Rate

BAB 153

Romance Series 197165

Tengku Harith Zaqwan baru saja selesai menunaikan solat maghrib. Tiba-tiba telefonnya berdering minta dijawab. Tapi tidak diendahkannya, dia menghabiskan doanya dulu di atas sejadah.

Beberapa minit kemudian, deringan telefonnya kembali bising mengisi ruang kesunyian di biliknya. Dia bingkas bangun melipat sejadahnya, lalu mencapai telefon yang ada di atas katilnya.

"Hello! Hellooo..." Sapa Tengku Harith Zaqwan. Namun panggilan itu seolah-olah ingin mempermainkannya. Tidak ada yang menjawab sapaannya.

Tengku Harith Zaqwan mematikan panggilan telefon itu, dia tersengih sinis.

'Hebat permainan kau!' Desis hati Tengku Harith Zaqwan.

Faqrul mengamuk, handphonenya dihempas ke katil selepas dia melihat gambar Tengku Arissya bergambar dengan Tengku Harith Zaqwan dimajlis perkahwinan adiknya, Tengku Elvia. Lagi buat dia terasa apabila Tengku Arissya langsung tidak menjemputnya ke majlis perkahwinan itu.

"Tak guna betul! Aku yang sepatutnya ada disebelah Arissya, bergambar dengan dia, bukannya Harith!" Marah Faqrul.

Dia kembali mencapai handphone yang dihempasnya ke katil tadi, lalu menelefon Tengku Arissya.

"Akak tak habis lagi ke mengemasnya. Dahlah tu, biar orang lain buat," ucap Tengku Elvia yang baru turun dari tingkat atas. Inai dijarinya masih segar terhias. Cantik. Merah, semerah hatinya.

"Alah tak apa, akak tolong tengokkan aje ni,"

"Kak Arissya betul kata Elvia tu, akak dari tadi lagi Emir tengok tak berhenti buat kerja," sampuk Tengku Emir Danish.

Tengku Arissya senyum, belum sempat dia bersuara telefonnya berdering.

"Kejap ya," ucap Tengku Arissya. Tengku Elvia dan suaminya menapak ke ruang tamu untuk menonton televisyen.

"Owh pasal tu ke? I sengaja tak bagitahu you, lagipun tarikh adik I kahwin sama tarikh dengan you ada kat Pulau Langkawi," balas Tengku Arissya. Nampaknya Faqrul berkecil hati dengannya.

"Sampai hati you abaikan I," rajuk Faqrul.

"Owh merajuklah ni. Sorry Faq. Kalau I bagitahu you tentu you akan cancel program tu.."

"Tapi tu bukan masalahnya, sepatutnya you bagitahulah I. Setidaknya I tahu yang adik you kahwin hari ni, boleh I kirimkan hadiah perkahwinan.."

"You tahu dari mana adik I kahwin hari ni?"

"Owh I nampak adik you upload gambar kahwin dia dengan you sekeluarga, Harith pun ada I tengok. Dia datang juga ke?"

Tengku Arissya terdiam kali ini apabila Faqrul memetik akan satu nama.

"Harith papa I yang ajak, kan dia kenal juga," balas Tengku Arissya berbolak balik.

"Owh ya kan, Harith tu kan bekas suami you. Dah tentu papa you ajak," perli Faqrul. Tengku Arissya diam saja. Malas dia nak cakap banyak.

"Hmm.. you macam mana kat sana, okay ke?" Pertanyaan Tengku Arissya buat Faqrul senyum. Tak sangka gadis pujaannya ambil berat pasal dirinya.

"I okay kat sini, you jangan risau ya.." balas Faqrul.

'Bila masa pula aku risaukan pasal dia, aku tanya aje..' desis hati Tengku Arissya.

"Arissya you nampak cantik dalam gambar tu.."

"Owh, thanks. You simpan ke gambar tu?" Soal Tengku Arissya.

"Taklah, I cuma tengok aje tadi.." Tipu Faqrul, sedangkan dia simpan gambar Tengku Arissya.

"Pssttt.. pssttt.." Sapa Tengku Emir Danish. Tengku Elvia berpaling, mereka duduk agak jauh di sofa yang berlainan dekat ruang tamu.

"Apa Emir pssttt psstt?"

"Sinilah dekat dengan I," balas Tengku Emir Danish tersengih.

"You jangan nak mengada-ngada okay," balas Tengku Elvia.

"I tak mengada sayangl, I just nak you dekat dengan I. Sini duduk atas riba I," usik Tengku Emir Danish.

"Emir sofa ni punya besar you nak I duduk atas riba you. Memang mengada sangat!" Balas Tengku Elvia sambil tergelak kecil.

"Biarlah, you kan dah jadi milik I. Ingat tau, milik I. So, suka hati I nak minta apa-apa pun dari you, sayang..."

Merona merah pipi Tengku Elvia kali ni, segan dia. Entah apa-apalah Tengku Emir Danish ni. Mengada sungguh.

Tiba-tiba Tengku Arissya muncul di situ, muka kakaknya nampak agak tegang.

"Elvia, Emir kalau nak dinner makanan masih ada kat dapur tu, banyak lagi yang tak habis. Yang lain akak dah agihkan pada jiran-jiran kita petang tadi,"

"Kita orang dah kenyanglah akak," balas Tengku Elvia.

"Owh kalau macam tu tak apalah, akak nak ke bilik dulu rehat," balas Tengku Arissya meminta diri.

"Emir, you perasan tak muka akak I tegang aje. Mesti dia ada masalah kan," ucap Tengku Elvia pada suaminya.

"Ha'ah.. sayang, abang pun rasa macam tu,"

"Abang?" Soal Tengku Elvia. Membulat matanya merenung wajah suaminya itu yang sedang tersenyum.

"Mulai hari ni panggil I abang,"

"Tak nak!"

"Sayang please. I suka panggilan tu. Kan I dah jadi husband you,"

Tengku Elvia senyum, "Okaylah abang. Abang. Abang. Abang..."

"Nak pergi mana tu sayang?" Sapa Tengku Emir Danish apabila isterinya sudah menapak ke tingkat atas.

"Suka hati I nak pergi mana, jangan ikut!"

Tengku Emir Danish bangun, dia senyum, "Sayang kena biasakan panggilan baru tu. Abang nak ikut samalah. Sunyi pula sorang-sorang kat sini,"

Terdengar Tengku Elvia tergelak kecil, "Lupalah abang, Elvia tak terbiasa lagi.."

Tengku Arissya merebahkan tubuhnya ke katil, dia betul-betul rasa penat tapi walau bagaimanapun dia gembira kerana majlis perkahwinan adiknya berjalan lancar walaupun Tengku Harith Zaqwan kacau daun.

Tiba-tiba Tengku Arissya teringatkan Tengku Harith Zaqwan, sekarang ni yang bermain di fikirannya. Mesti Tengku Harith Zaqwan sedang sibuk bercakap dengan Dania, paling tidak pun diaorang tengah whatsapp.

Tengku Arissya sudah diasak oleh rasa cemburu. Dia tahu lelaki itu sengaja ingin menyakiti hatinya. Dia akui memang hati dia sakit. Dia tak suka Tengku Harith Zaqwan contact dengan Dania. Dia bencikan semua itu. Tapi takkanlah dia nak jatuhkan ego dia depan Tengku Harith Zaqwan.

Dania sedang typing.... dia tengah menyusun ayat sapaan pertama untuk Tengku Harith Zaqwan.

"Hai, Abang Harith. Dania ni. Abang tengah buat apa? Maaf kalau Nia ganggu.." (Dania)

Tengku Harith Zaqwan membuka whatsappnya, tertera satu whatsapp daripada Dania. Dia tak membalas whatsapp itu. Hatinya masih teringatkan Tengku Arissya. Jiwanya merintih kerinduan.

Ada gambar Tengku Arissya yang dia simpan tadi. Ya, gambar curi. Dia ada tangkap tadi. Baru dia teringat, segera gallery handphonenya dibuka. Terpampang gambar kesayangannya.

Lama matanya menatap gambar bidadarinya, lalu dia tersenyum sendiri.

"I rindukan you, sayang..." Ucap Tengku Harith Zaqwan perlahan.

Walau hanya itu sekadar gambar, ia sudah mampu meredakan segala kerinduannya pada Tengku Arissya untuk sementara. Rindu yang tak pernah mengerti erti sakit dari luka cinta semalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience