Rate

Chapter 149

Romance Completed 26118

Bab 149

Baik, nanti I call you semula.” Reyna memutuskan taliannya. Dia menjeling ke arah kelibat kereta Nashriq yang kian menghilang dari jalan utama.

* * * *

Sebaik gadis pelayan itu datang membawakan dua cawan kopi latte, mata Nashriq terus mencari wajah Estella yang hanya diam, sebaik mereka berlabuh di sebuah restoran di Jalan Maarof.

“You nak cakap apa Cik Estella?” Soal Nashriq.

Wanita itu memandang wajahnya tidak mahu lepas. Nashriq mula berasa tidak senang dengan cara Estella merenungnya.

“Your eyes, it looks like her.” Bisik Estella membuatkan Nashriq tercengang.

“Cik Estella, you sebenarnya nak cakap apa dengan I?” Ulang Nashriq sedikit keras. Dia tidak mahu terus membuang masa di situ, sedangkan masalah dalaman di syarikatnya harus segera diselesaikan.

Bagaikan tersedar dari lamunan yang panjang, Estella segera memandang anak muda itu. “Kenapa you tarik diri? I thought tanah tu penting bagi Mega Timur.” Tanya Estella.

Mendengar kata-kata itu, Nashriq ketawa kecil. Kata-kata itu melucukannya.

“You ni sebenarnya nak apa? You just nak ketawakan I sebab gagal perolehi tanah itu bukan? Listen Cik Estella, buat masa ini I tak ada mood untuk turut serta dalam permainan you ni.” Nashriq bingkas bangun. Namun jari-jemari halus meruncing itu lebih pantas melekat di lengannya. Dia berpaling.

“Duduk dulu Nashriq, perbualan kita masih belum habis lagi.” Pujuk Estella. Nashriq mengeluh. Mahu tak mahu, dia terpaksa duduk. Gelas berisi fresh orange diambil lalu diteguk.

“I tak faham kenapa you nak tarik diri. I hope bukan sebab kata-kata Reyna pada you tempohari. Nashriq, I tahu you pemuda yang bijak. Sayang kalau bakat you tak digunakan sepenuhnya. I dah lama perhatikan you dan I benar-benar tertarik dengan cara you menguruskan beberapa projek.” Ujar Estella.

“What do you mean, Cik Estella?” Nashriq kian bosan.

Estella tidak terus menjawab. Dia menarik nafas perlahan. Lama matanya tertumpu ke arah anak muda itu. Entah apakah lelaki itu akn bersetuju dengan permintaannya yang mungkin kedengaran pelik?

“I nak you bekerja untuk I, untuk A&K Corporation.”

Nashriq tergaman. Kata-kata Estella bagaikan satu ceritera dongeng.

“You dah gila agaknya.” Ungkap Nashriq tanpa sedar.

“I serius Nashriq. I nak you kerja di A&K Corporation. You tahu yang I tak ada anak dan tak ada pewaris. Jika you kerja di sana, I akan berikan dan tunaikan apa sahaja yang you mahu.” Ujar Estella.

Nashriq tertawa besar. Kata-kata wanita itu benar-benar tidak masuk akal. Bagaimana wanita itu boleh menawarkan kerja kepada lelaki yang sudah terang lagi bersuluh adalah saingannya sendiri. Dia benar-benar ingin ketawa.

“Betul you sanggup bagi apa sahaja yang I minta kalau I setuju?” Duga Nashriq. Dia ingin tahu sejauh mana wanita itu berpegang kepada kata-katanya.

“Apa yang you mahukan Nashriq? Jika boleh, I akan cuba tunaikan apa sahaja asalkan you sanggup bekerja di A&K Corporation.”

“Kalau begitu you beruntung, sebab memang ada sesuatu yang benar-benar I mahukan. I really want it so badly. I mahukan Vila Kecil, Cik Estella. You tentu tahu apa yang I maksudkan bukan?” Ujar Nashriq serius.

Estella tergaman. Vila Kecil? Dan apa maksudnya yang aku tahu tentang Vila Kecil. Dia memandang Nashriq yang turut menatapnya.

“I tak tahu apa itu Vila Kecil, Nashriq.” Ujarnya.

Nashriq mengerutkan dahinya. “Apa maksud you, you tak tahu? Vila Kecil adalah milik seseorang yang I sayang yang telah dirampas oleh you dua belas tahun dulu. Takkan you tak ingat rumah itu. I ada semua bukti-bukti yang mengaitkan syarikat you dengan pembelian tanah tapak vila itu. I mahukannya balik, Cik Estella.” Tegas Nashriq.

“Tapi I benar-benar tak tahu tentang vila itu Nashriq.” Estella tercengang. Dia makin keliru kerana dituduh melakukan sesuatu yang dia tidak buat.

“Jangan nak main-main dengan I Cik Estella. I tak ada mood nak main-main. You serahkan Vila Kecil tu kembali pada I, dan I akan pertimbangkan permintaan you. Itu sahaja urusan antara kita setakat ini.” Nashriq bangun dari tempat duduknya. Namun dia tidak terus berlalu, sebaliknya matanya masih tertumpu ke arah Estella yang kelihatan bingung.

“And one more thing Cik Estella. I tak rasa you benar-benar perlukan I dalam syarikat you. Sebab you dah ada ramai pekerja-pekerja yang cekap yang mampu memujuk ahli lembaga pengarah kami menyerahkan saham mereka. Itu tujuan you bukan? You nak pecah-belahkan Mega Timur. Tapi I janji pada you yang I takkan benarkan perkara itu berlaku. Tidak selagi I masih bernafas.” Ujar Nashriq seraya melangkah pergi.

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah memang Estella tidak mengetahui tentang villa itu atau dia berpura-pura sahaja?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience