebak ni?"

"Entahlah, aku ingat balik kau punya derita tu Ya Allah.. tak sangkalah yang kau sekuat ni.."

Tengku Harith Zaqwan diam saja. Hud Mikail kembali menyambung kata-katanya.

"Tapi apa yang Allah bagi ni memang berbaloi untuk kau, akhirnya kau kahwin sekali lagi dengan Tengku Arissya, perempuan yang sangat kau cintai.."

"Alhamdulillah, Hud. Aku rasa syukur sangat Allah bagi aku peluang kedua untuk hidup bersama Arissya. Akhirnya dia jadi milik aku semula. Kadang tu aku rasa nak meraung, menjerit, adakalanya aku rasa semua ni macam mimpi, tapi tak bro.. nilah yang aku sedang lalui. Aku tak mimpi yang aku dah jadi suami kepada Tengku Arissya.."

Hud Mikail mengangguk perlahan sambil berkata, "Kau jagalah Arissya baik-baik ye.."

"Aku akan jaga dia melebihi aku jaga nyawa aku sendiri.."

"Tapi memang itu pun yang kau dah lakukan sebelum ni, kau sanggup mati demi Arissya semata-mata nak melindungi dia. Aku percaya kau, Harith. Cinta kau pada Tengku Arissya memang luar biasa..."

"Aku mahu mencintainya sampai syurga.."

Hud Mikail tersenyum bangga mendengarnya.

Tetamu yang hadir di majlis tertutup itu sudah pun beredar, hanya tinggal Tengku Elvia dan Sharleez rancak berborak, manakala Tengku Emir Danish dan Adrian Smith pula sedang menikmati kambing bakar. Anaknya pula pada ketika itu dijaga oleh Dafiya.

"Hai, Fiya!" Sapa Sharkief.

"Hai, buat apa kat sini?"

Sharkief tersengih, "Saja datang sapa buah hati. Takkan tak boleh kut.."

Dafiya senyum. Segan dia kalau mata lelaki itu asyik menatapnya. Kadang ada juga rimasnya.

"Hmm lepas ni kita pula kahwin ye. Sebab Kief dah handle semua, rumah pun dah nak siap dibina.."

"Hah? Rumah dah nak siap dibina? Bukan ke tak siap lagi sebelum ni?" Soal Dafiya sambil matanya memerhati gelagat anak Tengku Elvia yang sedang bermain.

"Kief upah ramai tenaga kerja, jadi cepatlah siap. Lagipun kalau boleh nak kahwin awal, tak nak tunggu lama. Tak salah rasanya kalau kita percepatkan benda baik kan.."

"Memang tak salah tapi kena bincang dengan umi dulu.."

"Dah cakap dengan umi sayang. Umi okay aje.." ucap Sharkief memanggil Dafiya 'sayang', makin segan dia dibuatnya.

Tiba-tiba anak Tengku Elvia merenggek, Dafiya bingkas bangun dari bangku. Dia mendukung anak kecil itu sambil berkata, "Kita bincang lain kali ye... nak jaga budak comel ni dulu.."

Sharkief tersenyum mendengar kata-kata gadis itu, dia tahu Dafiya segan dengannya.

"Jauh senyumnya tu, kalau dah angau tu kahwin ajelah.."

"Eh, akak!"

"Yee akaklah ni, bila nak kahwin? Bagitahu aje umi cakap nak cepatkan perkahwinan kau dengan Fiya tu..."

"Nak kak, memang nak tapi kena tunggu jawapan Fiya. Kalau umi Kief dah bagitahu pun.."

"Okaylah akak doakan semoga kau cepat kahwin ye.."

"Tadi Kief tengok akak rancak sembang, eh tiba-tiba tercegat kat sini.."

"Yelah dah nak balik, nak bagitahu kaulah ni Kief.."

"Okaylah, jom kita balik. Kejap Kief panggil umi dan Fiya.." balas Sharkief.

Mereka semua datang menggunakan sebuah kereta saja, kereta milik Tengku Harith Zaqwan. Kereta mewah Empire yang dipandu oleh orang upahan Tengku Harith Zaqwan.

"Akak ke ruang luar kejap, nak jumpa dengan tuan kita.."

"Alright.."

"Hai, Arissya..." Sapa Sharleez, Tengku Arissya senyum manis. Cantik.

"Hai, Leez. Dah siap ke menjamu selera?"

"Dah siaplah kitaorang menjamu selera, kenyang sangat dah kami ni akak.." sampuk Tengku Elvia yang sudah ada dengan kakaknya. Mana taknya, tadi diaorang makan berdua sambil berbual-bual. Kenyang bukan main.. perkena kambing bakar perap. Sedap pula tu!

"Alhamdulillah dua-dua dah kenyang..."

"Boraklah dulu ye, Elvia nak cari Emir dan ambil anak kejap dengan Dafiya.."

Sharleez dan Tengku Arissya mengangguk perlahan.

"Arissya selamat pengantin baru ye, I doakan you bahagia. I tak boleh nak lama ni, dah nak balik. So, mana pengantin lelakinya?"

"Hai, Leez! Dah nak balik ke? Awal sangat ni.." sapa Tengku Harith Zaqwan. Baru nampak batang hidungnya. Rancak berbual dengan Hud Mikail dan Iris Ariana tadinya....

"Ha'ah dah nak baliklah ni tuan.."

"Leez, dahlah bertuan bagai. Panggil Harith ajelah. Kita semua satu family.."

"Okaylah, Harith boskuuu....." Balas Sharleez membuatkan Tengku Harith Zaqwan tersengih.

Sementara menunggu kedatangan Sharkief dan yang lain, mereka berbual-bual. Hud Mikail, isteri dan anaknya sudah pulang. Begitu juga dengan Datin Falida dan Datuk Qaid. Datuk Mustaqim pula yang rancak menyembang dengan Puan Ros sudah menapak ke arah mereka.

"Arissya, papa pulang dulu ye.."

"Okay paa, terima kasih sudi datang kat majlis kahwin Arissya. Terima kasih papa. Arissya minta maaf sebab selama ni Arissya degil, tak dengar cakap papa.." ucapnya sebak. Air matanya sudah bergenang di kelopak matanya.

Datuk Mustaqim segera memujuk, "Yee sama-sama Arissya. Tak apa papa faham. Papa selalu maafkan anak papa. Arissya jangan sedih ye. Hari ini hari bahagia Arissya, papa serahkan tanggungjawab papa pada Harith, menantu papa. Papa yakin yang dia boleh jadi suami yang baik untuk Arissya..."

Mendengar kata-kata itu Tengku Arissya menangis, tubuh papanya dipeluk erat.

"Dah-dah jangan nangis.. nanti papa pula yang sedih," ucap Datuk Mustaqim yang sudah merenggangkan pelukan itu.

Datuk Mustaqim memberi isyarat mata pada menantunya supaya memujuk anaknya. Tengku Harith Zaqwan merangkul pinggang itu, lalu memujuk isterinya.

"Dahlah sayang, tak elok nangis. Nanti papa sedih. Abang ada. Abang jaga Arissya..." pujuk Tengku Harith Zaqwan lembut. Gadis itu segera menyeka air matanya, seakan sudah terpujuk dengan kata-kata suaminya.

"Harith ingat, jaga Arissya baik-baik. Jangan buat dia terluka lagi.."

"Harith janji papa. Harith akan jaga Arissya. Papa jangan risau ye.."

Datuk Mustaqim mengangguk faham. Dia kemudiannya berlalu pulang ke rumahnya bersama Tengku Elvia dan menantunya. Semuanya sudah beredar pergi, tinggal saja mereka berdua.

Sebenarnya majlis perkahwinannya di adakan di Cameron Higlands, di satu tempat yang sangat indah. Dan itu merupakan pilihan Tengku Harith Zaqwan, manakala baju pengantin yang dipakainya pilihan Tengku Arissya.

"Sayang jomlah naik bilik. Sayang duduk bilik dulu ye. Abang nak ambil barang kat dalam bonet kereta.."

"Arissya pergi sekalilah temankan abang.."

"Eh, tak apa. Banyak beg tu nak kena angkat.."

"Tak apa Arissya tolong.."

"No, sayang. Sayang naik bilik ye, biar abang je angkat semua beg tu.."

"Tapi..."

"Tengok tu degil dengan abang, tak baik tau degil dengan suami sendiri. Berdosa..."

"Abang ni ugut Arissya ke?"

"Taklah, abang cuma tak nak sayang angkat berat.. tu je. Nanti kang sayang jadi sado.." kali ini memang lawak, Tengku Arissya tergelak mengekek.

"Abang ni! Janganlah duk buat lawak macam ni. Sakit perut gelak..."

Tengku Harith Zaqwan tergelak, "Dah sayang tak dengar cakap abang, abang buat lawaklah.."

"Yelah Arissya rehat kat bilik aje.."

"Tapi kalau abang penat ke sayang urut abang ye?"

"Tak nak! Mengadalah abang ni. Dah tadi nak angkat semua barang tu sorang, jadi kalau sakit badan ke apa tanggunglah sendiri.." ucap Tengku Arissya yang sudah menapak ke biliknya. Namun, dia tidak perasan yang Tengku Harith Zaqwan menemaninya di belakang...

"Eh, abang. Kenapa ikut Arissya ni?"

"Abang temankan dulu sayang sampai bilik. Baru abang turun balik angkat barang.."

"Laa.. dah kenapa macam ni abang?"

"Abang risau Arissya sorang-sorang naik bilik. Biarlah abang temankan.. abang nak sayang selamat.."

"Hmm okay abang, terima kasih temankan Arissya.."

"Sama-sama sayang.."

Tengku Harith Zaqwan membuka lampu biliknya, apabila dirasakan semuanya selamat dia kembali ke tingkat bawah mengangkat ke semua barang itu naik ke biliknya.

Tiga kali dia turun naik ke tingkat atas. Memang agak penat tapi tak apalah, isteri ada. Isteri boleh tolong urutkan. Tak pun sekejap lagi dia habiskan masanya dengan tidur.

"Ya Allah abang, kesiannya.. sampai berpeluh angkat beg ni semua.."

"Tak apa sayang, abang dah biasa angkat berat. Dah biasa pergi gym angkat besi juga.."

"Tak payahlah nak tunjuk gagah tu ye, Arissya tahu abang penat. Meh sini beg satu lagi tu, Arissya bawa masuk..."

"Tak payah sayang, biar abang angkat je. Sayang pergilah rehat, tengok pemandangan kat balkoni tu ye. Pergi healing situ.." balas Tengku Harith Zaqwan yang sudah membawa masuk beg besar yang terakhir.

Kali ini Tengku Arissya tergelak kecil, "Healing apa time macam ni. Nanti-nantilah healing tu abang..."

"Okay, kita rehat aje bilik. Malam ni kita keluar jalan-jalan..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience