Rate

BAB 247

Romance Series 197165

Sudah masuk dua hari. Tengku Arissya sudah sedarkan diri. Hanya Tengku Harith Zaqwan yang masih tidak sedarkan diri. Barangkali dia penat ditumbuk, disepak terajang, dipukul, ditampar, dipijak oleh manusia durjana yang telah menyakitinya.

Kesian Tengku Harith Zaqwan, banyak kesakitan dan penderitaan yang perlu dia tempuhi. Menjadi seorang 'dia' tidaklah mudah. Dia sudah tidak memiliki sesiapa. Dia tiada papa, dia juga tiada mama lagi. Tinggal saja Hud Mikail, yang masih selalu setia dengannya.

Entah mahu terus hidup atau tidak lagi Tengku Harith Zaqwan, lagipun segala misinya telah pun selesai. Dia sudah menunaikan janjinya untuk melindungi Tengku Arissya. Apa mungkin maksud dari kata-katanya, bahawa dia mahu pergi jauh itu. Mungkinkah ia satu petanda, bahawa dia mahu menemui Allah? Atau mahu terus kekal meneruskan kehidupannya di dunia ini? Soal hidup mati itu ketentuan Allah, biarlah Allah yang menentukan segalanya.

"Harith mana papa?" Soal Tengku Arissya lagi.

Dari sejak dia sedarkan diri sehingga sekarang Datuk Mustaqim tidak menjawab pertanyaannya.

"Arissya makan dulu ya. Lepas tu kejap lagi kena makan ubat. Papa harap Arissya cepat sembuh..." Ucap Datuk Mustaqim mengelak daripada menjawab pertanyaan anaknya. Sungguh, Tengku Arissya merasa agak kesal dengan sikap papanya.

"Papa mana Harith?" Sekali lagi Tengku Arissya bertanya perlahan. Penat dia mengulangi sebuah pertanyaan yang tidak dia temukan jawapannya.

"Jangan fikir soal lain, fikirkan tentang diri sendiri.." jawab Datuk Mustaqim.

"Tapi Arissya cuma tanya, mana Harith pa? Dia kat mana? Papa tahu tak Harith cedera teruk. Dia nampak sakit sangat..." ucap Tengku Arissya sebak.

"Kenapa baru sekarang Arissya nak ambil tahu dan peduli pada lelaki tu? Sedangkan selama ni anak papa langsung tak ambil kisah, dia sakit ke, dia demam ke, dia terluka ke, dia kecewa ke.. langsung tak. Jadi, biarkan saja dia..." Ucap Datuk Mustaqim. Dia mahu mendidik jiwa Tengku Arissya supaya lebih tahu menghargai.

"Tapi...."

"Cukup Arissya! Tak perlu pedulikan Harith lagi. Papa tak nak Arissya buat Harith menderita..." Kata-kata Datuk Mustaqim buat Tengku Arissya terkedu, papanya tidak pernah begitu sikapnya.

"Arissya tetap nak tahu keadaan Harith. Mana Harith pa?" Jerit Tengku Arissya.

Kali ini Datuk Mustaqim diam membisu.

"Sebaiknya Arissya berehat dulu. Biar betul-betul sembuh. Papa ada hal kat ofis, papa nak keluar sekejap. Kejap lagi Sharleez jaga..." ucapnya yang sudah bingkas bangun keluar dari bilik wad itu.

Tengku Arissya merasa kecewa. Hatinya tertanya-tanya, ke mana perginya Tengku Harith Zaqwan. Dia takut, tangannya menggigil apabila memikirkan yang bukan-bukan.

Selepas Datuk Mustaqim keluar dari bilik itu, Sharleez menapak masuk.

"Hai, Arissya. How are you today?" Soal Sharleez.

"I'm not okay," balas Tengku Arissya.

"Why? Arissya kena banyak rehat. Badan masih lemah tu.." ucap Sharleez tidak memahami apa yang Tengku Arissya maksudkan.

"Leez, mana Harith? I nak jumpa dia.."

"Sebaiknya...."

"Aku nak jumpa Harith! Mana dia? Mana?" Tengking Tengku Arissya sakit hati. Sudahlah papanya juga tidak mahu menjawab pertanyaannya, Sharleez juga sama saja. Agaknya semua orang sedang menyembunyikan sesuatu. Sakit betul hatinya. Itu yang dia mengamuk.

"You nak jumpa dia? Why?" Soal Sharleez sinis.

"Untuk tahu keadaan dialah!"

"Dah terlambat, Arissya.."

Perkataan terlambat itu membuatkan Tengku Arissya mengalirkan air matanya perlahan... Namun masih bertanya, "What do you mean?"

Sharleez melepaskan keluhan kecil, mungkin dia perlu berterus-terang dengan Tengku Arissya.

"Tuan dah cukup menderita selama ni, biarlah dia berehat tanpa sesiapa pun kacau dia lagi..."

Makin melebat tangisan Tengku Arissya, sangkanya Tengku Harith Zaqwan pasti sudah meninggal dunia. Sungguh, hatinya hancur berantakan.

"Ya Allah.. I berdosa dengan Harith. I sakitkan hati dia, I hina dia, I halau dia. Kenapa I kejam sangat pada dia hah? Tapi dia tetap baik, selalu baik layan I... Dia sanggup korbankan apa saja untuk I. I akui I betul-betul bodoh! I tak sedar yang dia sangat mencintai I. I kesal dengan semua yang terjadi..."

"Tulah, you dah terlambat. Tapi I ada satu soalan nak tanya you.."

"What?"

"Kalau masa boleh diundur apa yang you nak buat supaya tuan I tak kecewa dengan you?"

"I nak kahwin balik dengan dia. I tak nak lepaskan dia. Dia lelaki yang terhebat I pernah jumpa, tapi sayang dia dah pergi jauh. Tapi I nak sangat dia jadi suami I, jadi papa pada anak-anak I. Hanya dia, tiada yang lain..."

Sharleez tersenyum, dia sedang merakam setiap luahan Tengku Arissya tanpa disedari. Dia mahu simpan sebagai bukti. Senang kalau ada apa-apa dia boleh bagitahu tuannya.

"Sayangnya you dah terlambat. Tak guna you sedih, Arissya. Tak guna juga you menangis air mata darah sekalipun. Masa tak boleh diundur balik.."

"I tahu.." ucapnya perlahan bersama tangisan. Sakit jiwanya. Sakit!

Sebenarnya semua sudah berpakat mahu memberitahu Tengku Arissya yang Tengku Harith Zaqwan sudah terkorban. Kedengarannya mungkin agak kejam, tapi dia sengaja mahu memberi pengajaran untuk Tengku Arissya.

Sharleez sebenarnya hanya berpakat dengan Datuk Mustaqim saja. Tapi apabila dia tiba-tiba menerima satu whatsapp dari Datuk Mustaqim untuk stop lakonan itu, terpaksalah dia bagitahu Tengku Arissya yang Tengku Harith Zaqwan masih hidup.

Sharleez menapak ke arah Tengku Arissya semula.

"Arissya why you nangis ni?"

"I sedih, hati I hancur bila tahu yang Harith....."

"Harith masih hidup, tak perlu menangis sampai macam tu sekali..."

Tengku Arissya terkedu, dia memandang wajah Sharleez hairan...

"Tapi yang tadi tu?"

"I sengaja cakap macam tu, lagipun I nak tahu sejauh mana hati you pada tuan I..."

"You ni memang sengaja!"

"Yup, I sengaja tapi setidaknya I tahu you masih sayangkan Harith.. tapi sejauh mana tu I tak pasti dan yakin..."

"Mana Harith sekarang? I nak jumpa dia!"

"Harith ada kat bilik wad nombor dua puluh empat. Wad lelaki.." ucapnya. Namun begitu, Sharleez masih belum habis bercakap.

"Wait, I cuma nak bagitahu you supaya jangan buat tuan I sedih lagi. Jangan kecewakan hati dan perasaan dia. I tak nak dia menderita. Kalau you tak boleh hargai dia, biar I yang jaga dia. Biar I yang sayang dia dan kahwin dengan dia... Lagipun sayang rasanya kalau lepaskan lelaki sebaik tuan I tu.."

"Leez you ada hati dengan Harith?" Soal Tengku Arissya terkedu.

"Ya, I suka lelaki seperti tuan I tu. Dia baik.. sebab tu I cakap macam ni.." balasnya.

Adrian Smith yang mendengar kata-kata Sharleez tanpa sengaja di koyak luka. Dia terkilan, lalu berjalan perlahan pergi. Sharleez yang sudah keluar dari bilik wad Tengku Arissya perasan kehadiran Adrian Smith itu terus memanggilnya. Namun, dia tidak tahu lelaki itu sedang dibelasah kecewa yang maha hebat.

"Adrian.. Hey, wait!" Panggil Sharleez. Lelaki itu tidak peduli, dia hanya berjalan perlahan. Dunianya terasa gelap.

"Adrian kenapa dengan you ni? I panggil you buat tak tahu je. You ada masalah ke?"

Adrian Smith menghentikan langkahnya, "I tak ada masalah, yang bermasalahnya you!"

"What? Kenapa I pula?"

"I tak sangka you ada hati dengan tuan kita selama ni. I kecewa dengan you. You dah permainkan perasaan I, Leez!" Marah Adrian Smith. Dia sakit hati.

"Apa you cakap ni!"

"Apa yang I cakap? I cakap benda yang betul, you tu suka buat I kecewa.."

"I tak fahamlah dengan you ni!"

"I lagi tak faham tahu tak! Lagi tak percaya dengan apa yang I dengar tadi tu..."

"You dengar apa?"

"You cakap dengan Arissya, kalau Arissya tak nak tuan kita, you yang nak kahwin dengan dia..."

Kali ini tawa Sharleez meledak, rupanya sebab itu buah hatinya semarah itu.

"Kenapa you ketawa? Tak lawak okay!" Marah Adrian Smith.

"So, you dengarlah apa I cakap tadi tu?"

"Jelas, tadi I nak masuk bilik wad tu jumpa you, tapi bila I dengar semua tu I terus pergi..."

"Adrian I nak you tahu, I really love you..." Lafaz cinta Sharleez membuatkan lelaki itu terkedu. Mana tidaknya, Sharleez bukannya selalu luah apa yang dia rasa. Tapi betul ke cinta?

"Tadi tu I cakap macam tu supaya Arissya tak lukakan hati tuan kita lagi, I nak dia leburkan ego dia dan cakap jujur apa yang dia rasakan tentang perasaan dia. Saja je nak acah dia. Biar dia lebih menghargai cinta dia tu..." Sambungnya memberi penjelasan.

"Betul ni? Dalam hati you cuma ada I je kan?"

Sharleez menjungkitkan bahunya, kemudian dia melangkah pergi dari situ.

Adrian Smith mengejar, "Sayang wait! I tak puas hati lagi ni. Dalam hati you cuma ada I je kan?"

"Sharleez please, I tanya you ni sayang..."

Nampak yang muka lelaki itu penasaran nak tahu. Sharleez senyum kali ni, "Yup, dalam hati I ni cuma ada you je..."

Kali ini Adrian Smith senyum.

"Leez, jom kahwin!"

"Bukan sekarang, Adrian!"

"Habis tu bila? I nak kahwin dengan you segera. I nak jadi suami you, sayang..."

"Bagi I masa okay, I nak kita satukan tuan kita dengan Tengku Arissya dulu, lepas tu baru kita kahwin..."

"Okay sayang!" Balas Adrian Smith gembira. Dia tak sabar ingin hidup berdua dengan gadis pujaan hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience