Rate

BAB 106

Romance Series 197165

Sudah tiga hari Tengku Elvia meninggalkan Tengku Arissya sendirian. Puas dia memujuk adiknya balik, tapi Tengku Elvia tetap tidak mahu. Dia mahu terus tinggal dengan pasangan suami isteri itu, kawan Tengku Harith Zaqwan.

"Elvia baliklah sini, tak kesiankan kakak ke?" Pujuk Tengku Arissya.

"Selama ni bukan kakak sorang-sorang ke? Tak apa aje kan!" Ucap Tengku Elvia menerusi telefon.

"Elvia sini Paris tau, bukan kat Malaysia. Tinggal dengan pasangan suami isteri tu kenapa? Dahlah tak berapa kenal dengan dia orang tu. Tak takut ke?" Marah Tengku Arissya geram.

"Dia orang baik ajelah akak. Tak payahlah nak risaukan Elvia. Akak layan ajelah lelaki tak guna tu.."

"Elvia you're too much!"

"Elvia! Elvia.." Jerit Tengku Arissya. Sakit betul hatinya bercakap dengan Tengku Elvia. Kalau dia tahu di mana keberadaan Tengku Elvia tak adalah dia risau.

Tengku Arissya mahu mencari adiknya. Dia keluar dari rumahnya pada petang itu.

Penat mencari adiknya Tengku Arissya berehat di bawah pokok berdekatan dengan Menara Eiffel. Dia cuba menghubungi Tengku Elvia lagi tapi tidak dijawab panggilannya itu. Sakit betul hatinya.. tapi Tengku Elvia tanggungjawab dia. Dia perlu tetap mencari dan memujuk adiknya untuk ada bersamanya.

Tiba-tiba dia teringatkan Tengku Harith Zaqwan. Lelaki itu pasti tahu keberadaan adiknya. Tentu tahu alamat rumah pasangan suami isteri itu. Tengku Arissya segera whatsapp Tengku Harith Zaqwan.

"Assalamualaikum. Harith, awak memang dah melampau! Sebab awak Elvia keluar dari rumah ni dan tinggal dengan kawan awak, Darius dan Rubina Elizaberth!" - Tengku Arissya

Tengku Harith Zaqwan balas whatsapp itu.

"Wa'alaikumussalam. Saya tak tahu menahu pasal ni Arissya.." - THZ

"Saya nak alamat rumah kawan awak tu!" - Tengku Arissya

"Kejap lagi saya replay. Saya sibuk ni, otw nak balik Malaysia.." - THZ

'Ya Allah.. Harith otw balik Malaysia. Betul ke apa yang aku dengar ni?' Desis hati Tengku Arissya. Dia tak balas whatsapp itu lagi.. dia terkejut mendengar kenyataan itu. Kenyataan yang secara tiba-tiba buat hati dia bersedih dan terasa goyah. Tapi kenapa hati dia sedih, bukan selama ini dia layan Tengku Harith Zaqwan buruk ke? Sebab tu lelaki tu mengambil keputusan untuk meninggalkan bumi Paris.

Sedang dia mengelamun, Aakif Aryanz menyapa Tengku Arissya.

"Hai, sorang je Arissya?"

"Sorang aje, bila datang sini? Tiba-tiba aje muncul," balas Tengku Arissya.

Aakif Aryanz tersengih, "Dah macam halimunan kan?"

"Hmm.." balas Tengku Arissya tak ada mood. Kacau betul Aakif Aryanz ni, menganggu lamunan Tengku Arissya saja.

"Kenapa sedih ni?" Soal Aakif Aryanz.

"Entahlah, tak tahu.."

"Tak tahu? Pelik. Ni mesti Arissya ada sembunyikan sesuatu dari Aryanz kan.."

"Nothing.."

"Bagitahulah kenapa ni?" Desak Aakif Aryanz.

"Harith balik Malaysia hari ni, hmm.. tapi awak janganlah fikir yang bukan-bukan pula," bagitahu Tengku Arissya.

"Kenapa awak masih fikir pasal Harith? Bukan dia jahat ke? Dia tak setia selama ni. Tak cukup lagi ke apa yang dia buat sampaikan Arissya masih fikir pasal dia?" Balas Aakif Aryanz membuatkan Tengku Arissya memandang seraut wajah di sebelahnya. Aakif Aryanz mengalihkan pandangan ke arah lain dengan muka bersahajanya itu.

Sebenarnya dalam hati Aakif Aryanz, dia tak dapat menipu dirinya sendiri. Dia sayangkan Tengku Arissya. Dia rasa sakit di perasaan ketika Tengku Arissya masih peduli pada Tengku Harith Zaqwan.

"Saya tak fikir pun pasal dia. Saya cuma bagitahu yang dia nak balik Malaysia," balas Tengku Arissya.

"Memanglah Arissya bagitahu, tahu benda ni pun sudah tentulah Arissya masih contact dengan Harith tu kan," marah Aakif Aryanz meninggikan suaranya.

"Kenapa ni sampai tinggikan suara? Cakap elok-elok tak boleh ke?" Ucap Tengku Arissya geram.

"Masalahnya aku tak suka kau sebut pasal jantan tu lagi. Aku ni bakal suami kau. Hormatlah sikit!" Tengking Aakif Aryanz buat Tengku Arissya terkedu besar kali ini. Membulat matanya yang sudah bingkas bangun memandang Aakif Aryanz dengan pandangan orang yang tidak percaya, lelaki yang selama ini dia sanjungi dilentur dengan sifat kasar rupanya.

"Tak sangka awak akan berkasar macam ni dengan saya!" Marah Tengku Arissya.

Aakif Aryanz bingkas bangun, dia ketawa terbahak-bahak.

"Aku memang kasar! Sebab kau degil, kau langsung tak hargai perasaan aku pada kau. Kau tahu tak dalam ramai perempuan yang aku kenal, kau yang paling aku sayang.. tapi apa yang kau bagi pada aku?" Ucap Aakif Aryanz sinis.. matanya tajam merenung Tengku Arissya, kemudian kembali meneruskan kata-katanya.

"Kau sebut lagi pasal jantan tu!" Tengking Aakif Aryanz membuatkan bahu Tengku Arissya terjungkit. Terkedu dia dengan apa yang dia saksikan ini. Kasar sungguh!

Tengku Arissya mahu pergi dari situ.. tapi tak sempat, Zulfiqar sudah ada di belakang Tengku Arissya. Dia menekup hidung itu dengan satu cecair yang boleh membuatkan seseorang tidak sedarkan diri.

"Cepat weyy! Bertindak cepat. Nanti ada orang tengok.." ucap Aakif Aryanz yang memandang ke kiri kanannya. Selipar Tengku Arissya terjatuh di situ semasa Zulfiqar mengangkat Tengku Arissya pergi dari situ. Selipar itu terjatuh di tepi bangku yang selalu dia duduki.

Keesokannya.. Tengku Elvia diburu kegusaran, semalam kakaknya langsung tidak menelefonnya. Bukan hanya itu, whatsapp dia pun tidak. Biasanya kakaknya akan menelefonnya untuk pujuk dia balik. Hatinya mula rasa tidak tenang.

Rubina Elizaberth mengajak Tengku Elvia sarapan pagi, "Elvia jom breakfast!"

Tengku Elvia ke meja makan, Darius baru keluar biliknya. Dia perasan muka Tengku Elvia nampak risau.

"Kenapa muka tu nampak risau aje, ada apa-apa ke Elvia?" Soal Darius yang sudah duduk di kerusi.

"Kakak.."

"Kenapa dengan kakak?" Soal Rubina Elizaberth pula.

"Pelik ni, kakak tak ada telefon pun semalam. Whatsapp pun tak. Biasanya dia akan call dan whatsapp Elvia, pujuk supaya balik rumah..."

"Dah call dia?" Soal Darius.

"Dah banyak kali Elvia call akak, tapi dia tak jawab. Panggilan macam tak aktif," balas Tengku Elvia.

"Cuba call lagi.." sampuk Rubina Elizaberth.

"Tak dapat juga," balas Tengku Elvia. Darius dan Rubina Elizaberth saling berpandangan. Hairan.

"Hmm.. macam nilah, kita breakfast dulu. Kejap lagi Abang Darius dan isteri abang temankan Elvia balik ke rumah.."

"Alright.."

Sejam lebih, Tengku Elvia kembali ke rumahnya. Dia makin risau apabila kakaknya tiada dirumah.

"Abang Darius, kakak!" Panggil Tengku Elvia.

"Why Elvia?" Soal Rubina Elizaberth.

"Kak Arissya tak ada. Elvia dah cari dalam bilik dia,"

"Arissya keluar kut," balas Darius masih tenang.

"Entahlah, susah nak cakap. Kita cari Kak Arissya ya.. tolong Elvia, pleasee..."

"Okay, kita cari Arissya sama-sama.." balas Darius. Mereka bertiga mencari Tengku Arissya.

"Puas kita cari akak, tapi masih tak jumpa ni.. risaunyaaa..." Ucap Tengku Elvia resah.

"Ada satu tempat yang selalu Arissya pergi, mana tahu dia ada kat sana.." ucap Darius. Dia tahu mengenai perkara itu juga melalui Tengku Harith Zaqwan sebelum ini.

"Kat mana Abang Darius?"

"Berdekatan dengan Menara Eiffel, tentu Arissya ada di sana.."

"Jom pergi sekarang!" Balas Tengku Elvia.

Sampai saja di sana mereka mencari di kawasan situ, tapi mereka menemui jalan kehampaan. Tengku Arissya tiada di situ. Tengku Elvia sedih, dia duduk di bangku itu tertunduk. Air matanya mengalir.

"Salah Elvia! Kakak hilang sebab Elvia. Kalaulah Elvia tak tinggal akak.. dah tentu benda ni takkan jadi.."

Rubina Elizaberth duduk di sebelah bangku Tengku Elvia, "Jangan salahkan diri sendiri. Benda dah nak jadi.."

"Tapi Elvia risau. Apa Elvia nak jawab dengan papa? Papa mesti tak boleh terima semua ni!"

Tiba-tiba dalam Tengku Elvia tengah bersedih, dia tersepak selipar. Dia merenung selipar itu.. kemudian dia ambil selipar itu.

"Kak Rubina, ni selipar Kak Arissya.. kenapa selipar ni ada sini?" Soal Tengku Elvia. Darius ke situ. Dia mengambil selipar itu dari tangan Tengku Elvia.

"Sekarang Abang Darius yakin yang Tengku Arissya hilang. Kemungkinan dia diculik," ucap Darius membuatkan Tengku Elvia dan Rubina Elizaberth terkedu.

"Siapa yang culik?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience