Rate

BAB 184

Romance Series 197233

Sharleez meminta tolong Pak Cik Asmawi menghantarnya keluar, semalam dia sudah meminta keizinan daripada Datuk Mustaqim.

"Kamu mahu ke mana Kiah?" Soal Pak Cik Asmawi.

"Ada nak jumpa dengan sepupu, dia baru datang dari kampung,"

"Owh.. patutlah,"

"Datuk dah ke ofis ke? Tengok tadi tak ada pun Datuk breakfast,"

"Seawal pagi lagi Datuk keluar, katanya nak jumpa kawan lamanya.. ni haa mesti tengah sembang kencang," balas Pak Cik Asmawi. Sengaja Rokiah a.k.a Sharleez bertanya. Dia mahu mengorek rahsia.

"Datuk tu Kiah tengok ramai kawan ya. Orang yang ada pangkat ni lain kan," ucap Rokiah.

"Lain sangat, tapi Datuk Mus ni Kiah.. baik orangnya. Tak sombong.."

"Ha'ah.. betul tu. Dulu Kiah datang sini Datuk layan baik sangat. Sekarang ni pun Datuk selalu peduli, dah rasa macam satu keluarga,"

"Haa.. itu dia, dah sampai sepupu Kiah. Berhenti kat situlah," sambungnya tiba-tiba.

"Mana sepupunya?"

"Itu haa.. tu kat dalam Mid Valley," balas Rokiah berbohong. Padahal orang lain di situ. Pandai dia berdrama.

Selesai hantar Rokiah a.k.a Sharleez, Sharkief segera menjemputnya. Mereka menaiki sebuah kereta bercermin gelap.

"Fuhh.. lega!"

"So, macam mana kau dah tahu keberadaan Datuk Mustaqim?" Sambung Sharleez.

"Dah, kita kena bertindak segera. Lepas Datuk jumpa kawan lama dia, kita akan culik dia.."

"Agak sulit jika Datuk berada dikawasan orang ramai, so aku akan...." Sambil bercakap Sharleez sudah bertindak awal. Dia mengeluarkan bungkusan beg sederhana besarnya itu. Ada lengkap dengan tudung dan kain sarung.

Dia siap mengeluarkan alat make upnya. Dia memang handal melakukan penyamaran.

"Kau ni memang gila arr.."

"Sharleez okay, tak pernah tak gila. Nak beraksi di pentas lakonan kena jadi luar biasa," balas Sharleez sambil menyiapkan dirinya untuk sebuah lakonan.

"So, kau nak menyamar watak apa kali ni?"

"Orang tua yang sedang sakit," balas Sharleez yang sudah mengenakan kain sarung di bahagian kepalanya seperti nenek kebayan.

"Bagus, so kita dah boleh beraksi sekarang ni," ucap Sharkief laju memandu keretanya. Dia mahu secepatnya sampai dan menyelesaikan tugasan mereka.

"Aaargh.. aduh, sakitnyaaa.." ucap seorang perempuan tua yang seakan merintih kesakitan.

Datuk Mustaqim yang mula perasan kehadiran orang tua itu segera mendekatinya.

"Kenapa ni nek?"

"Aarghh.. sakittt.. perut aku sakit ni," perempuan tua itu mengerang kesakitan sambil memegang perutnya.

"Biar saya bawa nenek ke klinik saja ya,"

"Aku tak nak susahkan kau, nak... Aku ni pun tengah tunggu cucu aku datang ambil, rasanya dia dah sampai ni,"

"Mana dia nek? Saya tolong hantarkan,"

"Betul kau mahu tolong aku?"

"Ya biar saya tolong nenek," ucap Datuk Mustaqim yang sudah membantu perempuan tua itu bangun perlahan-lahan untuk berjalan menuju ke tempat parkir keretanya.

"Ke tempat parking kereta sebelah sana tu,"

Mereka berdua berjalan beriringan. Tempat parkir kereta itu memang sunyi, apalagi ketika yang lain kebanyakkannya waktu begitu sudah masuk ofis.

"Mana nek?"

Mereka sudah sampai ke kawasan itu. Sharkief ada di situ. Bila-bila masa saja dia boleh muncul dari arah belakang.

"Mana nek?" Soal Datuk Mustaqim mengulangi pertanyaannya.

"Itu haa.. kereta cucu aku," ucap perempuan tua itu. Ketika mereka menghampiri kereta itu Sharkief segera bertindak menekup hidung Datuk Mustaqim dari arah belakang. Akhirnya Datuk Mustaqim pengsan.

"Tuan, kami dah berjaya culik Datuk Mustaqim.."

"Bagus! Bawa Datuk ke rumah kau Kief," arah Tengku Harith Zaqwan.

"Aku akan segera ke sana," sambungnya.

"Harith nak ke mana?" Soal Hud Mikail, kebetulan mereka terserempak di lobi.

"Aku ada hal kejap," balas Tengku Harith Zaqwan serius. Hud Mikail rasa hairan. Mesti ada yang tidak kena tetapi dia tidak mahu mencampuri urusan abang sepupunya.

"Mana tuan kita ni? Aduh, ubat ni tak mampu bertahan lama. Beberapa jam saja," rungut Sharleez.

"Tulah, kalau tuan tak sampai lagi.. lepas tu Datuk Mustaqim pula dah sedarkan diri, naya!"

"Tutuplah mata Datuk dulu dengan kain,"

"Owh ya, kejap aku tutup," balas Sharkief.

"Eh, tu tuan dah sampai," ucap Sharleez segera ke depan menyambut kedatangan Tengku Harith Zaqwan.

"Tuan!"

"Leez, bagaimana?"

"Datuk ada dalam bilik," ucap Sharleez. Tengku Harith Zaqwan segera masuk ke bilik itu.

Datuk Mustaqim sudah sedarkan diri. Dia mula meronta-ronta. Masing-masing mendiamkan diri buat seketika.

"Siapa kau? Kenapa culik aku hah?" Marah Datuk Mustaqim.

"Lepaskan aku! Lepas!" Datuk Mustaqim bertindak agresif. Dia memberontak mahu melepaskan diri.

"Datuk Mustaqim ada kat bilik?" Soal Tengku Arissya. Dia mahu menemui papanya untuk persediaan meeting sejam lagi.

"Saya juga tak tahu Puan Arissya di mana keberadaan Datuk, sejak dari tadi lagi Datuk tidak masuk ke ofis. Kalau ikutkan Datuk perlu menghadiri meeting sekejap lagi,"

"Biar betul ni?"

"Betul Puan Arissya,"

"Hmm.. kalau Datuk tak masuk meeting sejam lagi, tolong maklumkan pada I ya. I akan handle meeting tu,"

"Baik Puan Arissya,"

Tengku Harith Zaqwan memberi isyarat supaya Sharleez dan Sharkief keluar ke ruang tamu. Ada yang ingin dia bicarakan.

"Leez kau balik ke rumah Datuk semula," arah Tengku Harith Zaqwan.

"Sharkief terus pantau musuh kita, aku nak tahu setiap kegiatan mereka,"

"Datuk bagaimana tuan?"

"Aku akan uruskan," balas Tengku Harith Zaqwan. Mereka bercakap pun dalam nada yang sangat perlahan. Supaya tidak di dengari Datuk Mustaqim.

"Baik tuan, aku gerak dulu!" Balas Sharkief. Sharleez juga sudah berlalu pergi dari situ.

Meeting sudah pun selesai. Tengku Elvia hairan, kenapa kakaknya yang handle meeting itu sedangkan sepatutnya meeting itu diuruskan oleh papanya.

Kakaknya cuma memberitahu dalam meeting itu papanya ada hal penting yang tidak dapat dielakkan, jadi dia menggantikannya.

"Kakak wait!"

"What?"

"Papa ada urusan apa? Biasanya papa akan maklumkan dari awal, ni tak.."

"Adalah tu yang papa nak settle," balas Tengku Arissya. Dia tidak mahu adiknya risau sekiranya mengetahui kehilangan papanya.

"No, kakak mesti sembunyikan sesuatu. Tell me,"

"Akak sendiri tak tahu papa kat mana. Memang pelik, papa tak pernah macam ni. Apa-apa hal berkait dengan meeting, nak gantikan dengan orang lain handle meeting ke.. dia mesti maklumkan lebih awal,"

"Ya Allah.. papa kat mana ya, risaunyaaa.."

"Kakak dah call Pak Cik Asmawi?"

"Dah sebelum meeting tadi, katanya dia hantar papa breakfast kat luar. Papa nak jumpa kawan lama dia,"

"Entah-entah papa kena culik tak akak,"

Tengku Arissya terkedu merenung wajah adiknya. Benarkah?

"Kakak takutnyaaa.. tapi siapa yang berani culik papa tu,"

"Enough jangan nak mengarut. Papa tak pernah ada musuh. Mustahil papa diculik,"

"Papa tu business man. Mana tahu ada yang cemburu dengan papa, sakit hati ke dengan papa. So, dia culiklah papa.."

"Elvia enough, akak tak nak dengar lagilah benda macam ni. Semua ni tak betul!"

"Okay, dah tu apa yang perlu kita lakukan? Elvia rasa ada baiknya kita buat laporan polis,"

"Mana boleh buat laporan polis kalau tak dua puluh empat jam,"

"Habis tu takkanlah kita nak duduk diam bila tahu papa hilang,"

"Akak tak nak Elvia stress macam ni, tolong bertenang. Kalau tak akak pun boleh sakit kepala. Lagi satu, ramai lagi yang akan tahu benda ni.. makin kecoh satu ofis,"

"Hmm.. apa nak buat ni,"

"Elvia jaga ofis, akak pergi cari papa. Mana tahu jumpa,"

"Kakak Kuala Lumpur ni luas, mana mungkin akak akan jumpa papa dengan mudah,"

"Tapi setidaknya kita usaha kan," balas Tengku Arissya.

"Okay, baiklah. Jaga diri akak. Apa hal maklumkan pada Elvia ya,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience