Rate

BAB 171

Romance Series 197233

Tengku Harith Zaqwan mengelamun di tepi kolam renang rumah banglo miliknya. Hud Mikail yang perasaan abang sepupunya ada disitu segera mendekatinya.

"Kau mesti sedih pasal tadi kan,"

"Eh, kau Hud. Bila sampai?" Soal Tengku Harith Zaqwan seolah-olah tidak mendengar apa yang Hud Mikail katakan.

"Aku balik kejap je ambil baju. Aku tidur sini malam ni,"

"Kenapa tak pinjam baju aku aje,"

"Kau punya baju semua sado bro, longgarlah kalau aku pakai," balas Hud Mikail. Tengku Harith Zaqwan tersengih. Nampak seperti dibuat-buat.

"Kau dah buat yang terbaik Harith, aku rasa dah tiba masanya kau move on,"

"Apa yang kau merepek ni?"

"Lupakan Tengku Arissya!"

"Mustahil hati ni dapat lupakan dia dengan mudah,"

"Cinta kau tak dihargai! Tak berbaloi mencintai orang yang tidak mencintai kita," marah Hud Mikail.

"Kau tak faham!"

"Aku cukup faham! Sejak kau ke Paris kejar Tengku Arissya, sampai ke saat ini cinta kau masih dipandang sepi Harith,"

"Terimalah hakikat yang Arissya bukan jodoh kau," sambung Hud Mikail.

"Aku boleh belajar menerimanya tapi ada hal lain yang jauh lebih penting,"

"Apa yang penting sangat tu?"

"Kau betul-betul nak tahu ke?"

"Aku nak sangat tahu apa yang sedang kau perjuangkan ni," balas Hud Mikail.

"Aku boleh ceritakan tapi tak semuanya,"

"Arissya dalam bahaya, ada seseorang yang ingin melihat hidupnya hancur," sambung Tengku Harith Zaqwan mula bercerita.

"Siapa orangnya?"

"Aku tak berani cakap siapa dia, lagipun melalui hasil siasatan masih belum mampu menyakinkan aku bahawa dialah yang melakukan kejahatan tu,"

"Kau ingat tak aku pernah kena perangkap dulu, aku kena tangkap khalwat,"

"Ingat, kenapa?"

"Salah satu rancangan tu mungkin dilakukan oleh orang yang sama,"

"Lepas Arissya dapat tahu aku kena tangkap khalwat, kami gaduh besar. Dia nak kami berpisah. Arissya langsung tak nak dengar penjelasan aku. Aku faham hati dia hancur, dia masih tak dapat mengawal kemarahannya pada waktu tu tapi masa tu aku pernah berjanji pada diri aku sendiri, aku akan pujuk hati Tengku Arissya," sambung Tengku Harith Zaqwan.

"Lepas tu apa jadi, kenapa sampai korang boleh bercerai?"

"Untuk pengetahuan kau aku diculik. Masa aku nak ke tempat parking kereta, hidung aku ditekup dengan sejenis cecair yang menyebabkan aku pengsan,"

"Aku tak sangka semua ni boleh terjadi pada kau,"

"Masa aku sedar, mata aku ditutup. Gelap dunia aku. Tapi aku dengar ada orang disitu yang sedang ketawa. Masa aku memberontak ingin dilepaskan, aku ditendang jatuh dari kerusi dalam keadaan tangan aku diikat. Kemudian tubuh aku dipijak-pijak, aku mengaduh kesakitan," cerita Tengku Harith Zaqwan. Perlahan suaranya seakan ingin menangis.

"Ya Allah.. Harith.."

"Aku dengar ada tiga suara, suara seorang perempuan, tapi tidak begitu jelas nada suaranya. Dan ada dua orang lelaki,"

"Kau tahu siapa culik kau masa tu?"

"Langsung tak, lagipun mata aku ditutup dan tangan aku diikat pada kerusi. Aku cuma mampu mendengar suara, tapi suara tu pun kurang jelas,"

"Tapi..."

"Tapi apa?"

"Tapi hari ketiga aku disitu badan aku terasa sangat lemah akibat dipukul berulangkali, dua orang lelaki tu pun buka ikatan mata aku sambil diaorang ketawa. Mereka tumbuk mata aku, aku meraung sakit, agak kabur pandangan aku tapi dengan kuasa Allah aku dapat melihat walaupun dalam kesamaran satu wajah pada ketika itu, aku dapat agak dia orangnya,"

"Siapa?"

"Belum tiba masanya untuk kau tahu, aku nak pastikan dulu samada dia atau tidak,"

"Hal yang paling menyakitkan, aku dipaksa untuk menceraikan Tengku Arissya,"

"Hah? Maksud kau?"

"Aku dipaksa supaya melafazkan cerai melalui whatsapp audio, jantan tak guna tu yang paksa. Kalau tak mereka akan cari Tengku Arissya dan apa-apakan dia,"

"Dan kau ikut?"

"Ya, sebab kalau jadi apa-apa pada Tengku Arissya, siapa yang akan selamatkan dia, sedangkan aku ada dalam tahanan mereka," balas Tengku Harith Zaqwan. Air matanya sudah mengalir. Namun pantas disekanya.

"Allahu.. beratnya apa yang kau lalui,"

"Semua orang tak tahu pasal ni, dah lama aku pendam rasa sakit ni. Arissya mungkin anggap aku tak sayangkan dia, sebab begitu mudah melepaskan. Tapi hakikatnya aku dipaksa menceraikan dia tanpa rela,"

"Kau tak bagitahu Arissya apa yang jadi?"

"Manusia mana yang akan percaya, Arissya lagilah tak percaya kalau aku ceritakan pada dia,"

"Macam mana kau boleh bebaskan diri daripada penjahat tu? Dan mana perempuan tu, bukan kau kata ada sorang perempuan ke bersama dua orang lelaki tu?" Soal Hud Mikail.

"Aku bebas atas kebaikan arwah mama. Bila mama tahu aku tak balik rumah dia upah orang untuk cari aku,"

"Jumpa?"

"Orang upahan mama jumpa aku dalam keadaan aku dah tak sedarkan diri. Aku cedera teruk dibelasah," balas Tengku Harith Zaqwan.

Dia berpaling memandang wajah Hud Mikail, matanya penuh dengan kesedihan, "Aku hampir menemui ajal Hud, aku koma dihospital selama sebulan. Siang malam mama yang jaga aku. Aku tak sedarkan diri tapi aku dengar mama bagi aku sokongan dan kekuatan, mama sedih sangat Hud. Sebab tu bila mama meninggal, aku rasa seluruh hidup aku kosong,"

"Bila aku sedarkan diri, Tengku Arissya jauh meninggalkan aku. Dia ke Kota Paris, mama juga yang bagitahu.."

"Masa aku ke rumah Datuk Mustaqim, Datuk halau aku macam kucing kurap. Tengku Elvia pun bencikan aku, sebab buat kakak dia macam tu, tapi mereka tak tahu apa yang aku lalui selama ni. Semua orang salahkan aku,"

"Demi mengetahui di mana keberadaan Tengku Arissya disana, aku tergerak hati mahu mencari tahu apa yang berlaku pada aku masa kena tangkap khalwat tu. Dan betul, melalui CCTV tu aku di perangkap,"

"Aku dipukul dibahagian kepala semasa sampai dihotel tu, mereka perangkap aku dengan Tengku Qistina sebagai peneman tidur, tapi aku tak buat apa-apa pun dalam keadaan tak sedarkan diri tu. Sumpah aku tak sentuh pun Tengku Qistina,"

"Apa yang jadi pada kau ni seperti sudah dirancang,"

"Semuanya sudah dirancang dengan teliti. Lepas aku dapatkan CCTV tu, aku ambil masa juga sebelum ke Paris sebab mama tak izinkan aku ke sana dalam keadaan badan aku masih lemah. Aku hormat keputusan mama tu, lagipun aku sendiri masih berbalut dikepala,"

"Tapi malangnya, beberapa minggu selepas tu aku dapat berita paling menyedihkan. Mama accident, dia tenat dihospital. Mama pergi bukan sebab kemalangan tu aje, tapi sebelum ni pun mama memang ada sakit kronik, cuma aku yang tak tahu. Hebat betul lakonan mama, tergamak dia sembunyikan penyakit dia selama ni daripada aku," balas Tengku Harith Zaqwan. Kali ini terduduk Hud Mikail, pedihnya apa yang abang sepupunya lalui.

Tengku Harith Zaqwan juga sudah menangis teresak-esak. Dia lemah bila teringatkan mamanya. Dia kalah dengan air mata.

"Aku rindu mama, Hud. Dalam keadaan aku sedih macam ni, mama yang selalu ada dengan aku..." Ucapnya perlahan yang masih menangis.

Hud Mikail menepuk bahu abang sepupunya supaya bersabar, "Sabar Harith. Kenapa kau tak bagitahu aku dari awal semua ni? Aku tak sanggup dengar semua penderitaan yang kau lalui ni,"

"Kau masih diluar negara, bakal menamatkan pengajian kau. Mana mungkin aku kacau kau, sebab tu aku tak benarkan Pak Karim bagitahu kau,"

"Allahu.. tapi macam mana kau boleh lalui semua ni sorang diri Harith?" Soal Hud Mikail sudah menangis juga.

"Jatuh kerana manusia, bangkit kerana Allah. Itu yang mama selalu pesan, sebab tu sampai sekarang aku masih kuat lalui semuanya," balas Tengku Harith Zaqwan.

Hud Mikail menyeka air matanya, "Kau manusia hebat, Harith. Kau tetap bersabar dalam derita,"

'Sekuat manapun aku, aku pernah menangis meraung dalam diam. Aku pernah hancur berkeping-keping, tapi demi mama aku teruskan perjalanan hidup ini walaupun sukar untuk hidup dalam rindu. Mama alasan kenapa aku masih seteguh ini menghadapi segala terjahan badai. Suatu hari aku akan pergi jauh dari semua yang menyakitkan ini. Waktu tu aku takkan menoleh ke belakang lagi. Cukuplah derita ini,' desis hati Tengku Harith Zaqwan memejamkan matanya. Air matanya jatuh lagi. Malam yang pekat itu seperti mengerti jiwanya yang sedang berkecai.

Semoga esok Allah memberikan kepadanya kekuatan baru untuk dia terus berjuang.

"Arissya macam mana? Maaf papa baru datang sini," ucap Datuk Mustaqim.

"Tak apa papa, lagipun Arissya bukannya sakit,"

"Tak sakit tapi tertekan. Kenapa Arissya? Ada masalah ke?"

"Tak ada apalah pa,"

"Kalau tak ada apa kenapa boleh pengsan dekat ofis Harith?"

Kali ini Tengku Arissya terdiam, dia tak tahu macam mana nak jawab pertanyaan papanya.

"Okay, kalau papa nak tahu Harith tu penipu besar!"

"Apa maksud Arissya, papa tak faham,"

"Harith tipu semua orang, termasuklah Arissya. Dia dah perbodohkan kita semua papa,"

"Tahu tak yang dia tipu pasal yang dia amnesia tu. Dia tak hilang ingatan pun," sambung Tengku Arissya.

Datuk Mustaqim senyum, "Tak apalah, semua orang pernah buat silap. Kita ni manusia yang tak sempurna,"

"Aikk.. kenapa papa senyum je? Owh Arissya tahu, papa dah tahu lebih awal yang dia tak amnesia kan?"

"Papa tahu, tapi papa rasa tak perlulah dibahaskan soal ni,"

"Ya Allah.. papa bela dia?"

"Papa tak bela sesiapa pun, papa rasa benda macam ni tak perlulah diperbesarkan. Papa yakin Harith ada alasan tersendiri," balas Datuk Mustaqim tenang. Ya, memang benar dia sudah tahu dari awal Tengku Harith Zaqwan tak hilang ingatan.

"Papa selalu bela dia kan. Apapun yang dia lakukan papa tak pernah marah,"

"Siapa kata tak?"

"So, papa pernah marah dia?"

"Papa pernah halau Harith macam kucing kurap dulu masa dia datang cari Arissya,"

"Memang patut pun papa buat dia macam tu,"

"Tak, papa tak patut buat macam tu. Papa rasa kesal sampai sekarang, itu kesilapan papa yang terbesar,"

"Kenapa papa cakap macam tu?"

"Harith tak pernah buat apa-apa kesalahan. Sebagai manusia papa tak layak hukum dia macam tu, lagipun dia datang cari dan bertanyakan di mana bekas isteri dia,"

"Bekas isteri pa, bukan isteri!" Marah Tengku Arissya mengingatkan papanya.

"Apapun yang Arissya katakan, papa cuma nak pesan jangan menyesal selepas semuanya terkorban,"

"Papa dahlah cakap pasal dia. Arissya bukan lagi marahkan dia, tapi kemarahan ini sudah bertukar menjadi kebencian,"

"Kebencian yang Arissya tanam dalam hati tu akan berubah kepada penyesalan. Waktu tu papa tak boleh tolong Arissya lagi, hanya Arissya yang boleh tolong diri sendiri," balas Datuk Mustaqim.

"Dah ya, Arissya rehatlah. Papa dah jumpa doktor, esok pagi jam sepuluh Arissya dah boleh balik. Nanti papa sendiri yang akan jemput," sambungnya.

"Papa tak kerja ke?"

"Papa cuti esok, Elvia yang gantikan kerja papa," balas Datuk Mustaqim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience