Rate

BAB 122

Romance Series 197165

Tengku Arissya memandu sambil menangis sedih. Dia berasa takut, sangat takut akan kehilangan Tengku Harith Zaqwan.

Air matanya tak henti mengalir. Dia merasa menyesal di atas sikap biadap dia pada bekas suaminya. Selama ini berkali Tengku Harith Zaqwan meminta peluang darinya untuk kembali bersama mengecapi kebahagiaan, tapi berulangkali juga dia mematahkan hati lelaki itu. Lelaki yang teguh berdiri setia di Kota Cinta bersama impiannya untuk menyakinkan pada dia bahawa mereka berdua akan kembali bahagia.

Namun sayangnya, impian lelaki itu dia hancurkan selumat-lumatnya. Barangkali lelah sudah Tengku Harith Zaqwan, sampai dia rebah tak ingin bangun. Koma! Satu kata yang sangat menakutkan. Berjuang antara hidup dan mati. Satu perjuangan yang paling melelahkan.

'Ya Allah... Tolonglah selamatkan Harith. Aku rela Allah jika ditukarganti nyawa.. Aku merayu padamu Tuhanku.. berikanlah kesembuhan pada Harith..' desis hati Tengku Arissya. Dia masih lecun dengan air mata.

Kerana kelalaian Tengku Arissya, dia hampir ditimpa kemalangan. Kereta mercedes itu hampir terbabas. Nasib baik dia berjaya mengawal steering dan menekan break kereta itu. Tengku Arissya mengucap panjang.. jantungnya berdegup laju. Dia cuba bertenang mengawal detak jantungnya dan beristighar sebelum kembali meneruskan pemanduannya.

Sampai saja di hospital, Tengku Arissya ke kaunter pertanyaan. Dia mahu bertanyakan jururawat yang ada di situ. Belum sempat Tengku Arissya ke situ Hud Mikail segera menyapa.

"Arissya.."

Tengku Arissya berpaling, "Hud Mikail?"

"Yup, I Arissya.."

"I tahu you datang sini nak jumpa Harith kan, jom ikut I ke bilik wad Harith.."

Tengku Arissya mengangguk faham, dia mengikut jejak langkah lelaki itu ke wad Tengku Harith Zaqwan. Makin kuat debaran jantungnya apabila sampai dimuka pintu masuk ke wad Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Arissya menguatkan semangatnya.

"Arissya.. you pergilah dulu tengok Harith, I nak ke kantin hospital kejap.." ucap Hud Mikail untuk memberi peluang pada Tengku Arissya bersama Tengku Harith Zaqwan.

"Okay," balas Tengku Arissya segera menapak ke bilik wad itu. Jelas dia nampak di bahagian dada sasa itu dipenuhi wayar yang berselirat. Lututnya longlai. Jiwanya kian rapuh. Air matanya mengalir laju.

"Ya Allah... Abang...."

Tengku Arissya duduk di atas kerusi yang tersedia di situ, dia merenung wajah lelah Tengku Harith Zaqwan yang rapat matanya terpejam.

"Abanggg...."

"Eh, sorry!" Ucap Hud Mikail secara tidak sengaja terlanggar seseorang.

"It's okay!"

"Eh, Iris Ariana, you rupanya!"

"Hud, laa.. nak pergi mana ni?"

"Nak ke kantin hospital. Nak minum kejap, jom!" Ajak Hud Mikail.

"Tak apalah, I nak melawat Harith kejap.."

"Hmm.. you ikut I aje boleh? Sebab Tengku Arissya ada kat dalam bilik wad tu.."

"What?"

"Arissya baru aje sampai dari Paris, dia terus datang sini bila dapat tahu Harith kat hospital.."

"Ya Allah.. macam tak percaya,"

"Tulah, I pun sama.. tak sangka Arissya dah balik sini," balas Hud Mikail.

"Jom kita sembang kat kantin aje, boleh minum-minum," sambungnya.

"Alright.."

Tengku Elvia dan Tengku Emir Danish baru saja sampai, dia bergegas mencari bilik wad Tengku Harith Zaqwan. Tengku Emir Danish sudah tahu di mana bilik wad Tengku Harith Zaqwan kerana dia pernah datang bersama Datuk Mustaqim.

Sewaktu Tengku Elvia mahu masuk ke bilik itu, tangannya tak jadi buka pintu itu.. kerana dia sedang melihat kakaknya berada dalam bilik wad itu. Dia berundur ke belakang.

"Kenapa ni sayang?"

"Kak Arissya ada kat dalam tu. I tak nak kacau dia. Biarlah dulu kita tunggu kat luar ya.." ucap Tengku Elvia. Tengku Emir Danish mengangguk faham.

"Abang... Arissya datang ni," ucap Tengku Arissya bersama deraian air mata.

Makin dipandang wajah lelah itu, semakin rapuh jiwanya.

"Abang, bangunlah. Arissya banyak salah dengan abang ni. Kalau abang tak bangun, macam mana Arissya nak tahu abang maafkan Arissya ke tak. Tolonglah bangun abang..."

Tengku Arissya menangis lagi, dia tak dapat menahan rasa sakit diperasaannya.

"Abang tolonglah banguuunn..
Bukalah mata tu. Arissya nak bercakap dengan abang. Bangunlah.." ucap Tengku Arissya lagi. Dia yakin Tengku Harith Zaqwan mendengar walaupun dia sedang koma.

Disebabkan itulah, tiba-tiba dada Tengku Harith Zaqwan berombak kuat. Tengku Arissya bingkas bangun, dia panik.

"Abang! Abang kenapa ni?"

Dada Tengku Harith Zaqwan semakin kuat berombak, Tengku Arissya takut. Dia segera menjerit, "Doktor! Doktor!!!!"

Tengku Elvia mendengar jeritan itu dari luar bilik.

"Kakak!"

Tengku Elvia masuk ke bilik wad itu, dia lihat kakaknya panik apabila Tengku Harith Zaqwan seperti sesak nafas.

"Elvia, Harith! Kenapa dengan dia? Tolong panggil doktor. Panggil doktor!" Ulangi Tengku Arissya. Tengku Elvia yang masih terkedu itu seperti lambat menerima tindak balas.

"Elvia, now! Now!!!" Jerit Tengku Arissya kuat.

"Emir panggil doktor!" Ucap Tengku Elvia pada buah hatinya. Tengku Emir Danish berlari keluar dari bilik itu mendapatkan doktor.

Hud Mikail dan Iris Ariana pula baru saja menuju ke wad itu, Tengku Emir Danish secara tak sengaja terlanggar bahunya..

"Sorry!"

Hud Mikail mula perasaan itu Tengku Emir Danish, tergesa-gesa dia bersama seorang doktor. Sepertinya ada sesuatu yang sedang terjadi.

"Kenapa dengan you ni, you okay tak?" Soal Iris Ariana apabila dia melihat riak wajah Hud Mikail seakan sedang berfikir.

"I rasa lelaki yang langgar I tadi tu Tengku Emir.."

"Okay, habis tu?"

"Dia nampak cemas, menuju ke arah..."

"Ya Allah! Harith.. jom kita ke sana sekarang!" Balas Hud Mikail tanpa sedar menarik pergelangan tangan milik Iris Ariana.

Iris Ariana diam saja, mungkin Hud Mikail tidak sedar akan hal itu.

"Doktor tolong rawat Harith sebaik mungkin! Tolonglah.. saya merayu.." Ucap Tengku Arissya tidak tenang.

Jururawat yang ada di situ segera berkata, "Minta kerjasama ya. Tolong keluar dulu dari bilik ni, doktor mahu memeriksa pesakit.."

Tengku Arissya tidak mahu, namun adiknya yang menariknya keluar dari bilik wad itu. Semasa mereka diluar jelas Hud Mikail nampak wajah-wajah itu cemas.

"Kenapa ni?" Soal Hud Mikail.

Semua mata memandang ke arah Hud Mikail dan Iris Ariana. Tengku Arissya bersuara.

"Harith sesak nafas,"

"Hah? Macam mana keadaan dia sekarang?" Soal Hud Mikail risau.

"Doktor masih kat dalam memeriksa keadaan dia," sampuk Tengku Emir Danish. Kali ini Hud Mikail mendiamkan diri, dia melabuhkan punggungnya di kerusi panjang itu. Iris Ariana juga sama.

"Don't worry. Harith akan sembuh, trust me.." ucap Iris Ariana memberi kekuatan.

"Amin. Insya-Allah,"

Setengah jam kemudian, doktor dan jururawat keluar dari bilik itu.

"Doktor macam mana keadaan abang sepupu saya?" Soal Hud Mikail.

"Pesakit stabil, tak ada apa yang perlu dirisaukan. Kemungkinan pesakit memberi tindak balas terhadap cerita yang disampaikan kepadanya.."

"Maksudnya?"

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, walaupun pesakit koma.. tetapi dia mendengar apa yang kita ucapkan.." balas doktor itu.

Tengku Arissya diam, dia rasa mungkin Tengku Harith Zaqwan bertindak balas dengan apa yang dia ucapkan tadi.

"Boleh saya masuk tengok dia doktor?"

"Boleh, silakan.." Ucap Tengku Arissya. Dia segera masuk ke bilik wad Tengku Harith Zaqwan semula.

Tengku Emir Danish, Tengku Elvia, Hud Mikail dan Iris Ariana juga sudah menapak masuk ke bilik itu. Mereka mahu melihat keadaan Tengku Harith Zaqwan. Semua mengelilingi katil itu.

"Hud, dah berapa lama Harith macam ni?"

"Lepas balik dari Paris dalam seminggu dua macam tulah Harith jatuh sakit," balas Hud Mikail. Dia pun hampir lupa.

Rupanya sudah lama juga keadaan Tengku Harith Zaqwan terlantar koma macam ni. Patutlah hatinya tidak tenang.

"Kenapa you tak bagitahu I awal yang Harith sakit?"

"Sebenarnya kami memang nak bagitahu, tapi takut Arissya terkejut.. tu yang Datuk Mustaqim rancang buat-buat sakit," balas Hud Mikail.

"Tak ada bezanya, keduanya tu boleh buat I kena serangan jantung!" Marah Tengku Arissya.

"Akak..." Tegur Tengku Elvia supaya lebih beradab.

"Tahu tak, Harith dah lama terlantar kat hospital ni.. tapi tak ada sorang pun bagitahu. Akak tak dapat bayangkan kalau apa-apa jadi dekat dia tahu tak!" Balas Tengku Arissya terkilan.

"Dahlah akak, tak perlu nak salahkan semua orang. Benda pun dah jadi. Tak payahlah nak persoalkan lagi. Cuba belajar bertenang, doa supaya Abang Harith cepat sembuh, kan bagus.." balas Tengku Elvia menasihati kakaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience