Rate

BAB 141

Romance Series 197233

Tengku Arissya masih nyenyak tidur. Dia masih tidak bangun dari tidurnya, sedangkan jam sudah menunjukkan pukul sembilan pagi.

"Papa, kakak tak datang lagi ni. Kejap lagi meeting dah nak bermula," ucap Tengku Elvia melalui telefon. Tadi dia ke ofis bersama bakal tunangnya. Tergesa-gesa dia keluar pagi tadi, tak sempat dia menjenguk ke bilik kakaknya.

"What? Macam mana Arissya tak datang ofis lagi ni? Dia pergi mana?" Ucap Datuk Mustaqim risau, sedangkan meeting itu merupakan meeting penting syarikat.

Kalau dia tahu begini jadinya, dia tidak akan memberi amanah itu pada Tengku Arissya. Nak digantikan dengan Tengku Elvia, dia tidak tahu kerana soal urusan meeting itu hanya dia dan Tengku Arissya yang berbincang bersama.

"Elvia keluar awal tadi, tak tahu pasal kakak. Tidur lagi kut, pa.."

"Cuba call lagi.."

"Dah banyak kali Elvia call tapi kakak tak jawab. Elvia rasa dia tengah tidur lagi tu," balas Tengku Elvia. Terdiam Datuk Mustaqim dibuatnya.

"Papa kat mana ni?"

"Papa dah sampai kat Melaka, kalau nak otw balik memang tak sempat nak hadiri meeting penting tu.."

"Kalau macam tu Elvia balik rumah kejaplah tengokkan kakak," balas Tengku Elvia.

"Tak perlu. Nanti papa contact someone untuk gantikan Arissya,"

"Siapa?"

"Hello.. papa! Paa... Paaa.." Panggil Tengku Elvia. Cepat betul papanya matikan telefon.

Tengku Arissya menggeliat malas.. dia meraba telefonnya, matanya dibuka perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya dia melihat jam dalam handphonenya.

"Ya Allah! Jam sepuluh pagi dah. Aduh, meeting! Papa sorrryyyy...." Jerit Tengku Arissya. Dia bingkas bangun, kali ini dia terjun dari katil untuk ke bilik air.

Dekat nak jam sepuluh lebih dia siap bersiap dan turun ke tingkat bawah. Dia begitu tergesa-gesa.. namun begitu berhati-hati mengunci pintu rumahnya kerana dia tahu Pak Cik Asmawi tidak ada dirumah, dia ke Melaka menghantar papanya berjumpa tetamu istimewa.

Sampai saja di depan muka pintu bilik mesyuarat, membulat mata Tengku Arissya. Adakah dia sedang bermimpi? Tak mungkin! Dia buat apa kat sini? Eh, nak masuk ke tak ni? Sekejap lagi meeting dah nak tamat.

"Okay, itu saja meeting pagi ini. Terima kasih atas kerjasama semua pihak. Semua boleh bersurai," ucap Tengku Harith Zaqwan kepada staf yang ada di situ setelah beberapa minit kemudian klien penting keluar dari bilik meeting itu.

Tengku Arissya bersembunyi di tepi dinding berdekatan di situ, buat-buat tengok fail ditangannya.

"Thanks Abang Harith tolong gantikan kakak, jadi penyelamat pada kami.."

"It's okay Elvia. Kebetulan tadi abang breakfast kat kawasan sini, Datuk call minta tolong.. tu yang abang terus datang.."

Fail ditangan Tengku Arissya terjatuh, terkedu Tengku Harith Zaqwan dan Tengku Elvia. Pandangan mereka terarah ke luar bilik meeting. Tengku Arissya bangun semula selepas mencapai failnya yang terjatuh itu.

Jelas, nampak ada Tengku Arissya di situ yang tidak perasan dia sedang diperhatikan.

"Haaa.. tu baru ada kat ofis. Siap mengintai lagi tu. Confirm akak terkejut abang ada kat sini," ucap Tengku Elvia membuatkan Tengku Harith Zaqwan tersengih.

"Okaylah, Elvia minta diri dulu. Nanti abang handlelah akak tu," sambungnya. Semasa keluar dari bilik meeting Tengku Elvia buat-buat tidak nampak kakaknya. Sengaja dia mahu bagi peluang pada Tengku Harith Zaqwan menyapa.

"Hai, morning! Baru bangun tidur ke?" Sapa Tengku Harith Zaqwan yang sudah berada di belakang Tengku Arissya.

Tengku Arissya terkedu, itu kan suara Tengku Harith Zaqwan. Kan dah dapat duga, tu memang Tengku Harith Zaqwan. Bukan mimpi. Tengku Arissya berpaling ke belakang.

"Mimpi apa sampai bangun lewat pagi ni?" Soal Tengku Harith Zaqwan lagi mengusik.

Wajah Tengku Arissya nampak merah menyala, dia sakit hati dengan lawak jenaka Tengku Harith Zaqwan tu.

"Mimpi bulan, bintang!" Balas Tengku Arissya geram.

"Owh yeke? Patutlah sang puteri nyenyak tidur,"

"Mimpi pangeran sekali tak ya?"

"Hisyh, geramnyaaaa... Nah ambil ni!" Tengku Arissya ambil fail ditangannya lalu pukul badan Tengku Harith Zaqwan berulangkali.

"Hahahaha.. marah ke sayang?"

"You ni.. eeeiii.."

Tengku Arissya segera pergi dari situ. Sakit betul hati dia dipermainkan begitu. Tengku Harith Zaqwan pula tidak mahu membiarkan rajuk Tengku Arissya berpanjangan. Dia ikut Tengku Arissya dari belakang. Mereka masuk ke bilik ofis.

"Arissya! Arissya.. sorrylah. I gurau ajelah,"

"Bergurau? Eh, you ni menyakitkan hati betullah! I tahulah I lewat bangun dan tak hadir meeting pagi ni, tapi you tak layak perli I sampai macam tu," marah Tengku Arissya.

"Yup, I tahu. Sorrylah Arissya.."

"I tak sukalah, I suka tahu tak!"

Tengku Harith Zaqwan mendekati Tengku Arissya, dia tahu hati itu tidak tenang. Dipandang wajah cantik itu dengan penuh kasih sayang.

"Syhhh.. Arissya, calm down please. Okay, semua dah settle. So, you relax. Tak perlu stress lagi.."

"I.. hmmm.."

"Actually, papa you yang minta I gantikan you untuk meeting pagi ni,"

"But you..."

"Okay, ermm... I tahu you nak cakap apa, kenapa tak Elvia yang gantikan meeting tu kan?"

"Elvia tak tahu pasal meeting tu, you dengan papa you aje tahu.. tapi kenapa I yang handle meeting pagi ni, you tahu sebab apa?"

"Langsung tak tahu, I pun dah naik hairan ni,"

"Sebab Datuk percayakan I. Dia yakin melalui penerangan yang dia bagi last minute tu I akan dapat handle meeting tu, menggantikan you.."

"Owh.. so you nak cakap yang you tu bagus sangatlah. Maklumlah kan I ni baru aje dalam bidang bisnes, tak macam you kan.. dah banyak pengalaman, dah boleh handle semua benda," perli Tengku Arissya. Dia sebenarnya sedikit tersinggung.

Tengku Harith Zaqwan melepaskan keluhan kecil, "Arissya.. you tak sepatutnya cakap macam tu. I tak pernah perkecilkan kemampuan you. I usik you supaya you lebih maju dalam hidup. I sengaja cabar you.. sebab I nakkan yang terbaik untuk you. I yakin you memang layak pegang jawatan yang you pegang sekarang ni.."

Kata-kata Tengku Harith Zaqwan begitu menyentuh hati Tengku Arissya. Terdiam dia.

Tengku Arissya tiba-tiba rasa sakit perut. Dia memegang perutnya. Berkerut dahinya.. dia sedikit membongkok.

"Arissya kenapa ni?" Soal Tengku Harith Zaqwan risau.

"I sakit perut. Lapar. Gastriklah ni," balas Tengku Arissya.

"Ya Allah tak breakfast lagi ke? Alahai.. meh kita pergi breakfast ya.."

"Eh, tak apa. You baliklah ofis you, I boleh pergi breakfast sorang-sorang.."

"Aduhh.. duhhh duh.. I sakit perut jugalah, aduh kenapa ni?"

"Kenapa dengan you ni?"

"Gastrik," balas Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Arissya geram. Sekali lagi fail ditangannya melekat ditubuh Tengku Harith Zaqwan berkali-kali.

"Sakitlah Arissya! Suka ni main pukul-pukul dengan fail,"

Tengku Arissya tergelak, "Padan muka! Siapa suruh ajuk I.."

"Youlah I nak temankan breakfast pun jual mahal.."

"Okaylah jom breakfast sama-sama," balas Tengku Arissya.

"Abang Fiya laparlah, boleh tak nak beli nasi lemak tu?" Soal Dafiya. Waktu itu dia keluar dengan Faqrul...

Faqrul benggang, sudahlah dia lewat nak masuk mengajar. Nak hantar Dafiya lagi balik. Buat hal pula nak makan nasi lemak. Menyusahkan!

"Eh, Fiya.. aku nak cepat ni. Nak masuk mengajar pula. Bukan semalam dah makan ke?"

"Tu yang semalam, semalam pun Fiya makan mee goreng je. Tak makan nasi,"

"Eeeii.. kau ni kan!" Faqrul hampir mengangkat tangannya untuk menampar Dafiya tapi sapaan Tengku Arissya membuatkan tangan itu menjadi lembut membelai kepala Dafiya.

"Faqrul kenapa ni?" Soal Tengku Arissya.

Faqrul menoleh ke belakang, "Eh Arissya.."

"Tapi tadi I nampak you macam..."

"Macam apa?" Soal Faqrul. Soalan berani mati.

"Err.. tak ada apalah. You dengan Fiya nak pergi mana ni?"

"Kak Arissya, Fiya lapar. Fiya nak makan, tapi abang busy kerja. Dia nak masuk mengajar," laju Dafiya bersuara membuatkan Faqrul memendam rasa marah.

Tengku Arissya tersenyum, "Laa.. yeke? Tak apa, Fiya breakfast dengan akak ya.."

Tengku Arissya berpaling ke belakang, dia bertanyakan Tengku Harith Zaqwan, "Boleh tak Fiya join kita breakfast?"

"Boleh je sayang.." balas Tengku Harith Zaqwan membuatkan mata Tengku Arissya membulat.

Riak wajah Faqrul juga langsung berubah.

"Hisyh, apa panggil macam tu.." Marah Tengku Arissya seakan berbisik.

"Kenapa? Biarlah!"

"Tak baik tau.."

"Kenapa pula tak baik kalau I panggil you sayang?"

"Sebab you...."

"Kakak jomlah pergi makan," ajak Dafiya beria-ria.

"Errr.. okay. Hm.. Faq I bawa Fiya breakfast ya. You jangan risau, lepas kami breakfast I hantarkan Fiya balik,"

"Eh, tak apa.. Fiya dia boleh balik sendiri dengan grab. Don't worry.." balas Faqrul.

"Tak apa, I hantar aje dia balik."

Faqrul memberi isyarat mata pada Dafiya. Dafiya faham Faqrul marah...

"Akak tak apa, Fiya balik dengan grab aje, lagipun Fiya nak singgah kat tempat lain lagi.."

"Haa.. tu kan Arissya, Fiya ni dia nak ke perpustakaan awam. Nak pinjam buku katanya.."

"Ya akak betul cakap abang tu,"

"Okay, kalau macam tu jomlah kita breakfast.."

Tengku Arissya berjalan beriringan dengan Tengku Harith Zaqwan, bersama Dafiya juga. Sakit betul hatinya. Dia tak suka lelaki itu dekat dengan Tengku Arissya sebab dia sayangkan Tengku Arissya. Dia janji akan cuba merebut hati Tengku Arissya selagi mampu.

"Fiya nak breakfast apa?"

"Nasi lemak. Dah beberapa bulan Fiya teringin nak makan nasi lemak," balas Dafiya membuatkan Tengku Arissya terdiam.

Mata Tengku Harith Zaqwan berkaca..

"Tak apa Fiya, Abang Harith belanja nasi lemak dan apa saja yang Fiya nak makan,"

"Betul ni?"

"Ya, betul.. order je nak apa. Makan sampai kenyang," balas Tengku Harith Zaqwan. Siap tersenyum pada Dafiya sehingga mengundang cemburu di hati Tengku Arissya.

"Wah.. terima kasih Abang Harith. Abang Harith ni buah hati Kak Arissya ya?"

"Kejap, order dulu ya.." ucap Tengku Harith Zaqwan apabila kelihatan pelayan kafe datang ke situ.

Selesai order Tengku Harith Zaqwan kembali menjawab pertanyaan Dafiya.

"Berbalik pada pertanyaan Fiya tadi, Abang Harith dengan Kak Arissya ni cuma berkawan,"

"Owh.. kawan, tapi kenapa panggil Kak Arissya sayang?"

Kali ini Tengku Harith Zaqwan terdiam, Tengku Arissya pula yang tolong jawab.

"Owh.. tersasul tadi tu.."

Dafiya hanya menganggukkan kepalanya perlahan. Perutnya asyik berbunyi saja. Dia rasa sangat lapar.

Tidak lama kemudian, nasi lemak yang diorder dan makanan pesanan lain dihantar ke meja.

"Okay ni nasi lemak Fiya," ucap Tengku Harith Zaqwan baik melayani Dafiya. Tengku Arissya sudah masam mencuka. Dia tidak pula dilayan.

Tanpa berlengah, Dafiya makan nasi lemak itu laju.. satu suapan, dua suapan, dan masuk kali ketiga suapan Dafiya tercekik, terbatuk-batuk dia.

"Fiya okay tak? Ni air...minum air.." ucap Tengku Harith Zaqwan. Tengku Arissya sedikit hairan, gaya Dafiya makan seperti orang yang tidak makan seharian.

"Fiya makan jangan laju sangat, nanti tercekik lagi kang,"

Dafiya tersengih, "Maaf Abang Harith, nasi lemak ni sedap sangat. Tiba-tiba teringat kat ibu. Ibu suka nasi lemak.."

"Tak apa, abang bungkuskan untuk ibu Fiya.."

"Betul ke abang?"

Tengku Harith Zaqwan hanya menganggukkan kepalanya perlahan. Kemudian pandangannya dihalakan ke tepi sisinya, Tengku Arisya langsung tak sentuh makanan dihadapannya.

"Arissya you okay? Kenapa tak makan? Nak I suapkan ke?"

"Jangan nak mengadalah!" Marah Tengku Arissya. Tengku Harith Zaqwan seperti dapat menduga yang Tengku Arissya cemburu. Nampak dari riak mukanya masam mencuka. Tapi dia hanya mendiamkan diri.

Rasanya tak salah dia melayani Dafiya dengan baik. Nampak yang gadis itu sangat lapar. Kesian pula dia tengok. Agaknya Faqrul ni bagi makan ke tak dekat Dafiya ni. Kenapa Dafiya gelojoh makan macam tu.. hairan juga dia memikirkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience