Rate

BAB 208

Romance Series 197165

"Aku nak kau cari bukti dimana ia berada. Sekarang!" Tegas Tengku Harith Zaqwan pada malam itu pada Remy.

Sharleez dan Sharkief juga turut ada disitu.

"Aku tak tahu bukti tu kat mana!" Ucap Remy kasar. Dia sudah bosan terkurung begitu.

"Kau kena cari Remy, kau memang terpaksa cari bukti tu untuk aku. Kalau tak...."

"Kalau tak apa?"

"Aku akan bunuh mak kau!" Ucap Tengku Harith Zaqwan untuk menakutkan musuhnya.

"Masalahnya aku tak tahu bukti tu kat mana. Aku tak tahu bos simpan mana!" Remy tetap berdegil menipu.

Sharkief menyampuk kali ini, "Mustahil kau tak tahu. Aku tahu kau sengaja buat tak tahu.."

"Aku pun rasa begitu," sampuk Sharleez pula.

"Kau pilih Remy. Mak kau yang melahirkan kau ke dunia ini atau kau nak dapatkan bukti tu untuk aku.." Tengku Harith Zaqwan meminta Remy membuat pilihan.

"Aku tak boleh dapatkan bukti tu,"

"Kenapa?"

"Kalau aku dapatkan bukti tu dan kau serahkan pada polis, dah tentu aku akan ditangkap. Aku tak nak masuk penjara.." akui Remy pada akhirnya.

"Kau tak perlu risau, setidaknya hukuman yang akan kau dapat hanya sementara. Tak berat. Aku jamin,"

"Tapi aku...."

"Kau fikirlah. Aku bagi masa kau tiga hari aje. Kalau kau sayangkan mak kau, kau akan pilih dia.." balas Tengku Harith Zaqwan berlalu pergi dari situ. Sharkief dan Sharleez turut serta.

"So, kau nak buat macam yang kita rancang tu ke tuan?" Soal Sharkief.

"Ya, hanya Remy yang dapat mencari bukti tu.."

"Kalau gagal macam mana?" Sampuk Sharleez.

"Kita cuba dulu. Aku yakin Remy takkan belot pada kita sekiranya dia memikirkan emaknya.."

"Jadi mak Remy perlu ada dengan kita ke tuan?"

"Ya, betul. Kau kena jaga dia. Jangan sampai Gee jumpa mak Remy.."

"Baik, tuan.."

"Akak pergi mana? Susah betullah nak jumpa!" Rungut Tengku Delisha. Geram dia dengan sikap kakaknya. Ada rumah tapi selalu keluar macam orang yang tidak berumah.

"Akak busy buat bisneslah," Tengku Qistina memberi alasan.

"Busy apa sampai dua tiga hari tak balik rumah. Pergi mana akak ni?" Soal Tengku Delisha. Dia geram dengan kakaknya. Asyik sibuk memanjang saja.

"Itu urusan kakak okay. Tak payah masuk campur!"

"Okay fine! Ni haa.. Del nak minta tolong, boleh ke?"

"Nak minta tolong apa?"

"Del tetap nak dapatkan Emir, so walau dengan apa cara sekalipun Del sanggup lakukan," ucap adiknya membuatkan Tengku Qistina terkedu.

"Maksud Del?" Menginginkan sebuah kepastian.

"Del nak akak tolong, buatlah apapun asalkan Emir jadi milik Del. Kali ni Del nekad.."

"Wow! Betul-betul ke ni?" Soal Tengku Qistina tidak menyangka. Disaat dia menghadapi masalah, Remy entah hilang ke mana. Inilah masanya dia memanfaatkan adiknya untuk melakukan perancangan barunya.

"Betullah akak, Del tak main-main kali ini.. lagipun Del tak nak kalah dengan perempuan tu,"

"So, Del nak dia terseksa?"

Tengku Delisha tersenyum, "Of courselah kakak. Kali ni Del nak perempuan tu menangis. Biar dia tahu sakitnya ditinggalkan.."

"Okay, tak apa kalau macam tu kita kena planning dulu apa nak buat. Boleh?"

"Boleh, so.. kita nak buat apa?"

"Kita terpaksa culik Datuk Mustaqim.."

"Hah? But why Datuk?" Soal Tengku Delisha.

"Sebab hanya dia yang dapat menderitakan anaknya sendiri.."

"Tapi kenapa kita sampai perlu menculik? Itu kan kerja yang boleh bawa kita ke lokap akak," balas Tengku Delisha. Dia tidak menyangka perancangan kakaknya sampai perlu menculik.

"Dalam dunia ni, adakalanya kita kena jadi jahat sebab kalau jadi baik kita mudah kena pijak. Mudah dipermainkan dan diperbodohkan. Macam Del.."

"Tapi kak..."

"Ingat Del, setiap pilihan terletak ditangan Del sendiri. Akak cuma nak tolong aje. Kalau Del nak, Del ikut perancangan ni. Kalau tak nak, jangan harap Del akan dapat memiliki Tengku Emir Danish. Lupakan saja impian untuk hidup bersama dengan lelaki tu.."

"Del memang nakkan Emir, tapi bukannya Datuk Mustaqim. Kenapa kena culik Datuk?"

"Ini perancangan pertama, ada lagi yang seterusnya. Kita tak boleh terburu-buru, takut tersilap langkah buruk padahnya.."

"Akak buat macam ni sebab nak bagi perempuan yang Del tak suka tu menderita. Bila dia kehilangan papanya, hidup dia akan sengsara. Sebab dia hanya ada papa dia saja di dunia ni. Mama dia dah lama meninggal, so fikir sendirilah bagaimana rasanya hidup tanpa papa.." sambung Tengku Qistina tersengih sinis.

Kali ini Tengku Delisha mengangguk faham.

"Betul juga tu akak. Tak apalah Del setuju.."

Bertapaklah dua kejahatan dimuka bumi ini.

"Kita akan jalankan perancangan ni bila dah berbincang dengan kawan-kawan akak.." balas Tengku Qistina menyebut 'kawan'. Tidaklah nampak terlalu jahat dimata adiknya.

"Okay kak. Del tunggu!"

"Hai kak, kenapa resah semacam aje ni?" Soal Tengku Elvia apabila melihat wajah kakaknya resah pada pagi itu.

"Entahlah Elvia, akak rasa tak sedap hati dua tiga hari ini..

"Tak sedap hati macam mana?"

"Rasa macam serba tak kena dan yang peliknya akak asyik teringatkan papa.."

"Ingatkan Elvia je, akak pun sama ya.."

"Apa maksud Elvia?"

"Elvia mimpi ngeri pasal papa dan kakak. Mimpi tu macam betul-betul aje.."

"Tapi mimpi tu kan mainan tidur aje.."

"Elvia rasa betul-betul akak dengan papa dalam kesusahan. Elvia sampai takut. Takut ada perkara buruk yang akan berlaku pada family kita.."

Tengku Arissya senyum, "Tak ada apalah yang bakal berlaku. Lagipun family kita happy aje. Papa pun okay, cuma tulah papa selalu busy dengan kerja.."

"Entahlah, susah nak gambarkan rasa ni. Sebab akak sendiri cakap tadi kan, akak rasa serba tak kena. Kita sama-sama merasainya. Elvia lagi rasa bimbang, nak lagi bila tahu yang....."

Tengku Elvia terlanjur kata, dia tidak jadi meneruskan kata-katanya.

"Yang apa?"

"Err.. tak ada apalah akak. Mungkin ni cuma mainan perasaan Elvia aje kut.."

"So, tak perlu risau lagi. Insya-Allah tak ada apa-apa perkara buruk yang akan berlaku.." ucap Tengku Arissya cuba memujuk hati adiknya, sedangkan hatinya sendiri seakan dilanda taufan.

Namun dia selalu berharap yang Allah akan menjaga keluarga kecilnya dengan sebaiknya, semoga papa dan adiknya sentiasa dalam lindungan-Nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience