Rate

BAB 90

Romance Series 197165

Sejak Datuk Mustaqim jatuh sakit, Tengku Elvia agak sibuk. Tergesa-gesa dia menguruskan setiap kerjanya. Untuk sementara dialah yang mengambil alih tugas papanya.

"Tuan Mus, kenapa tu? Resah nampak," sapa Mak Senah. Sejak Datuk Mustaqim sakit juga, Tengku Elvia telah mengambil orang gaji untuk menguruskan makan minum papanya agar terjaga.

"Saya tengah tunggu anak saya. Risau juga saya bila dia tak balik lagi," balas Datuk Mustaqim.

"Baru jam sepuluh malam tuan, kejap lagi baliklah tu," pujuk Mak Senah.

Mak Senah merupakan bekas pekerja cleaner di syarikatnya beberapa tahun yang lalu, dulu dia berhenti kerja kerana suaminya jatuh sakit.. lumpuh akibat kemalangan jalan raya, jadi dialah yang mengambil tanggungjawab itu untuk menjaga suaminya. Namun apakan daya umur suaminya tidak panjang. Demi meneruskan hidupnya, dia telah menelefon Tengku Elvia untuk bekerja semula di syarikat itu sebagai cleaner. Disebabkan jawatan cleaner sudah tiada kekosongan, Tengku Elvia mengambil Mak Senah untuk tinggal di rumahnya menjaga papanya. Bilik tidur, makan dan minum Mak Senah semuanya ditanggung oleh Tengku Elvia.

"Elvia tu Senah, jarang balik lewat macam ni. Sebab saya sakit dialah yang terpaksa kerja lebih masa. Kesian saya tengok dia.."

"Ya, tuan Elvia tu memang rajin bekerja," balas Mak Senah. Tiba-tiba kedengaran bunyi enjin kereta memasuki halaman rumahnya. Datuk Mustaqim menyelak langsir semula. Dia tersenyum.

"Panjang umur, dah balik pun.." ucap Datuk Mustaqim.

"Papa..."

"Eh, buat apa kat sini? Mak Senah pun ada.." Soal Tengku Elvia. Hairan juga dia kenapa papanya dan Mak senah berdiri di tepi langsir.

"Ni haa.. tuan risaukan Elvia, katanya jarang Elvia balik lewat macam ni.." ucap Mak Senah.

Tengku Elvia tersenyum, "Papa ni.. alahai.. Elvia okaylah. Baru je lepas jumpa klien. So, dah settle terus balik ni. Tak adanya anak papa nak melencong ke lain.."

Mak Senah senyum, dia tidak mahu menganggu dua beranak itu. Segera dia menapak ke dapur untuk menguruskan kerjanya.

"Papa cuma risau aje.. tapi kalau Elvia okay tak apalah," balas Datuk Mustaqim. Tengku Elvia menarik tangan papanya ke ruang tamu perlahan.

"Tak ada apa yang perlu papa risaukan. Bakal menantu papa ada. Hero papa tulah yang jaga Elvia," ucap Tengku Elvia diiringi gelak tawa papanya.

"So, macam mana keadaan papa hari ni? Dada papa dah tak sakit kan?"

"Papa okay aje, dua tiga hari lagi dah boleh masuk kerja ni," balas Datuk Mustaqim.

"Papa rehatlah dulu, urusan kerja tu biar Elvia settle. Don't worry okay!"

"Papa biasa kerja, bila lama-lama kat rumah ni rasa bosan pula. Biarlah papa kerja," balas Datuk Mustaqim.

"Hmm.. okaylah, tapi Elvia akan pastikan papa betul-betul sihat.."

"Papa dah sihat. Papa akan uruskan semua hal kerja kat ofis tu. Selesai kerja Elvia, jangan berlengah lagi untuk ke Paris," tegas Datuk Mustaqim.

"Dalam keadaan sekarang ni Elvia tak fikir soal tu lagi," balas Tengku Elvia secara jujurnya.

"But why?"

"Sebab papa sakit, tak sihat. Elvia takkan tinggalkan papa sorang-sorang kat sini.."

"Soal papa Elvia tak perlu risau. Mak Senah ada, Asmawi pun ada. Dia orang boleh tolong jaga papa kat sini. Arissya yang papa risaukan sekarang," luah hati Datuk Mustaqim.

"Abang Harith ada kat sana pa. Dia boleh tolong tengokkan kakak.."

"Harith memang ada tapi tak sebumbung. Kalau ada apa-apa jadi pada kakak, siapa boleh tolong dia. Papa risau bila tahu ada yang berniat jahat terhadapnya," balas Datuk Mustaqim.

"Tengoklah macam mana.."

"Muktamad! Dua tiga hari lagi papa akan masuk ofis. Elvia please uruskan semua kerja yang tak settle lagi tu dulu. Bila dah settle papa akan beli tiket untuk penerbangan ke sana.."

"Tapi papa...."

Datuk Mustaqim sudah angkat pungggung dari sofa. Dia tidak mahu teruskan perdebatan itu. Tengku Elvia akhirnya akur.

Tengku Arissya langsung tidak tahu yang papanya jatuh sakit. Datuk Mustaqim melarang Tengku Elvia agar tidak memberitahu Tengku Arissya, maka dia turutkan saja.

Tengku Elvia mengambil telefonnya, dia melentokkkan kepalanya di sofa sambil menelefon bekas abang iparnya. Dia perlu tahu keadaan kakaknya di sana.

"Now, abang tak tahu apa tujuan Aryanz ke kawasan rumah sewa Tengku Arissya.."

"Abang Harith tak follow dia orang ke?"

"Hari tu abang tengok dari jauh aje.. tapi Elvia tak perlu risau. Setiap malam abang keluar pantau keadaan Arissya.."

"Alhamdulillah, harap Allah melindungi akak daripada sebarang bahaya.."

"Aameen.. insya-Allah.."

"Hmm.. macam mana dengan papa Elvia, dah okay ke?" Sambungnya.

"Papa okay, tu haa.. dia kata bosan tinggal kat rumah. Nak masuk ofis dah dua tiga hari lagi," balas Tengku Elvia. Tengku Harith Zaqwan tersengih.

"Rindu ofislah tu. Hmm.. Elvia jadi ke nak ke sini?"

"Insya-Allah.. papa tu memang nak sangat Elvia ke sana. Jumpa dengan kakak. Dia risau sejak tahu pasal Aryanz tu.."

"Ya, abang faham. Hmm.. tapi kalau Elvia ke sini siapa nak jaga papa?"

"Actually, Elvia ada ambil pembantu rumah. Mak Senah namanya, bekas pekerja cleaner di syarikat kami. So, dah kenal kan.. itu yang Elvia ambil Mak Senah. Mungkin dia boleh jaga makan minum papa. Pak Cik Asmawi pun ada.."

"Owh.. kalau ada yang jaga papa tak apalah, tapi terpulang pada Elvia juga mahu ke sini atau tidak.."

"Entahlah, berat juga hati ni nak tinggalkan papa.. tapi dah papa sendiri minta Elvia pergi jumpa akak, so nak tak nak kena pergi juga.." balas Tengku Elvia.

Tiba-tiba ada isyarat panggilan masuk, Tengku Elvia segera meminta diri. Dia menjawab panggilan kedua daripada Tengku Emir Danish.

"Sayang.. you call siapa? I call tak masuk tadi.."

"I call dengan klien lelaki, handsome dia you!" Usik Tengku Elvia. Sudah masam mencuka muka Tengku Emir Danish. Cemburu.

"You ni pantang tengok klien handsome. I ni tak cukup handsome ke?"

"Hmm.. entahlah you handsome ke tak!"

"You kena hati-hati sikit. Lelaki handsome terlajak ni biasanya buaya.."

"Buaya apa sayang?"

"Buaya darat yang hatinya berlalang.."

"Belalang?"

"No, maksud I lalang. Bukan belalang.."

"Owh.. yeke Emir?" Usik Tengku Elvia, di tahan gelaknya.

"Yelah, sebab tu I tak suka you rapat dengan mana-mana lelaki handsome.."

"Bukan sebab cemburu ke?"

"Itu satu.. satu lagi..."

"Takut saham jatuh?" Sambung Tengku Elvia yang sudah tergelak.

"Kenapa you gelak? I handsome apa. Mengalahkan artis.."

"I tipu you! Sorry.. I tadi tengah bercakap dengan Abang Harith je. Saja usik you tadi. Bukan main dia cemburu..."

Kali ini Tengku Emir Danish ketawa, "You ni main-mainkan I ya.. ingatkan betul tadi. Tapi you tahu kan I memang jenis yang mudah cemburu.."

"Alah, you punya cemburu je kuat.. I ni lagi teruk kalau cemburu. Tahap you boleh kena migrain kalau I dah start merajuk gara-gara cemburu ni.."

Tengku Emir Danish tersengih, "Perempuan memanglah kuat cemburu.."

"Mestilah, perempuan mana suka lelaki bewafaa.."

"Hah? Bewafaa? Apa tu sayang?"

Tengku Elvia tersengih, "Bewafaa tu maksudnya curang. Tak tengok cerita hindustan ke?"

"I tak sukalah cerita hindustan sayang.."

"I pun.. tengok yang best aje. Hmm.. okaylah, stop yang tu. Emir I nak bagitahu you something ni.."

"Apa dia sayang?"

"Papa bagitahu dalam dua tiga hari lagi dia akan masuk ofis. So, dia nak I settle semua kerja dan dia akan beli tiket penerbangan ke Paris untuk I.."

"Laaa.. yeke? Sayang, sedihlah. You dah nak pergi Paris ke?" Ucap Tengku Emir Danish.

"Emir.. I kena pergi cepat kat sana. I risaukan kakak. Dah settle kat sana I balik ya.."

"I ikut you sayang. Boleh?"

"Mana boleh Emir, you kerja kan.. nanti papa dan mama you bising pula. You tu anak lelaki, menjadi harapan dalam keluarga untuk menerajui syarikat papa you tu.."

"Tapi kalau you kat sana.. I tak ada semangat nak kerja.."

"You ni sabarlah. I faham, tapi I kena settle pasal masalah kakak tu. I tak nak apa-apa yang buruk terjadi pada dia.."

Tengku Emir melepaskan keluhan berat, dia berusaha berdamai dengan hatinya sendiri sebelum kembali bersuara.

"Baik, I tunggu you balik sayang. Lepas dah settle I akan tuntut janji you. Kita kahwin okay.."

"Alright. Thank you Emir.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience