Rate

Chapter 159

Romance Completed 26118

Bab 159

Nashriq memandang dari celah tirai jendela ke suatu arah. Dia termenung panjang. Dari tempat duduknya dia nampak jelas meja itu kosong, sama seperti hari-hari sebelumnya. Sudah puas dia tanyakan sebabnya pada Anis, tapi gadis itu berulangkali mengaku tidak tahu apa sudah terjadi pada Duha Maisara. Gadis itu seolah-olah hilang tanpa kesan, tanpa jejak. Dia mengeluh tanpa sedar. Erman berpaling. Dia tahu dalam beberapa hari ini masalah Nashriq bukan hanya Raihana tapi juga Duha Maisara.

Lamunan Nashriq dikejutkan oleh nada deringan dari poket seluarnya. Dia segera menyeluk poket lalu dikeluarkan telefon bimbitnya. Erman hanya memandang Nashriq berbual-bual seketika, tapi airmuka lelaki itu jelas berubah ketika menjawab panggilan itu.

“Siapa?’ Tanya Erman sebaik lelaki itu selesai menjawab panggilan.

Nashriq sekadar tersenyum. “Tak ada apa-apa. Abang, saya keluar sekejap.” Ujar Nashriq ringkas seraya mencapai kot di kepala kerusinya. Dia tergesa-gesa melangkah keluar meninggalkan ruang kamarnya.

* * * *

Dari jauh dia melihat wanita itu masih meneguk minuman keras di kaunter hadapan bar. Habis satu persatu gelas minumannya dituang oleh ‘bartender’. Melihat keadaan itu Nashriq mengeluh panjang. Aku dah gila agaknya! Apa aku buat di sini? Dia ingin berpatah balik, tapi telinganya menangkap satu bunyi. Nashriq berpaling. Dia melihat wanita itu terhuyung hayang hampir jatuh dari kerusi yang didudukinya. Mahu tak mahu dia meluru pantas ke arah wanita itu.

Estella berpaling apabila merasakan tubuhnya dipaut suatu tangan sasa. Dia menoleh. Dalam kesamaran, dia melihat anak muda itu memandangnya. Estella tertawa lepas.

“So you datang jugak, I gembira sangat.”

“Kalau I tahu you mabuk macam ni, sumpah I takkan datang ke mari.” Getus Nashriq sambil menggeleng kepala.

“I nak jumpa you Naz.” Rayu Estella dengan mata terkebil-kebil.

Nashriq diam. Mahu tak mahu dia duduk di samping Estella.

“Jadi apa yang penting sangat hingga you nak jumpa I ni?” Nashriq berbicara serius.

“Drink sir?” Tanya bartender berambut kerinting itu.

“No thanks. I tak minum minuman keras.” Nashriq menggeleng kepala.

“Aha I lupa you tak boleh minum. Sorry sebab I minta jumpa you di sini.” Celah Estella sambil meraup rambutnya ke tepi. Dia masih meneguk arak itu ke dalam mulutnya. Nashriq hanya memerhatikan wanita itu tanpa sebarang bicara. Entah kenapa, dia mula terasa ada sesuatu yang tak kena dengan wanita itu.

“I want more drink.” Pinta Estella. Namun belum sempat bartender itu mahu menuang arak lagi, Nashriq menarik gelas di hadapan Estella.

“Don’t give it to her.” Dia melarang. Bartender itu mengangguk lalu segera beredar.

“I said I want more drinks!” Marah Estella pada lelaki yang baru beredar itu. Nashriq menarik nafas berat. Apa kenanya dengan perempuan ini?

“Cukuplah tu Cik Estella. Takkan you nak minum sampai mati?” Marah Nashriq. Estella tergaman. Dia memandang lelaki itu sambil tersenyum.

“Bukankah lebih baik kalau begitu. Kalau boleh memang itu yang I harapkan sekarang. Mati!” Sebut Estella perlahan. Bibirnya masih menguntum senyum.

Nashriq terdiam. Besar sangatkah masalahnya hingga terfikirkan tentang mati. Takkan seorang wanita yang memiliki segala-galanya dalam hidup masih tak bahagia dengan apa yang dikecapinya? Memang aneh! Gumam Nashriq sendirian.

“Naz, you ingat lagi I pernah minta you kerja dengan I di A&K Corporation?”

Nashriq tidak menjawab, namun dia masih ingat dengan permintaan wanita itu. Aneh memang aneh bila memikirkannya.

“Waktu itu sebenarnya I serius dengan kata-kata I. Dan salah satu tujuan I supaya you bekerja di situ, supaya nanti senang untuk I serahkan syarikat tu pada you Naz.”

“Serahkan pada I?” Nashriq tercengang.

“I tak ada anak, tak ada suami, juga tak ada adik beradik. Hanya you yang I ada.”

Nashriq semakin tidak mengerti. Kata-kata wanita itu semakin pelik kedengaran.

“Tapi sekarang I tukar fikiran I. I tak mahu you warisi A&K Coporation. I tak mahu cederakan you.” Kelopak mata Estella bergenang.

“Don’t worry, I sendiri tak mahu bekerja dengan orang yang merampas Vila Kecil milik kami. Dan I rasa you ni dah mabuk. Mari I hantar you balik ke rumah you.” Nashriq bingkas bangun dari kerusi yang didudukinya. Namun sebelum sempat tangannya singgah di bahu Estella, wanita itu terlebih dahulu memaut lengannya. Mata Estella singgah di wajah Nashriq.

“Naz, you tak pernah tertanya-tanya ke kenapa you begitu berbeza dengan Zainal Ikram dan ibu you? You pernah fikirkannya?” Bertalu-talu soalan itu singgah di telinga Nashriq. Dia terpaku. Apa maksud wanita itu?

“Naz, kalaulah I boleh berterus terang dengan you tentang semua ini.

...bersambung

Bab akan datang:

Apa maksud Estella? Mengapa dia mengatakan Nashriq berbeza daripada ibu dan ayahnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience