Rate

Chapter 62

Romance Completed 26118

Bab 62

“Maaf Cik Raihana, tapi saya diminta bawa pulang Nashriq seorang.” Jawab lelaki itu. Mahu tak mahu Raihana terpaksa mengalah. Nashriq cuba memujuk gadis itu.

“Nanti abang jumpa Hana di rumah.” Ujarnya.

Gadis itu menganggukkan kepala dengan wajah sedih. Sepanjang kereta yang dipandu oleh Erman keluar dari perkarangan sekolah, dia asyik berpaling ke arah Raihana. Entah kenapa, hati kecilnya seperti merasa kurang senang. Bagaikan ada sesuatu yang buruk menantinya di rumah.

Pap! Nashriq tergaman. Sebiji bola besar jatuh di ribanya. Dia memegang bola itu sambil mencari-cari arah orang yang melempar bola. Sesaat matanya tertumpu pada dua kanak-kanak yang seolah-olah takut mendekatinya.

Nashriq bingkas bangun, lalu membawa bola besar itu mendekati kanak-kanak di hadapannya. Sejurus sampai, dia menghulurkan bola besar itu ke arah kanak-kanak itu. Wajahnya dimaniskan. Kanak-kanak itu turut tersengih.

“Terima kasih pakcik.” Ujar kanak-kanak itu serentak lalu berlari ke suatu arah.

Nashriq tergaman. Pakcik? Dia tertawa kecil mendengar panggilan kanak-kanak itu padanya. Tua sangatkah aku ni?

Melihat wajah girang kanak-kanak itu, dia tidak tahu kenapa saat-saat itu dia terlalu rindukan Raihana. Raihana adalah satu-satunya adiknya selama ini. Hilangnya Raihana dalam hidupnya, jiwanya seperti tandus. Kosong. Kalau dulu ayahnya adalah sinar dalam hidupnya, tapi lelaki itu juga telah pergi meninggalkannya. Nashriq kian merasa hilang arah, tiada tempat mengadu nasib.

******

Suraya menghirup kopi di cawannya sebelum meletakkannya kembali di atas meja kecil. Matanya masih memandang ke arah wanita yang sedang berbual dalam telefon. Sesekali ketawa wanita itu meletus, membuatkan Suraya sedikit gugup. Keyakinan wanita itu entah mengapa membuatkan dia pula kurang keyakinan diri. Apatah lagi wanita di hadapannya itu bukan calang-calang orangnya. Wanita itu adalah pemilik empayar Mega Timur warisan Tuan Zainal Ikram yang dihormati ramai.

Sebaik Engku Latifah menyudahkan perbualannya, mata wanita itu pantas mencari wajah Suraya. Anak gadis itu sekadar tersenyum.

“Maaf, tadi tu panggilan dari rakan niaga auntie.” Ujar Engku Latifah.

“Tak apa auntie, saya faham.” Balasnya lembut.

“Sue betul-betul dah sihat ni? Auntie bukannya apa, auntie takut kalau beban kerja Sue bertambah, sakit Sue boleh datang semula.” Ujar Engku Latifah.

“Taklah auntie, saya tak kisah. Lagipun saya betul-betul dah sihat sekarang ni. Maaf sebab kerana saya, buat auntie dan Nashriq risau.” Ucap Suraya serba salah.

“Tak apa-apa Sue. Auntie yang patut minta maaf sebab kerana Nashriq, Sue jatuh sakit. Tapi auntie nak Sue tahu yang Naz tu tak pandai meluahkan perasaan. Apa yang dia ucapkan selalunya tak sama dengan apa yang difikirkannya. Auntie harap Sue boleh memahaminya.”

Suraya terdiam. Kata-kata Engku Latifah ditelan dengan perasaan gembira. Memang hasrat hatinya ingin mendekati Nashriq, memahami lelaki itu. Namun dia sendiri tidak tahu bagaimana caranya. Nashriq sukar didekati, sukar diajak berbual, sukar juga meluahkan perasaan hati. Sikap lelaki itu benar-benar sukar dibaca.

“Sue tentu dah maklum kan dengan hasrat auntie?” Engku Latifah bertanya.

“Hasrat apa auntie?” Dia mengerutkan dahinya. Hairan.

“Sebenarnya auntie berkenan benar dengan Sue. Niat hati auntie, kalau boleh auntie nak Sue dan Nashriq berkenalan dengan lebih rapat. Kenal hati budi masing-masing. Dan selepas itu, kita boleh bincangkan soal pertunangan kalian berdua.”

Suraya tersentak. Pertunangan? Jadi betullah kata-kata Nashriq tempohari tentang soal pertunangan yang dibangkitkan oleh wanita itu? Patutlah wajah Nashriq ketika itu marah benar. Dia pula langsung tidak tahu apa-apa.

“Kenapa Sue diam? Sue tak sukakan Nashriq?” Duga Engku Latifah, agak bimbang.

“Bukan begitu auntie. Sebenarnya saya memang sukakan Nashriq, hanya…hanya Nashriq yang tak mungkin menyukai saya. Lebih-lebih lagi sekarang, bila dia tahu yang badan saya tak sihat sejak kecil.” Ujar Suraya perlahan.

“Siapa kata Naz tak sukakan Sue. Auntie tengok bila Sue tak sedarkan diri dulu, hampir tiap-tiap hari dia datang melawat. Kalau bukan tandanya suka, apa pula?” Engku Latifah tertawa.

Suraya terdiam. Dia memang maklum dengan kedatangan Nashriq. Malah abangnya Sachary tak habis-habis bercerita tentang Nashriq yang kerap mengunjunginya ketika dia dalam koma. Sedikit-sebanyak hatinya rasa terhibur dengan berita itu. Malah jauh di sudut hati, meskipun cerita-cerita abangnya itu hanya satu dusta, sekadar untuk menyedapkan hatinya, maka dia juga akan menerimanya dengan senang hati. Baginya tiada yang lebih bahagia dari sedikit perhatian yang Nashriq berikan padanya.

******

Suraya memandang bakul sederhana besar di tangannya. Entah kenapa saat dia memilih roti di Big Bunny tadi, hatinya seakan tidak keruan. Rindunya terhadap Nashriq melepasi sempadan. Hampir seminggu tidak bersua muka, dia jadi seperti orang mabuk kepayang, rindukan lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience