Rate

BAB 207

Romance Series 197165

"Sepanjang aku tak ada kat rumah ni ada apa-apa yang terjadi?" Soal Tengku Qistina pada Faqrul. Gee juga turut berada di situ.

"Tak ada bos!"

"Betul tak ada?" Ulangi Tengku Qistina menginginkan kepastian.

"Betul," balas Faqrul selamba. Namun Gee sudah tidak sedap hati, renungan mata bosnya nampak seperti tidak percayakan Faqrul.

Tengku Qistina bingkas bangun, dia mengambil kayu yang terletak ditepi sofa itu.. lalu memukul Faqrul.

"Aduh! Sakitlah bos.."

"Kau cuba nak tipu aku ya?"

"Tipu apa?"

Tengku Qistina tersengih sinis, "Kau ingat aku bodoh? Eh, aku tahulah ada yang tak kena.."

"Mana ada!" Faqrul menidakkan. Kali kedua Tengku Qistina memukulnya di lengan.

"Apa ni bos!" Marah Faqrul.

"Aku tahu kau tipu! Aku tengoklah dalam bilik aku tu, bersepah barang. Takkan kau yang sepahkan. Tentu ada sesuatu yang berlaku kan?"

Kali ini Faqrul menelan saliva. Dia membisu seribu bahasa.

"Cepat cakap!" Jerit Tengku Qistina. Dia sudah mengamuk.

"Bos sebenarnya...."

"Kau diam! Biar jantan ni aje yang cakap. Aku nak dengar daripada mulut dia sendiri," balas Tengku Qistina tidak membenarkan Gee bersuara.

"Cakap Faqrul!"

"Ada orang ceroboh masuk ke rumah ni semasa ketiadaan kau.."

"Hah? Siapa?"

"Mana aku tahu.."

"Kau tak dapat tangkap dia ke?"

"Kalau aku dapat tangkap dah lama aku matikan dia," balas Faqrul bercakap besar.

"Kau tak payah cakap besarlah dengan aku, kau dengan lipas pun takut!"

"Tapi setidaknya aku berlawan dengan dia, cuma tulah bos lelaki tu hebat berlawan, kalah aku walaupun aku dah nak hampir menang.."

"Sejak Remy menghilang aku rasa tak sedap hati. Macam ada orang perhatikan kita," ucap Tengku Qistina curiga.

"Bos kau rasa Remy ke yang belot dengan kau?" Soal Gee mula bersuara.

"Aku tak pasti, tapi aku nak kau mula siasat sekarang ni.." Tengku Qistina sudah memberi arahan.

"Okay bos!"

"Tapi jangan lupa, terus cari Remy.. sebab aku call dia tak dapat.."

Gee mengangguk perlahan. Dia akan berusaha mencari keberadaan Remy.

"So, kau nak aku buat apa pula bos?" Soal Faqrul menyampuk.

"Kau tunggu arahan dari aku, kalau keadaan kita nampak macam terpaksa main kasar. Aku nak kau dengan Gee culik Datuk Mustaqim. Lepas tu tahulah aku nak buat apa dengan orang tua tu,"

"Tengku Arissya culik juga ke bos?"

"Tak perlu culik dia. Sebab aku nak mulakan permainan baru dengan dia. Aku nak dia menderita dan rasa sakitnya bila kehilangan papa dia.." balas Tengku Qistina yang sudah ketawa. Faqrul dan Gee juga turut ketawa. Dasar orang jahat! Ada saja perancangan baru yang mereka ingin lakukan.

"Kak Kiah ke mana semalam?"

"Owh.. Kak Kiah ke rumah sepupu. Jenguk dia.." balas Rokiah a.k.a Sharleez menipu.

"Macam mana keadaan sepupu Kak Kiah?"

"Alhamdulillah dah makin sihat, lukanya pun dah makin sembuh.."

"Baguslah kalau macam tu.."

"Morning, Arissya!" Sapa Datuk Mustaqim yang baru turun dari tingkat atas.

"Morning papa! Jom breakfast," ajak Tengku Arissya.

Datuk Mustaqim duduk dimeja makan. Mereka berdua menikmati sarapan pagi sebelum ke ofis. Manakala Rokiah pula sudah menapak ke ruangan dapur menyambung kerjanya.

"Abang tak contact ke dengan Abang Harith?"

"Ada whatsapp dia tapi tak dibalasnya. Mungkin sibuk agaknya," balas Tengku Emir Danish.

"Ha'ah.. mungkin. Hmm.. tapi kan abang Elvia rasa nak jumpa dengan Abang Harith aje,"

"Laaa.. kenapa nak jumpa Harith sayang?"

"Elvia nak cakap dengan dia supaya bagitahu akak pasal yang dia rahsiakan tu,"

"Sayang ni degil betul ya. Kan Harith dah bagitahu, dia tak nak Kak Arissya tahu.."

"Tapi abang Elvia tak sedap hatilah. Semalam Elvia mimpi pasal keluarga,"

"Mimpi tu kan mainan tidur sayang..." Pujuk Tengku Emir Danish.

"Tapi mimpi kali ni rasa macam betullah abang.."

"Okay sayang mimpi apa pagi semalam?"

"Mimpi yang papa dan kakak dalam kesusahan. Elvia risaulah abang. Rasa resah aje.."

"Sayang.. dah ya. Tak perlulah ambil serius pasal mimpi tu. Mimpi tu hanya mainan tidur. Tak ada apapun yang akan berlaku," balas Tengku Emir Danish.

"Hmm.. yelah abang.."

"Nah, ambil roti ni. Makan sayang.. tak perlu risau lagi ya. Sayang tak boleh stress, nanti baby kita tak sihat.."

"Hmm okay abang.."

Gee kembali menyiasat, namun dia tidak dapat mengesan keberadaan Remy. Hairan juga dia. Ditempat yang Remy selalu lepak pun tidak kelihatan. Pasti ada yang tak kena.

"Bos, aku tak dapat menjejaki Remy. Kat tempat biasa pun dia tak ada.." ucap Gee menerusi telefon.

"Kau dah tanya kawan-kawan dia?"

"Dah tapi tetap tak ada," balas Gee.

"Itulah yang aku hairan, dia ke mana sebenarnya ni. Ishh.. bengang betul aku!" Marah Tengku Qistina.

"Macam mana ni bos?"

"Malam ni aku nak kau ke club, cuba cari kat sana. Ajak Faqrul sekali," arah Tengku Qistina.

"Okay bos!"

"Bila?" Soal Faqrul.

"Malam ni," balas Gee yang memaklumkan pada Faqrul. Mengajaknya ke kelab malam.

"Okay aku on aje, dah lama ni tak enjoy. Sambil menyelam boleh aku minum air,"

"Tuan!"

"Hmm.. macam mana dengan Remy?" Soal Tengku Harith Zaqwan yang berada diluar kawasan kontena usang itu.

"Dia okay aje tuan. Cuma aku rasa kita tak boleh simpan dia lama,"

"Sebab?"

"Lagi elok kalau tuan selesaikan dia segera,"

"Kau nak aku bunuh dia? Aku tak sekejam dialah. Aku bukan pembunuh.."

"Tak, maksud aku serahkan Remy pada pihak polis.."

"Bukan sekarang Kief, aku masih nak tahu dari dia, kat mana perempuan jahat tu simpan bukti satu lagi.."

"Telefon tu ke?"

"Yup!"

"Tapi bukan ke audio rakaman semalam sudah cukup untuk membuat mereka dipenjarakan?"

"Belum cukup untuk Qistina, kalau Remy confirm dah tentu polis akan tangkap.."

"Kalau macam tu, jomlah kita ke dalam tuan. Soal Remy berkait bukti tu.."

"Bukan sekarang. Aku datang sini pun cuma nak ingatkan, kau kena hati-hati. Aku yakin lepas Sharleez gagal mendapatkan bukti tu, sudah tentu Qistina akan curiga. Aku yakin yang anak buah diaorang akan maklumkan pada dia tentang perkara tu.."

"Ada betulnya juga, tapi Qistina tu mungkin akan keliru tuan. Dia mesti menganggap Remy belot padanya.."

"Aku tidak pasti tentang perkara itu, tapi kita kena lebih berhati-hati. Kalau Qistina tahu aku yang melakukan semua tu, tentu keluarga Datuk Mustaqim dalam bahaya. Arissya juga akan menjadi mangsanya.."

"Baik, tuan!"

"Sekarang ni kau jaga Remy dulu, nanti aku uruskan soal lain.."

Sharkief mengangguk faham apabila menerima arahan itu.

Gee dan Faqrul ke kelab malam pada malam itu. Gee hanya memerhati, manakala Faqrul sudah mencari perempuan untuk mengajak menari dengannya.

"Hai, sorang aje?" Sapa Faqrul. Perempuan itu tersenyum memandang Faqrul.

"Jom menari dengan I, I sunyilah.."

"Okay, jom.." balas perempuan seksi yang berambut panjang itu. Pakaiannya benar-benar mampu menaikkan nafsu lelaki. Nama lagi disco, tempat segala macam maksiat ada di situ.

Faqrul menari dengan perempuan itu diiringi muzik.

"Yuhoooo..." Jerit Faqrul seakan sudah terbuai dalam keasyikan dunianya. Sambil menari dia minum air syaitan, begitu juga dengan perempuan itu. Tergoyang-goyang mereka berdua seakan hilang arah tujuan. Bahkan dalam tariannya mereka sudah saling berpelukan.

Gee datang menarik baju Faqrul kasar.

"Eh apahal ni?"

"Kita datang sini nak cari Remy, yang kau berasmara dengan perempuan tu kenapa?" Marah Gee.

Faqrul menepis tangan Gee, dia tidak peduli. Dia sambung menari bersama perempuan itu.

Gee mendengus kasar. Dia keluar dari situ meninggalkan Faqrul yang sedang asyik dengan dunianya.

"Bos.. aku tak jumpa juga Remy kat club ni. Dia tak ada.."

"Kalau macam tu tak apalah, kita tak boleh buat apa lagi.." balas Tengku Qistina sudah tidak mempedulikan Remy.

"Faqrul ada dengan kau ke?"

"Ada bos tengah goyang dengan perempuan,"

"Dasar jantan tak guna! Aku suruh buat kerja dia enjoy layan perempuan kat club pula.."

"Aku pun tak faham dengan dia tu bos. Lebih baik kau tamat sajakan riwayat hidup dia.."

"Belum tiba masanya. Aku nak dia buat sesuatu untuk aku lepas ni.."

"Okaylah bos, aku chow dulu. Kalau ada apa-apa kau contact aje.." balas Gee.

Faqrul sudah penat menari, akhirnya dia mengajak perempuan itu ke hotel bersamanya. Mereka hanyut dalam dunia yang penuh hanyir dengan noda dosa. Lelaki seperti Faqrul sudah terbiasa terlanjur dengan mana-mana perempuan. Dia sudah tidak memikirkan dosa dan pahala. Asalkan hidupnya senang lenang dan cukup makan, itu sudah membahagiakan.

Dafiya dan Puan Ros pula selalu menjadi mangsanya. Mangsa pukul, mangsa ejekan, hinaan dan kejian. Keduanya sudah kalis derita. Sampai bila agaknya semua akan berakhir. Hidup terkurung bagaikan burung dalam sangkar, ternyata bukanlah satu kehidupan yang bebas dan membahagiakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience