Rate

BAB 125

Romance Series 197233

Sudah dua tiga hari berlalu, sepanjang hari-hari yang berlalu itu Tengku Arissya terasa sangat perit menahan rasa kesedihan di hatinya. Sampai saat itu Tengku Harith masih tidak sedarkan diri.

Tengku Arissya sudah mengetahui Darius dan Rubina Elizaberth juga turut ada di Malaysia dan mereka tinggal dirumah Tengku Harith Zaqwan. Patutlah sewaktu dia ke rumah pasangan suami isteri itu di Paris pintu rumah mereka berkunci, rupanya mereka sudah berada di Malaysia untuk melihat keadaan Tengku Harith Zaqwan. Semua orang mengetahui awal tentang hal itu, tapi dia? Dia langsung tidak diberitahu. Rasa terkilan dihatinya masih menebal.

"Arissya.." Sapa Hud Mikail yang baru menapak masuk ke bilik wad itu.

"Hud, you tak kerja ke hari ini?"

"Tak, I cuti.."

"Owh.. duduklah," pelawa Tengku Arissya.

Hud Mikail duduk di birai katil itu.. pandangannya di arahkan pada Tengku Harith Zaqwan sebelum dia kembali bersuara.

"Macam mana keadaan Harith? Dia masih tak sedarkan diri?"

"Harith tak menunjukkan tanda-tanda yang dia akan sedar.." balas Tengku Arissya sedih.

"Don't worry Harith akan sedar.. lagipun you dah ada kat sini. I yakin dia tahu yang you ada di sisi dia sekarang.."

"Malangnya I ada di sisi dia saat dia terlantar tak sedarkan diri. Sepatutnya I ada dengan dia saat dia sedar.."

"You tahu tak Hud, I ni kejam sangat. Masa kat Paris Harith selalu kejar I, pujuk hati I.. nak bagi penjelasan tapi I langsung tak peduli. Malah I marahkan Harith balik. Dan sampai sekarang I tak tahu penjelasan yang dia nak bagitahu I tu tentang apa," luah hati Tengku Arissya.

"Mungkin dia nak bagitahu you yang dia tak bersalah. Dia cuma menjadi mangsa Tengku Qistina.."

"I dah tahu everything pasal tu. Adik I bagitahu semuanya masa kat Paris, tapi bodohnya I sebab tak pernah percayakan Harith sampailah suatu hari I sedar yang dia ikhlas terhadap I. Dialah juga yang selamatkan nyawa I daripada lelaki tak guna tu.."

"Maksud you Aakif Aryanz?"

"Yup, lelaki tulah. You tahu everything?"

"I tahu sebab Harith yang cerita. Sepanjang Harith kat sana I yang handle syarikat dia, lagipun tak ada orang nak jaga syarikat tu.."

"Tapi bukan Tengku Suria yang handle ke? Tengku Suria kat mana sekarang ya? Sepanjang I kat sini I tak tengok pun dia datang. Outsation ke?" Soal Tengku Arissya membuatkan lidah Hud Mikail kelu.

Jelaslah untuknya, mungkin soal kematian Tengku Suria masih tidak diketahui oleh Tengku Arissya. Banyak rahsia yang masih terpendam tak terluah.

"Hud?"

"Tengku Suria outsation," balas Hud Mikail laju. Mungkin belum tiba masanya lagi untuk bagitahu Tengku Arissya kenyataan pahit itu.

"Patutlah I call Tengku Suria tak dapat. Rindu sangat I dengan dia, lama tak jumpa.."

'Tengku Suria dah meninggal Arissya, seribu tahun pun dia takkan jawab panggilan tu sebab dia dah menerima panggilan dari Ilahi," desis hati Hud Mikail sayu.

"Oh ya, malam ni biar I jaga Harith. You baliklah rehat, lagipun you dah dua tiga hari kat sini.."

"Tak apa biar I yang jaga Harith. Selagi Harith tak bangun I akan setia ada di sini jaga dia.."

"Tapi you pun perlukan rehat. Sejak you balik dari Paris you langsung tak rehat.." nasihat Hud Mikail.

"I banyak buat salah dengan Harith, so biar I kat sini jaga dia untuk tebus balik kesalahan I pada dia," tegas Tengku Arissya berdegil.

"Okay tapi malam ni aje tau. Malam seterusnya biar I yang jaga Harith pula. Kita bergilir jaga," balas Hud Mikail juga bertegas. Akhirnya Tengku Arissya mengangguk faham tanda akur.

Tengah hari itu Tengku Emir Danish keluar makan bersama Tengku Elvia.

"Kakak you macam mana?" Soal Tengku Emir Danish.

"Macam tulah, sedih aje dua puluh empat jam. Ajak balik rumah tak nak," balas Tengku Elvia.

"Siapa tak sedih bekas suami koma,"

"Tulah, I faham.. tapi kalau menyeksa diri macam tu pun tak boleh juga.."

"Maksud you?"

"Akak I tu makan pun tak berselera, dahlah balik dari Paris tak rehat langsung. Risau betul I,"

"You bagilah nasihat pada dia.."

"I dah puas pujuk tapi you tahulah Kak Arissya tu degil.."

"I pun tak boleh buat apalah, cuma kita doalah supaya Abang Harith cepat sembuh.."

"Ya, kita sama-sama doakan,"

"Emir, Tengku Delisha ada ganggu you lagi tak?" Sambungnya mengubah topik perbualan. Teringin juga dia mengetahui soal perempuan gedik itu.

"Ada je dia cari I tak ofis, kadang tu call I.."

"Bukan dia dah kahwin ke?" Soal Tengku Elvia geram.

"Dah kahwin, tapi sekarang dah jadi status janda.."

"What?"

"Perempuan macam tu mana nak kekal hubungan yang dia bina kalau jenis materialistik," balas Tengku Emir Danish. Tengku Elvia mengangguk perlahan tanda setuju.

"You jangan risau sayang, I boleh handle dia. I tahu batas I.."

"Yeke?"

"Elvia, I cuma sayang you je. You satu-satunya buah hati I. I langsung tak ada hati dah dengan perempuan tu.."

Tengku Elvia senyum, "I okay ajelah, saja nak usik you. I percaya you, don't worry!"

"You ni suka buat I takut,"

"Sorry dear.."

"Lepas ni jangan buat lagi macam ni. I tak suka you fikir bukan-bukan pasal I. You tahu kan hati I macam mana, I cuma sayangkan you je.."

"Ya, I tahu Emir. Thanks.."

"Most welcome.."

Hud Mikail tergesa-gesa, dia baru saja keluar lunch di salah sebuah restoran. Tiba-tiba dia terdengar suara seseorang memanggil namanya.

"Hud Mikail!"

Hud Mikail menoleh ke belakang, "Iris Ariana!"

"You nak ke mana ni?"

"I nak lunch," balas Hud Mikail.

"Owh.. nak lunch, tapi nampak macam tergesa-gesa aje ni.."

"I ada meeting jam dua setengah petang ni," balas Hud Mikail.

"Owh.. sorry kacau you. Kalau macam tu I minta diri dululah. Jumpa nanti!" Ucap Iris Ariana rasa bersalah pula menegur Hud Mikail, sedangkan lelaki itu tergesa-gesa mahu menghadiri mesyuarat.

"You ni apa pula cakap macam tu. Meeting kejap lagi, sekarang ni waktu makan so I kena makanlah. Lapar ni. Jom join I lunch.."

"Err..."

"Please, kejap aje.." pinta Hud Mikail akhirnya Iris Ariana bersetuju. Sejak dua menjak ini mereka semakin rapat.

Petang itu Darius dan Rubina Elizaberth ke hospital melawat Tengku Harith Zaqwan. Ada Tengku Arissya di situ yang setia menemani.

"Eh, masuklah.." jawab Tengku Arissya apabila mengetahui kehadiran pasangan suami isteri itu.

"Macam mana keadaan Harith?" Soal Rubina Elizaberth.

"Macam biasa, masih tak ada perubahan.."

"Ya Allah, kesiannya. Dah lama Harith terlantar kat atas katil hospital ni. I tak sampai hati tengok dia sakit macam ni," balas Rubina Elizaberth.

"I lagi sakit tengok dia macam ni, rasa pedih sangat.. lagipun I banyak salah dengan dia. Selama ni I ego," ucap Tengku Arissya mengakui kesilapannya.

"Kalau salahkan diri sendiri pun dah tak guna, benda dah jadi Arissya. Doalah, doa tu ubat paling mujarab untuk kesembuhan Harith. I yakin dengan kehadiran you dia akan cepat pulih," sampuk Darius.

"Betul apa yang you cakapkan tu Darius, itulah yang I lakukan selepas solat. I sangat berharap dia akan kembali sembuh.."

"Alhamdulillah, I pun harap benda yang sama.." balas Darius.

"Darius, Rubina.. macam mana you berdua boleh kenal Harith?" Soal Tengku Arissya ingin mengetahui hal itu.

"Panjang ceritanya Arissya," balas Darius.

"Darius ceritakan semuanya pada Arissya. Dia nak tahu tu.. setidaknya dia tahu macam mana you kenal Harith," ucap Rubina Elizaberth. Minta suaminya bercerita kepada Tengku Arissya.

Darius telah menceritakan semuanya tentang pertemuannya dengan Tengku Harith Zaqwan, bercerita tentang semua kebaikan kawan baiknya itu. Dari situlah Tengku Arissya faham semuanya. Betapa baiknya akhlak Tengku Harith Zaqwan kerana telah mendidik Darius ke pangkal jalan, sehingga lelaki itu berubah. Namun apa yang menyedihkan dari sebahagian cerita itu tentang usaha Tengku Harith Zaqwan untuk merebut hatinya semula. Ia kisah yang sangat menyayat hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience