Rate

BAB 86

Romance Series 197233

Awal-awal pagi lagi meeting sudah bermula, Tengku Elvia yang handle meeting itu atas arahan Datuk Mustaqim.

"Thank you, Datuk. Insya-Allah kami akan lakukan yang terbaik," ucap Tengku Elvia, dia sedikit menundukkan kepalanya tanda menghormati lelaki sebaya papanya itu.

Selesailah sudah meeting pada pagi itu, Tengku Elvia menarik nafas lega. Semua kerjasama dengan pihak syarikat tersebut sudah dipersetujui seperti yang dibincangkan. Hanya tinggal beberapa kerja lagi yang tidak selesai, yang perlu dia uruskan sebelum menemui kakaknya. Tidak sabar rasanya untuk dia terbang ke Kota Paris.

Tengku Elvia menapak ke bilik papanya setelah selesai meeting. Semasa meeting tadi papanya tidak ada di ofis kerana ada urusan lain yang jauh lagi penting, jadi dialah yang mengambil alih meeting itu.

Tengku Elvia mengetuk pintu bilik ofis papanya.

"Masuk!"

Terjengul wajah Tengku Elvia, Datuk Mustaqim senyum memandang anak gadisnya, "Haa.. Elvia, dah settle meeting?"

"Alhamdulillah, dah pa. Lega sangat. Rasa macam baru lepas berjaya keluar dari hempapan konkrit!"

Datuk Mustaqim ketawa, anaknya kalau bercakap siap dengan mimik muka sekali. Comel. Kedua anaknya mewarisi wajah arwah isterinya. Memiliki ciri-ciri gadis melayu terakhir.

"Syukurlah kalau semua dah settle, so now Elvia ada beberapa kerja lagi kan?"

"Yup, ada beberapa lagi kerja yang tak settle," balas Tengku Elvia.

"Hmm.. tak apalah settle dulu semua kerja tu. Soal kerja yang lain tu papa akan handle.."

"Baik papa. So, lepas dah settle semua Elvia dah boleh jumpa akak kan?"

Datuk Mustaqim tersenyum, "Dah tentulah, papa tahu Elvia rindukan akak. Dah settle kerja tu Elvia boleh jumpa dia.."

"Papa tak nak ikut jumpa akak?"

"Papa tak boleh ikut, banyak kerja yang masih tak settle kat sini. Elvia sajalah ke sana," balas Datuk Mustaqim.

"Baiklah papa. Hmm tak apalah Elvia minta diri dululah, take care yourself pa.." ucap Tengku Elvia sudah bingkas bangun.

Datuk Mustaqim berdiri setelah anaknya keluar dari bilik ofisnya, dia berpaling ke belakang.. dari bangunan tingkat atas itu dia melihat bangunan-bangunan yang gah terbina, namun pandangan matanya penuh dengan kekosongan. Dia akui dia merindui anaknya. Masih terngiang-ngiang kenangan mereka berdua di bilik ofis ini.

"Papa ni apalah, pergi kerja tanpa breakfast. Suka biarkan perut tu kosong. Ni haa.. Arissya bawakan papa bekal sandwich. Makan tau!"

"Arissya kejap lagi papa boleh je breakfast kat Kopitiam tu," balas Datuk Mustaqim pada waktu itu.

"Tak ada sandwich yang paling sedap di dunia ni selain sandwich Tengku Arissya tau!" Waktu itu Datuk Mustaqim hanya tergelak. Celoteh anaknya begitu menghiburkan hatinya.

Rupanya Tengku Elvia masih ada di luar bilik ofis papanya. Wajah Tengku Elvia mendung. Dia dapat melihat dari luar bilik ofis papanya sedang termenung memandang ke arah bangunan yang gah terbina itu. Dia tahu tentu papanya sedang merindui kakaknya, Tengku Arissya.

'Tengku Elvia berjanji Datuk Mustaqim, dia akan bawa balik semula Tengku Arissya ke Malaysia.. dalam keadaan semuanya sudah pulih. Ini janji anakmu, peganglah papa. Aku takkan sesekali menghampakan hatimu..' desis hati Tengku Elvia.

Tengah hari itu Tengku Elvia menjamu selera dengan buah hatinya. Namun dia dapat melihat ketegangan di wajah Tengku Emir Danish.

"Are you okay, dear?"

"Hmm.. okay," balas Tengku Emir Danish sambil mengunyah makanan.

"You tak okay Emir. Why?"

"I stress sayang. Ada kerja yang I tak boleh handle. Papa marahkan I tadi," luah Tengku Emir Danish.

Tengku Elvia senyum, "Manjanya, so kena marahlah ni tadi.. alololoooo..."

"Elvia please..."

"Okay-okay, sorry. Kerja apa yang buat you stress tu?"

"Tadi I jumpa sorang klien ni, papa ada sekali. So, adalah salah faham sikit. I ada nak marah jugalah dengan sorang klien ni. I rasa dia tak jujurlah sayang. Dia langsung tak ada rasa hormat. Bercakap pun macam berbelit-belit.." cerita Tengku Emir Danish.

"This is what we called business. You kena banyak sabar handle klien. Memanglah dalam dunia perniagaan ni tak semua jujur. Ada sesetengahnya lebih licik dari yang you sangka," balas Tengku Elvia yang lebih berpengalaman menguruskan perniagaan berbanding Tengku Emir Danish.

"Tapi kadang tu I geramlah, papa I tu.. dah tahu orang tu tak berkarisma, tak payahlah nak buat bisnes dengan dia," ucap Tengku Emir Danish masih tidak berpuas hati dengan papanya.

"Papa you lebih berpengalaman dalam bidang perniagaan, dah tentulah dia pandai handle.."

"So, you nak cakap yang I ni tak pandai handle perniagaan? Kerja I tak bagus?"

"Bukan macam tu. Maksud I, you boleh belajar daripada papa you dalam bidang perniagaan ni. Lagi satu, mesti ada sebab kenapa papa you buat macam tu.."

"Dulu, I pun berfikiran macam you. Tapi, selepas I uruskan macam-macam projek, I mula belajar something. I pun banyak belajar daripada papa I. Untuk berjaya kita kena belajar rendah diri, menimba ilmu daripada mereka yang berpengalaman," sambung Tengku Elvia.

Tengku Elvia akui pelbagai pengalaman telah dia kutip daripada papanya dan orang-orang yang sudah berjaya. Baik dari segi yang menggembirakan dan pengalaman yang mendukacitakan. Semua itu telah membentuknya menjadi manusia yang matang dan berani.

"I masih mentah dalam bidang perniagaan ni. You yang arif," balas Tengku Emir Danish.

"Emir you merajuk dengan I ke?"

"Tak adalah.."

"Habis tu?"

"Entahlah, I macam tak ada mood hari ini sayang. Mungkin sebab papa marahkan I kut. I terasa hati sayang.."

"Emir.. you kena ingat, tak ada seorang ayah yang tak mahukan yang terbaik untuk anaknya. Marah tu bukannya tanda benci, tapi sayang. Mungkin papa you nak didik you dengan cara macam ni.." pujuk Tengku Elvia.

"You dahlah tu, janganlah bad mood. Semuanya akan okay. Ni baru aje permulaan. Kalau you nak minta tolong apa-apa you boleh bagitahu I. I boleh bantu you," sambung Tengku Elvia.

Kali ini Tengku Emir Danish tersenyum, "Thank's sayang. Baiklah, I tak cuba control emosi I. Love you sayang!"

Tengku Elvia senyum, segan juga dia kalau Tengku Emir asyik melafazkan kalimah cintanya. Tapi tak apalah, dia sebenarnya suka. Setidaknya dia tahu lelaki itu sangat menyayanginya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience