Rate

BAB 56

Romance Series 197165

Tengku Emir Danish masih belum sampai, jam sudah menunjukkan pukul sembilan pagi. Tengku Elvia sudah menunggu di Restoran
Thai Tomyam Kung. Bau tom yam di situ memang membangkitkan rasa lapar.

'Hisyh.. mana Emir ni, aku dah laparlah..' rungut hati Tengku Elvia sambil melihat jam dipergelangan tangannya.

"Aduh! Habislah aku, mesti kejap lagi kena marah dengan Elvia," ucap Tengku Emir Danish. Panggilan Tengku Elvia dibiarkan saja, dia fokus pada pemanduannya. Pedal minyak keretanya ditekan, berdesup keretanya laju membelah bumi.

Pagi itu dia terlewat bangun, inilah padahnya kalau tidur selepas subuh, akan banyak mengundang hal buruk. Jadi dia terpaksa menyediakan sehidangan ayat cinta untuk memujuk si kekasih hati sebelum menikmati tom yam yang lazat.

Sudah lama Tengku Elvia menantikan kehadiran Tengku Emir Danish, jawab panggilannya pun tidak, jadi dia rasa lebih baik dia beredar dari situ saja. Baru saja Tengku Elvia mahu melangkah pergi, pergelangan tangan itu dipegang. Tengku Elvia menoleh ke belakang.

"Dear, really sorry. I terlewat bangun pagi ni," ucap Tengku Emir Danish.

"Please, jangan merajuk. I tak sengaja, I minta maaf. Lain kali tak buat lagi dah," sambungnya memujuk.

Cair hati itu, senyuman pun terukir di bibir Tengku Elvia. Dia kembali melabuhkan punggungnya di kerusi, begitu juga dengan Tengku Emir Danish.

"So, apa kata kita order makan dulu?"

"Okay, I ni pun dah lapar sangat tau. Nasib baik you pujuk, kalau tak I makan you," ucap Tengku Elvia diiringi gelak tawa Tengku Emir Danish.

"Uish.. ganasnya buah hati I ni, takutnyaaaa..." usik Tengku Emir Danish.

"Haaa.. tahu tak apa!" Balas Tengku Elvia. Kelihatan pelayan restoran sudah datang membawa menu makanan mendekati meja makan mereka.

"You nak makan apa?" Soal Tengku Emir Danish.

"Kejap, I order ya.." balas Tengku Elvia. Tengku Emir Danish menganggukkan kepalanya perlahan.

Tengku Elvia meneliti menu makanan itu. Dia mengangkat wajahnya, lalu memberitahu pelayan restoran itu.

"Okay, I nak tomyam kung untuk dua orang makan, kangkung crispy, paprik daging, baby kailan ikan masin, telur goreng kung fu, set sambal belacan. Oh ya, nasi putih tiga pinggan ya.."

"Minuman?"

"Okay, jap!"

"Hmm.. satu jug jus tembikai," balas Tengku Elvia. Dia berpaling pada Tengku Emir Danish, terlopong mulut lelaki itu.

"Emir you okay? Ada nak tambah menu apa-apa tak?"

"Err.. yup I'm okay. Owh.. tak ada nak tambah apa-apa lagi dah," balas Tengku Emir Danish.

"That's all, thank you!" Ucap Tengku Elvia pada pelayan restoran itu sebelum dia beredar dari situ.

"Elvia you tak rasa ke yang you order banyak lauk tu tadi?" Soal Tengku Emir Danish.

Tengku Elvia tergelak kecil, "I rasa tak kut, lagipun I dah lama tak rasa masakan thai. So, nilah peluang I untuk menikmati masakan kat sini lagi. You jangan risau I akan habiskan semuanya.."

"You stress tak ni?"

"Taklah Emir, I'm okay. I tak stress pun. Ni mesti you fikir I makan banyak sebab stress kan?" Balas Tengku Elvia. Tengku Emir Danish hanya tersengih.

"Atau you takut duit habis I order banyak makanan tadi ya?" Sambungnya.

"Eh, taklah sayang. I boleh bayarlah. Setakat beratus tu tak jadi masalah untuk I," balas Tengku Emir Danish.

"Kalau habis beribu atau beratus ribu macam mana pulak?" Soal Tengku Elvia mengusik buah hatinya. Kali ini Tengku Emir Danish tergelak, dia rasa lucu pertanyaan itu.

"Dear you ni selalu buat I gelak ajelah, aduh.. penat I nak gelak tau. Sakit perut ni.." balas Tengku Emir Danish. Tengku Elvia hanya tersenyum. Seraut wajah kekasihnya dipandang sekilas.

Dia sangat menyayangi Tengku Emir Danish. Lelaki yang ada di hadapannya itu sudah banyak melalui kesakitan dalam hidupnya, bukan senang seorang pesakit menerima kenyataan yang dia lumpuh. Tengku Emir Danish bukan saja sakit menerima kenyataan itu, tetapi dia juga pedih menerima tamparan sebuah penghinaan daripada tunangnya sendiri suatu ketika dahulu. Satu penghinaan yang membunuh jiwa Tengku Emir Danish.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience