Rate

Chapter 71

Romance Completed 26118

Bab 71

Wajah gadis itu sembab. Dan ketika itu dia bagaikan terpaku menatap wajah itu. Tangisan Duha Maisara membuatkan hatinya terasa runtuh sama. Tapi anehnya bila berhadapan dengan gadis itu, yang keluar dari mulut ini hanyalah kata-kata sindiran yang menyakitkan telinga. Nashriq sendiri tidak tahu kenapa dia berkelakuan begini.

Duha Maisara! Dia menyebut nama itu berulangkali dalam hati. Kenapa kau hadir di saat-saat hatiku merindui Raihana? Nashriq mengeluh. Dia membalikkan tubuhnya. Tiba-tiba gegaran kecil di sebelahnya membuatkan dia bingkas bangun. Dia pantas mencapai telefon bimbitnya. Nama yang terpapar dipandang sepintas lalu. Beberapa ketika dia tersenyum.

“Hello.” Sapa Nashriq terlebih dahulu.

Tiada suara kedengaran di hujung talian. Hanya helaan nafas yang perlahan kedengaran di telinganya.

“Kau nak cakap apa dengan aku?” Soal Nashriq lembut.

“Emm…terima kasih. Terima kasih atas segalanya.”

“Itu saja?” Duga Nashriq. Sengaja mahu mengusik.

Suara itu kembali diam. Nashriq ketawa kecil. “Aku ingatkan kau telefon sebab nak ajak aku ke bilik kau. Perlu aku bersiap?” Soal Nashriq nakal. Ketika itu juga dia terdengar talian telefon diputuskan. Nashriq tersengih. Dia boleh membayangkan wajah Duha Maisara yang tentunya merah padam dengan usikannya yang kadangkala nakal. Oh tuhan, hari ini aku banyak tersenyum. Seperti duniaku yang dulu hilang muncul kembali. Apakah ini benar-benar perasaan cinta atau sekadar perasaan simpati padanya?

Duha Maisara mencampakkan telefonnya ke atas meja. Kasar. Dia menekup muka. Aduh! Kalau aku tahu begini, pasti aku takkan malukan diri sendiri dengan menelefonnya. Bodohnya aku! Tak sudah-sudah dia mengutuk diri sendiri. Namun niatnya benar-benar ikhlas, mahu mengucapkan terima kasih kerana lelaki itu sudi membantunya. Namun akal ceteknya membuatkan dia malu sendiri kerana dipermainkan lelaki itu.

******

Pagi-pagi lagi Nashriq sudah bangun bersiap. Dia harus keluar awal pagi itu kerana dia ada mesyuarat pada pukul 9 dengan kakitangan-kakitangan bawahannya. Selesai mengemaskan talileher, dia mencapai kot hitamnya yang tersangkut di kepala kerusi. Nashriq keluar dari bilik, lalu terserempak dengan Erman yang juga sudah siap. Namun kedua-duanya saling bertatapan. Lama.

“Abang masak?” Tanya Nashriq, apabila aroma enak menjamah rongga hidungnya. Erman menggelengkan kepala. Sejak bila pula dia ada masa untuk menyediakan sarapan pagi. Selalunya mereka akan bersarapan di kedai sahaja.

Nashriq segera melangkah deras ke arah dapur diekori oleh Erman. Melihat hidangan nasi lemak di atas meja dengan kopi panas, Nashriq terpegun. Duha Maisara yang baru keluar terkejut melihat Nashriq sudah tercegat memandangnya.

“Emm dah nak pergi kerja? Saya dah masak, tapi tak tahulah sedap ke tidak. Makanlah sikit sebelum pergi kerja,” ujar Duha Maisara sambil meletakkan dua pinggan di atas meja. Mangkuk berisi nasi lemak segera diceduk ke dalam pinggan.

Nashriq menoleh memandang Erman yang hanya tersengih. Lantas kedua-duanya segera mengambil tempat duduk.

“Hmm sambal bilis, favourite abang ni,” bisik Erman di telinga Nashriq. Anak muda itu tersengih. Dia menyuap sedikit nasi lemak ke mulutnya. Enak rasanya! Diam-diam dia melirik ke arah Duha Maisara yang hanya memerhati dari tepi. Pandai juga dia ni memasak, nasi lemaknya memang enak, detik hati kecil Nashriq. Namun di mulutnya, dia tidak pula memuji.

“Wow, inilah sarapan pagi yang paling best abang pernah makan. Terima kasih cik…” Erman memandang gadis itu.

“Duha. Duha Maisara.” Sebut gadis itu. Dia lupa yang semalam, dia masih belum memperkenalkan dirinya pada teman serumah lelaki itu.

“Duha Maisara. What a nice name. Err saya Erman. Cik Duha boleh panggil saya abang Erman saja cukup.” Ucap Erman.

Duha Maisara tergaman. Erman? Dia termenung panjang. Kenapa nama dan wajah lelaki itu bagaikan tidak asing baginya? Dia seperti pernah melihat lelaki itu sebelum ini. Malah apabila lelaki itu menyebut namanya, dia bagaikan merasakan sesuatu.

“Duha?” Panggil Nashriq. Dia tersentak. Pantas matanya dilarikan ke arah Nashriq.

“Aku nak ke pejabat. Tapi aku nak kau duduk di rumah ni, jangan ke mana-mana. Petang nanti aku balik, lepas tu kita fikirkan sesuatu.” Pesan Nashriq. Erman berpaling. Entah kenapa kata-kata Nashriq membuatkan dia tertanya-tanya sendiri.

“Dengar tak?” Nashriq menjegilkan matanya. Duha Maisara hanya mengangguk. Kadangkala dia cuak juga dengan sikap lelaki itu. Macamlah aku ni budak kecil, nak dipesan dua tiga kali.

******

“Okay you want to tell me what happen between you and she, or you want me to hire a PI?” Soal Erman sebaik anak muda itu memasuki kereta. Nashriq tergelak kecil.

“Dah saya katakan semalam, yang Duha Maisara ada masalah. Abang jangan bimbang, petang nanti saya akan bawa dia keluar dari rumah tu.”

...bersambung

Bab akan datang:

Kemana pula Nashriq akan membawa Duha utnuk bersembunyi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience