Rate

BAB 166

Romance Series 197165

Faqrul sakit hati, setiap kali dia ajak Tengku Arissya keluar, mesti pelawaannya akan ditolak. Kadang-kala muncul di fikirannya, mahu melakukan hal yang bukan-bukan.

Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon milik Faqrul, segera dia menjawabnya tanpa mengetahui siapa pemanggilnya. Kerana sangkanya itu mesti Tengku Arissya.

"Hello, Arissya!"

"Arissya kepala otak kau!" Tengking satu suara dengan begitu kuat.

Faqrul terkedu, dia kenal pemilik suara itu. Itu bos dia. Aduh! Kenapalah aku tak tengok dulu siapa si pemanggilnya.

"Kenapa aku call tak jawab? Kau dah lupa siapa yang bagi kau makan selama ni?"

"Eerr.. aku busy bos. Aku banyak nak kena settle kerja. Aku ingat bos!"

"Kerja kau tu gaji tak setanding dengan apa yang aku dah bagi pada kau selama ni Faqrul,"

"Aku tahu bos, hmm kenapa bos call aku?"

"Sebab kau lambat bertindak. Dah lama aku tunggu, tapi kerja kau satu habuk pun tak jadi!" Marah bos Faqrul.

"Aku dah cuba bos dekati Arissya, tapi dia liat betul. Susah nak dijinakkan,"

"Susah jinak sebab umpan yang kau pakai tu tak kena,"

"Kau tahu tak kau ni jantan tak guna, bodoh! Kerja senang pun tak boleh buat. Eh, kau tak rasa tercabar ke dengan Tengku Harith yang sudah mendahului,"

Faqrul pendam amarah. Dia sakit hati dengar kata-kata bosnya. Sebagai lelaki dia mula rasa tercabar.

"Aku tahu kerja aku!"

Bosnya tergelak kuat, "Kalau kau tahu itu kerja kau, betina tu dah lama dalam genggaman kaulah setan!"

"Kau cabar aku ke bos?"

"Aku cabar kau! Aku bagi masa pada kau sebulan lagi. Kalau tak semua kemewahan yang aku bagi pada kau aku tarik balik dan bersedialah untuk hidup merempat macam anjing!"

"Anjing jangan sebut bos, kasar tu. Okay, aku janji akan tackle Tengku Arissya. Aku memang sayangkan dia bos. Aku akan jadikan dia milik aku sepenuhnya,"

"Kenapa? Kau tak suka aku sebut 'anjing'. Tapi aku rasa perkataan anjing tu memang sesuai dengan kau. Kalau kau gagal dalam rancangan kita memang itulah tempat selayaknya untuk kau Faqrul!" Marah bosnya.

"Kau dengar sini! Kau sayang ke tak dengan betina tu, itu urusan kau aku tak nak ambil tahu. Yang penting aku nak kau pastikan Tengku Harith Zaqwan dan Tengku Arissya tak boleh bersatu sampai kiamat. Faham?"

"Faham bos, aku faham!"

"Bagus!"

Drrtt.. drttt...

Panggilan telefon segera terputus. Lega hati Faqrul sudah selesai bercakap dengan bosnya. Kini masanya kian suntuk. Jadi dengan apa cara sekalipun dia perlu bertindak. Jika tidak segala kemewahan yang dikecapinya akan hilang. Dia tidak mahu hidup miskin lagi dan dikejar puak along. Esok dia akan bertindak.

"Kak Kiah, sini kejap!" Panggil Tengku Arissya apabila dia melihat kelibat Rokiah yang baru keluar dari biliknya.

"Ada apa Arissya, nak minum ke? Kak Kiah buatkan minuman,"

"Tak apa, Arissya cuma nak bagitahu sesuatu. Duduk!"

Rokiah segera melabuhkan punggungnya disofa bersebelahan anak majikannya.

"Kak Kiah ada minta nak cuti kan?"

"Ha'ah.."

"Berapa hari?"

"Kalau boleh dalam dua tiga hari,"

"Boleh, Arissya izinkan Kak Kiah cuti tapi dalam tiga hari saja," balas Tengku Arissya.

"Okay,"

"Kak Kiah boleh Arissya tanya sesuatu tak, lagipun Kak Kiah tentu banyak pengalaman kan,"

"Boleh, apa dia?"

"Kalau ada yang sukakan Kak Kiah, Kak Kiah akan terima cinta masa silam atau belajar lupakan semuanya dan terima orang lain dalam hidup Kak Kiah?" Soal Tengku Arissya.

"Tengok pada keadaan. Kalau hati Kak Kiah masih cintakan orang yang sama, mungkin Kak Kiah lebih memilih untuk hidup bersama cinta masa silam,"

"Tapi macam mana nak teruskan cinta masa silam tu kalau orang yang kita sayang tu selalu lukakan hati kita?"

"Cinta dan luka tak dapat dipisahkan Arissya. Jangan bermimpi mengenal cinta tanpa air mata," balas Rokiah mengeluarkan ayat padunya. Eh, bukan! Itu ayat milik Tengku Harith Zaqwan punya, Rokiah hanya mengulanginya.

"Tapi keduanya menyakitkan hati Arissya, mana kuat nak hadapi luka tu,"

"Arissya terluka dengan seseorang ke? Siapa yang melukakan hati Arissya tu?" Soal Rokiah berani.

"Err.. maaf kalau Kak Kiah busybody, tak apa tak perlu jawab," sambungnya takut-takut.

"Tak apa, hmm actually Arissya ni pernah berkahwin tapi sudah lama bercerai,"

Rokiah buat-buat muka terkejut, "Owh yeke? Siapa orangnya?"

"Tengku Harith Zaqwan, lelaki yang Arissya kenalkan pada Kak Kiah malam tu kat supermarket, ingat tak?"

"Owh ya.. Kak Kiah ingat, lelaki handsome tu kan?"

"Handsome ke? Tak handsome langsung!" Balas Tengku Arissya mencebik. Tidak mahu mengakuinya.

"Handsome orangnya. Mesti ramai yang suka kat dia kan. Dahlah sado, putih, tinggi, segak. Bergaya lagi tu Kak Kiah tengok,"

"Amboi Kak Kiah, bukan main melambung pujinya," balas Tengku Arissya membuatkan Rokiah tergelak.

"Akak cakap benda yang betul. Hmm.. Arissya masih cintakan dia?"

"Hmm.. entahlah Kak Kiah, susah nak cakap. Kadang tu ada juga rasa sayang, tapi lepas tu jadi lain pula,"

"Lain macam mana?"

"Bukan Arissya nak burukkan pasal dia, tapi kadang dia tu suka melayan. Adalah hari tu, Dania datang sini. Dania minta nombor handphone Harith, Harith terus je bagi,"

"Kejap, Dania tu siapa?"

"Owh.. Dania tu sepupu kepada suami adik Arissya, dia ada datang sini tolong settlekan majlis kahwin hari tu, sebelum Kak Kiah masuk kerja sini,"

"Owh.. agaknya Dania tu sukakan bekas suami Arissya tak?"

"Mungkin. Kalau tak Dania tak adalah minta nombor Harith,"

"Kan dapat tengok dengan jelas, bukan bekas suami Arissya yang suka melayan. Dia tak minta pun nombor handphone Dania tu, Dania yang minta,"

Tengku Arissya terdiam seketika, seakan berfikir.

"Sama aje diaorang tu. Harith boleh aje bagi alasan lain, tapi dengan senang hati dia bagi, hishh gatal betul!"

Rokiah tergelak, "Arissya cemburu ke?"

"Taklah, mana ada cemburu,"

"Yeke ni?"

"Iyaaaa.. tak ada masanya nak cemburu. Biarlah dia," balas Tengku Arissya tidak mahu mengakui perasaan cemburu itu, sedangkan rasa itu begitu hebat menghentam jiwanya.

"Hmm.. Kak Kiah tak tahulah cerita lebih pasal Arissya dengan bekas suami tu, tapi satu aje akak nak pesan. Kalau kita ego mengakui rasa cinta kita pada seseorang tak ke manapun, suatu hari kita sendiri yang akan rasa sakit bila orang yang kita masih cinta tu jadi milik orang lain,"

"Kalau waktu tu kita menyesal pun dah tak guna. Nasi dah jadi bubur, sebab tu ada baiknya kita luah apa yang kita rasa," sambungnya.

"Kak Kiah pernah bercinta?"

Soalan Tengku Arissya buat Rokiah sebak. Teringat pula pada kisah cintanya yang tragis. Ada kesal yang masih belum reda dijiwanya.

"Pernah, tapi cinta yang penuh dengan kesalan,"

"Cinta yang penuh kesalan?" Nampaknya Tengku Arissya ingin tahu.

"Kak Kiah pernah bercinta tapi orang yang sayang dan cintakan Kak Kiah tu dah dijemput Ilahi,"

"Sebab pemergiannya?"

"Dia meninggal kena tembak, dia seorang anggota polis, tapi selama dia mencintai Kak Kiah, Kak Kiah langsung tak pandang dia. Dia kata dia sanggup tunggu Kak Kiah balas cinta dia. Sampailah suatu hari, Kak Kiah dapat tahu dia kena tembak. Masa tu dia kena tembak di tempat awam, kebetulan masa tu Kak Kiah ada kawasan tu. Nak pergi tengok siapalah yang kena tembak tu, tapi tak sangka dia,"

Tengku Arissya sebak. Dia cuba menahan tangis.

"Masa dia tengah sakit tu dia pandang Kak Kiah sayu. Kak Kiah pergi dekat dia, air mata Kak Kiah laju mengalir bila tengok darah banyak kat dada dia. Masa tulah Kak Kiah rasa sakit sangat dihati, rasa macam akan kehilangan sesuatu yang besar dalam hidup ni. Masa tulah hati ni rasa erti cinta yang sebenar, tapi disaat semuanya sudah tak dapat buat apa-apa,"

"Ya Allah.. sedihnya," kali ini Tengku Arissya menangis.

"Sebelum dia pergi, Kak Kiah sempat bisik pada dia yang Kak Kiah sayang dia. Cintakan dia. Masa tu memang betul, itu yang Kak Kiah rasakan. Dia nampak gembira, dia senyum. Senyuman terakhir sebelum Kak Kiah ajar dia mengucap, dan dia akhirnya pergi untuk selama-lamanya. Itulah cinta yang penuh kesalan, Kak Kiah akui.. sebab ego semuanya musnah. Sejak dari situlah Kak Kiah belajar sesuatu,"

"Sesuatu?"

"Menghargai apapun yang masih menjadi milik kita di dunia ini,"

"Eh, kejap tapi kenapa Kak Kiah boleh masuk ke kawasan yang dia kena tembak tu. Bukan ke polis je boleh masuk kat situ?" Soal Tengku Arissya. Dalam sebak pun dia boleh berfikir dengan baik. Rokiah hampir terkantoi.

"Err.. dia yang panggil, jadi polis yang ada kat situ izinkan,"

"Owh.. patutlah. Kisah cinta Kak Kiah buat Arissya rasa sedih. Memang Arissya akui ego, Harith banyak mengalah.. tapi tulah hati ni kadang okay, kadang dia memberontak marahkan Harith,"

"Selagi ada yang masih cintakan Arissya hargailah, sebelum Arissya hilang dia untuk selama-lamanya," balas Rokiah.

Sebenarnya kisah yang Rokiah ceritakan itu adalah kisah benar cintanya. Memang itulah yang pernah terjadi dalam hidupnya. Semenjak itu tiada lagi cinta dalam hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience