Rate

BAB 66

Romance Series 197165

"Bro.. kau ada kenal dengan someone ke sekarang?" Soal Zulfiqar yang baru saja melabuhkan punggungnya di sebelah Aakif Aryanz.

"Kau rasa?" Balas Aakif Aryanz yang sedang bermain telefonnya.

"Kau cakap ajelah, tak payah bagi aku teka.."

"Adalah sorang, ni dia..." Ucap Aakif Aryanz sambil menunjukkan gambar Tengku Arissya yang di curinya secara diam-diam sebelum ini.

"Wow! Cantik giler perempuan ni Aryanz. Sini aku tengok dekat!" Ucap Zulfiqar merampas telefon Aakif Aryanz.

"Fuhh.. kalau dapat ni kan..." Ucap Zulfiqar yang sememangnya kaki perempuan. Pantang tengok gadis cantik terus nafsu bergelora.

Aakif Aryanz merampas semula telefonnya kasar daripada Zulfiqar, "Aku punya. Nama dia Tengku Arissya. Anak orang kaya ni.."

"Kau serius ke main-main wey?"

"Kali ini aku punya strategi lain sikit. Sebab perempuan ni payah giler nak di dekati. Sekarang ni aku tengah buat dia percayakan aku, bila dia dah mula percayakan aku. So, tak jadi masalah untuk dapatkan dia.."

Zulfiqar tersengih, "Giler betul kau ni! Banyaklah kau punya strategi.."

"Memang aku gila. Aku tengah gilakan dia. Aku punya impian, aku nak kahwin dengan Tengku Arissya ni.. sebab aku nak jadi suami paling kaya. Lepas aku dah bosan dengan dia, aku akan ceraikan dia. Tapi aku akan pastikan harta dia jadi milik aku.." balas Aakif Aryanz yang sudah tersengih. Nampak jelas tanduk iblis sudah tumbuh di kepala otaknya.

"Banyaklah kau punya impian. Kau fikir semudah tu?"

"Of courselah mudah, lagipun perempuan ni sorang-sorang aje kat Kota Paris ni.."

"Kau tak nak main cara kotor ke? Maksud aku, perangkap dia tidur dengan kau.."

"Bodoh betullah cara kau berfikir ni Zulfiqar!"

"Kalau aku buat macam tu.. aku takkan sampai kepada impian aku tu, tujuan sebenar aku. Sekadar untuk memiliki tubuh dia tu aku tak hairanlah, aku cuma nakkan harta dia yang banyak tu.." sambung Aakif Aryanz. Keji sungguh kata-katanya itu.

Zulfiqar ketawa, "Okaylah bro aku nak tengok sejauhmana kau dapat capai impian kau tu.."

"Permainan aku lebih dahsyat daripada Darius. Aakif Aryanz tak pernah gagal. Takkanlah lelaki sekacak aku ni Tengku Arissya tak suka. Mesti dia jatuh hati punya.."

"Kau ni sembang kencanglah Aryanz. Tak semua yang kita nak tu akan dapat.." balas Zulfiqar.

"Itu kau bukan aku!" Ucap Aakif Aryanz sombong.

"Eh, Darius mana?"

"Apa lagi dia tu, dalam biliklah dengan Alessandra, tak habis lagi lepas rindu," balas Zulfiqar. Aakif Aryanz hanya terdiam. Dia faham. Kehidupan mereka bertiga memang bebas, sentiasa bergelumang dengan dosa dan noda. Semuanya kerana kesusahan hidup yang dilalui. Masing-masing mahu mengejar harta.

"Aku laparlah, jom kita keluar breakfast. Zaq mesti ada.. okay juga sembang dengan mamat tu," ucap Zulfiqar.

Aakif Aryanz tersengih, "Okay tu okay.. tapi dia macam ustaz, asyik bagi nasihat aje.."

"Tak apalah Zaq tu macam ustaz pun, janji dia okay. Layan kita pun okay, baik aje aku tengok.." balas Zulfiqar.

"Okay kalau macam tu jomlah breakfast, Darius tu biarlah. Pandai-pandailah dia keluar breakfast dengan Alessandra nanti," ucap Aakif Aryanz yang sudah bingkas bangun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience