Rate

BAB 291

Romance Series 197233

Tengku Arissya sudah keluar dari hospital, cuma dia banyak menghabiskan masanya dirumah untuk sementara waktu, ada yang masih belum benar-benar pulih. Semangatnya. Namun begitu, Tengku Harith Zaqwan yang selalu setia menemaninya.

Tengku Arissya jauh memandang suaminya yang sedang asyik menyiram pokok bunga di halaman rumahnya, tak berbaju suaminya petang itu, berketul tubuh itu, dia tersenyum sendiri melihatnya.

Baik sungguh suaminya, lepas balik kerja terus uruskan halaman rumah mereka, siram pokok-pokok bunga. Puas dia melarang tapi suaminya degil.

"Abang, sinilah..." Jerit Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan berpaling, "Kenapa sayang?"

"Ada yang Arissya nak tanya, ada nak cakap dengan abang sikit..."

Tengku Harith Zaqwan senyum. Dia bingkas bangun, paip air ditutupnya lalu dia mendekati isteri kesayangannya.

"Abang apa ni, kotor dada tu.." ucap Tengku Arissya, pantas menyeka kotoran yang melekat di dada suaminya perlahan menggunakan tangannya.

"Sikit je ni sayang.." balas Tengku Harith Zaqwan. Senyum.

"Abang nak air tak? Arissya buatkan..."

"Tak apa sayang, abang dah minum tadi. Hmm sayang nak tanya abang apa?"

"Abang tak pernah cerita hubungan abang dengan arwah. Dan Arissya rasa pelik kenapa lelaki tak guna tu marah sangat kat abang selama ni?"

Tengku Harith Zaqwan melepaskan keluhan berat. Salah dia juga tidak bercerita. Dia faham isterinya maksudkan tentang Riesya. Mungkin sudah tiba masanya dia bercerita.

"Sayang antara Riesya dengan abang tak ada apa-apa hubungan istimewa pun, kami kenal masa abang belajar kat universiti. Abang anggap dia sebagai kawan. Airel tu pula abang start kenal dia kat universiti tulah, tapi kenal pun atas sebab dia datang warning abang supaya jangan kacau Riesya.."

"Owh.. jadi Riesya tu girlfriend Airel?"

"Pada mulanya abang anggap macam tulah, tapi bukan. Riesya pernah cerita, kami pun masa tu berkawan aje. Airel tu yang tergila-gilakan dia.."

"So, apa kaitannya dengan abang? Abang rapat ke dengan Riesya dulu?"

"Airel marah bila Riesya selalu dengan abang, dia tak puas hati. Abang tak rapat pun dengan Riesya, kalau jumpa pun sebab kena buat assignment berdua. So, atas dasar tu aje.."

"Bila lama tu kami kenal, Riesya jatuh cinta dengan abang. Dia luah perasaan dia pada abang tapi abang tak ada hati dengan dia, jadi abang jujur. Abang tolak cinta dia.."

"Owh.. faham, tapi Airel macam mana time tu? Yelah dia kan marah abang rapat dengan Riesya..."

"Memang dia marah, dia salah faham. Airel anggap abang ni perampas Riesya. Sebenarnya Airel tu pernah luah cinta dia pada Riesya, tapi Riesya menolak. Riesya pula cintakan abang..."

"Apalah si Airel tu, abang pula yang dia marah.."

"Sejak dari tu Airel anggap abang musuh dia, Riesya tu kalau sayang nak tahu dia tak mudah putus asa tawan hati abang. Dia selalu dekati abang, sampailah suatu saat abang jujur abang cakap abang tak suka dia buat macam tu. Dia sampai nak goda abang... Tapi abang tak pernah layan sayang. Abang tak suka dengan cara dia.."

"Bagi abang sebagai seorang perempuan, Riesya sepatutnya jaga maruah dirinya. Bukan sebab cintakan abang dia perlu gadaikan harga dirinya. Abang bukan lelaki yang mudah digoda dan dinodai, abang tahu batas agama.." sambung Tengku Harith Zaqwan. Cemburu juga hati Tengku Arissya mendengarnya. Namun, dia berusaha mengawalnya.

"Owh... macam tu.. lepas tu apa jadi?"

"Setiap penolakan membuatkan Riesya kecewa dengan abang, dia banyak menangis dan habiskan masa diluar dengan kawan kuliah dia, sejak tu juga keputusan peperiksaannya merosot teruk. Abang rasa bersalah waktu tu tapi abang tak boleh paksa hati ni untuk terima seseorang yang abang tak cinta.."

"Semakin hari Riesya semakin teruk, dia dah pandai pergi kelab malam, minum minuman syaitan. Semuanya berubah sejak abang tolak cinta dia. Dia pun dah tak bertegur sapa dengan abang. Dia mungkin protes kut. Tapi adalah satu hari tu, abang marah dia teruk sebab dia dah jauh menyimpang, abang nasihat kat dia tapi dia melawan, dia cakap semua salah abang. Kalau abang terima dia, dia tak jadi macam tu. Dari situ dia jauhi abang.."

"Airel macam mana pula?"

"Airel pula mengambil kesempatan, waktu tu dia mendapatkan Riesya. Abang pun tak pasti, abang syak mungkin Riesya dengan Airel bercinta. Abang ada nampak dia ke hulu hilir berdua siang malam..."

"Riesya cuba melupakan kekecewaannya tapi gagal, abang rasa dia terima Airel sebab nak abang cemburu. Tapi bila abang tak peduli, dia makin buat perangai..." Sambung Tengku Harith Zaqwan panjang lebar.

"Malam tu sayang, Riesya ke kelab malam. Tapi sebelum tu Airel dengan Riesya gaduh besar, Riesya macam marahkan si Airel tu tapi abang tak tahu sebab apa.."

"Dalam keadaan mabuk, lepas balik dari kelab malam Riesya kemalangan sayang. Abang saksinya, kebetulan malam tu abang lalu dilaluan tempat Riesya kemalangan. Abang yang selamatkan dia, waktu tu keretanya terbalik di persimpangan jalan. Bila abang tahu tu dia, abang berlari ke arah kereta tu, abang yang tarik dia keluar, beberapa minit selepas tu kereta tu meletup depan mata abang... Nasib baik abang cepat bertindak, kalau tak dengan abang sekali hancur..."

"Allahu.. sedihnya Arissya dengar...."

"Time tu Riesya masih bernyawa, dia tahu abang ada situ. Dia pandang abang, dia cakap dengan abang dia pregnant anak Airel, Airel perkosa dia. Dia di perangkap, Airel bagi dia makan ubat tidur. Lepas tu Airel ugut supaya Riesya terima dia sebagai kekasihnya. Kalau tak gambar yang aibkan dia tu, dia nak sebarkan satu collage. Waktu tu abang terkejut, abang diam je.."

Air mata Tengku Arissya sudah mengalir kali ini. Terkesan mendengar cerita suaminya. Tengku Harith Zaqwan juga sudah berkaca matanya. Perih untuk menceritakan semuanya.

"Riesya meninggal kat situ juga, tapi sebelum tu dia sempat minta maaf dengan abang. Dia minta abang doakan dia supaya Allah ampunkan dosa-dosa dia.."

"Lepas settle pengebumian jenazah Riesya esok tu, time tulah abang mengamuk, abang pergi cari Airel kat rumah sewa dia. Abang tumbuk dia sampai lembik, abang marah sangat waktu tu. Sebagai lelaki, abang rasa perbuatan Airel tu keji sayang. Buat macam tu kat perempuan, bukan ke zalim namanya tu.."

"Jantan tu tahu ke Riesya meninggal?"

"Tahu sayang, tapi dia salahkan abang, dia cakap abang punca semuanya..."

Tengku Harith Zaqwan masih ingat, waktu tu dia belasah Airel sekuat hatinya.

"Binatang!" Jerkahnya pada Airel bersama tumbukan padu.

"Woi, kau apasal hah?"

"Eh, aku tahulah apa yang kau dah buat pada arwah. Kau rampas harga diri dia, kau ragut kesucian dia. Tak cukup dengan tu, kau ugut dia nak sebarkan gambar aib tu, kau ni memang jantan keji!"

"Bukan salah aku! Salah kau!!!! Kau penyebab kematian Riesya. Pembunuh!" Marah Airel, seakan Tengku Harith Zaqwan pula yang bersalah.

Airel Azumi licik orangnya, malam tu dia dah perangkap. Tengku Harith Zaqwan ditangkap polis untuk membantu kes siasatan kematian Riesya, sedangkan yang bersalah Airel Azumi. Dia membuat fitnah ke atas Tengku Harith Zaqwan. Kalau ikutkan Airel Azumi yang perlu disoal siasat, namun dia bijak mengelak.

Tiga hari Tengku Harith Zaqwan direman, semuanya kerana Airel Azumi. Dia keluar penjara kerana tak bersalah. Dia mahu memberitahu tentang Airel Azumi kepada pihak polis, mencari bukti namun papa Airel Azumi menghalanginya. Datang menemuinya. Meminta supaya memaafkan anaknya, memberi peluang supaya Airel Azumi berubah. Atas dasar itu, dia mendiamkan diri. Bukan untuk menutup kesalahan Airel Azumi, tapi biarlah Allah yang membalasnya. Lagipun dia kesian melihat seorang ayah merayu, sampai melutut dikakinya demi seorang anak tak guna macam Airel Azumi tu.

"Kejamnya Airel tu abang. Tergamak dia! Arissya tak sangka perangai dia macam iblis.."

"Dia memang kejam, dia rampas harga diri Riesya. Apa yang dia buat tu keji!"

"Tapi kenapa abang ikut je permintaan papa Airel tu?"

"Sebab abang masih ada timbang rasa, abang faham perasaan papa Airel tu, dia pun tahu anak dia salah, tapi dia nak abang bagi peluang supaya Airel berubah. Kalau Airel masuk penjara, bagaimana dengan masa depannya? Tentu dia tak dapat belajar lagi kat situ, nama baik papanya juga akan tercalar. Jadi, bila fikir balik. Abang bersetuju.. dengan harapan dia akan berubah.."

"Baiknya abang. Arissya tahu abang macam mana, tapi tak sangkalah kan dia tak berubah. Sepatutnya dia menghargai peluang yang abang bagi pada dia.."

"Tak, semua tu adalah satu kesilapan yang besar abang pernah buat. Dia memang sepatutnya tak diberi peluang..."

"Sebab dia sayang hampir diperkosa. Apa yang dia cuba buat kat sayang tu abang takkan maafkan. Tapi apapun abang bersyukur, dia dah terima hukumannya..."

Tengku Harith Zaqwan mendekati isterinya.. tangan itu dicapai lalu diciumnya perlahan. Matanya tepat memandang ke arah isterinya.

"Sayang I really love you. Abang minta maaf atas apa yang terjadi. Terima kasih sudi hidup bersama dengan abang..."

"Really love you too, abang. Tak apa Arissya okay. Sama-sama. Hanya abang je yang ada dalam hati Arissya. Thanks sebab selalu bertahan dengan perangai buruk Arissya.."

"Tak baik cakap macam tu pada diri sendiri, sayang indah apa adanya. Abang sayangkan Arissya. Semua yang pernah terjadi dulu pun salah abang. Abang yang gagal pertahankan ikatan perkahwinan kita.."

"Taklah, Arissya yang tak fikir panjang sebelum bercakap. Dah banyak kali Arissya lukakan hati abang.."

"Dahlah sayang, jangan ingat lagi. Tu semua dah lepas, kita sama-sama saling perbaiki kekurangan ye.."

Tengku Arissya mengangguk faham, tubuh suaminya segera dipeluk sayang.

"Abang nak tanya satu soalan lagi boleh?" Soal Tengku Arissya yang sudah merenggangkan pelukan itu.

"Apa dia?"

"Abang betul ke tak cintakan arwah?"

"Tak sayang, langsung tak. Dalam hati ni ada sayang je. Abang cintakan Arissya sorang aje.."

Tengku Arissya berdiam diri. Tengku Harith Zaqwan senyum, "Kenapa sayang? Sayang cemburu ke?"

"Hmm ye abang.."

"Tak perlu lukakan hati sendiri kerana cemburu sayang, hati abang milik Arissya sorang aje... Tiada yang lain.."

"Thanks abang. Love you!" Ucap Tengku Arissya sudah tersenyum.

Perempuan memang begitu, dia ingin tahu sedalam apa hati lelakinya.. secinta apa dia pada pasangannya. Dan lelaki harus faham, itu bukanlah hal yang sulit. Hanya perlukan sedikit kemanisan dalam kata, dan ketulusan dihati untuk menyakinkan cinta pada bidadarimu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience