Rate

Chapter 174

Romance Completed 26118

Bab 174

“Black Parade dah lama bertapak di negara kita sejak tiga generasi keluarga Alan dan Calvin Wong. Dua beradik inilah asal usul tonggak kumpulan Black Parade. Mereka berasal dari sebuah keluarga besar di Singapura sebelum menetap di sini sejak 35 tahun yang lalu. Mungkin kau tak tahu kumpulan ni amat digeruni oleh kumpulan-kumpulan lain di sini. Mereka terkenal dengan kekejaman dan takkan teragak-agak membunuh sesiapa sahaja.” Jelas ASP Baharin.

“Selepas tu dalam tahun 70an, ada pergolakan besar berlaku dalam kumpulan ni. Kononnya Calvin Wong terbunuh dan telah berlaku perebutan kuasa antara kedua-dua kumpulan adik beradik ni. Tapi perbalahan itu dapat dileraikan. Alan Wong menjadi ketua sebelum kuasa diserahkan pada anaknya Steven. Tapi sejak Steven Wong mengambilalih Black Parade, kumpulan ni sudah jarang menimbulkan masalah. Malah Steven Wong menggunakan pendekatan yang lebih selamat dengan kurang berhubung dengan kongsi gelap dari luar. Dia juga khabarnya menubuhkan sebuah syarikat keluarga dan menjalankan perniagaan yang sah.”

“Bagaimana dengan sekarang? Kumpulan itu masih aktif?” Soal Asri ingin tahu.

“Kami sebenarnya sering memerhatikan keluarga Steven Wong, tapi gagal mendapatkan sebarang bukti untuk mengaitkan mereka dengan beberapa siri kejadian penyeludupan dadah dan heroin yang berlaku dalam negara kita. Tapi ada khabar angin mengatakan kumpulan ini sebenarnya masih wujud.”

“Bagaimana dengan Steven Wong dan keluarganya?”

“Setahu aku Steven Wong dah meninggal dunia. Sekarang syarikatnya diambilalih oleh anak perempuannya Estella. Salah seorang anaknya yang lain pula dah meninggal dunia. Tapi, kenapa kau tanya aku banyak perkara tentang Black Parade, Asri?” Soal ASP Baharin ingin tahu.

“Tak ada apa-apa, aku cuma nak tahu. Lagipun kau kan tahu dari dulu aku suka mengumpul jurnal tentang penjenayah-penjenayah. Mungkin suatu hari aku boleh menerbitkan jurnal ni,” ujar Asri separuh berlawak. ASP Baharin hanya ketawa besar mendengarkan kata-kata teman lamanya itu.

“Baguslah kalau begitu. Aku tak harap bekas komando macam kau ada rancangan nak mengintip gerak geri kumpulan ni. Terlalu bahaya Asri.” Balas ASP Baharin. Asri hanya tersenyum.

“Err tapi boleh aku pinjam maklumat tentang kumpulan ni dari kau, terutama tentang keluarga Steven Wong?” Pinta Asri.

ASP Baharin termenung panjang. Sukar untuk dia menunaikan permintaan itu. Namun lama kemudian dia tersenyum. “I’ll see what I can do Asri. Kalau aku dah kumpulkan maklumat tu, aku akan faks ke rumah kau.” Ujar lelaki itu.

“Thanks Baharin.” Ucap Asri sambil mengerling ke arah Azlan dan Hasnol yang setia menemaninya sejak tadi. Fikirannya benar-benar keliru kini. Terlalu banyak persoalan demi persoalan menghujaninya. Apa kaitan Engku Iskandar dengan keluarga Steven Wong pula?

Steven Wong! Asri menyebut nama itu berulangkali. Macam pernah dengar nama itu. Dia memandang ke suatu arah seolah-olah memikirkan sesuatu. Tiba-tiba langkah Asri terhenti. Azlan dan Hasnol yang mengiringi lelaki itu turut terhenti.

“Kenapa tuan?” Tanya Azlan, bimbang apabila melihat wajah lelaki itu berkerut seribu.

“Zoey Wong!” Bisik Asri tiba-tiba. Azlan dan Hasnol saling berpandangan. Mereka langsung tidak faham apa maksud lelaki itu sebenarnya.

“Azlan, Hasnol, saya nak awak berdua intip gerakan Black Parade. Kata ASP Baharin tadi, Steven Wong ada dua orang anak perempuan. Saya nak tahu apakah salah seorang anak perempuannya itu Zoey Wong!” Arah Asri sambil termenung panjang. Entah mengapa dadanya tiba-tiba berdebar. Nama Zoey Wong sudah lama tidak didengarinya.

* * * *

Dari jauh, matanya tak sudah-sudah memandang kelibat anak muda itu sedang berbincang sesuatu dengan seorang lelaki di salah satu sudut restoran itu. Memerhatikan raut wajah lelaki itu yang kelihatan tenang, dia bagaikan tertarik untuk terus memerhatikan anak muda itu. Anak yang selama ini menjadi kebanggan Zainal Ikram, adiknya.

Nal, jika kau masih ada, tentu kau akan berbangga dengan dia. Sayang seribu kali sayang, darah kau tidak mengalir di dalam tubuhnya. Tapi kasih sayang kau padanya, aku mengerti, bisik Asri sayu.

“Zoey seorang sahabat dan sudah aku anggap dia macam adik aku sendiri. Kami rapat sejak Kamarul bawa dia jumpa aku. Katanya Zoey nak ‘convert’ Islam dan selepas itu mereka mahu kahwin. Kata Kamarul, dia sudah tidak mahu hidup dilambung dosa bersama Zoey. Tapi sayangnya sebelum hasrat itu sempat ditunaikan, Kamarul meninggal dunia. Zoey pula hidup tidak tentu arah, terumbang ambing tanpa pegangan. Tapi bila Zoey pregnant, dia datang jumpa aku. Dia perlukan pertolongan.” Wajah Zainal serius memandangnya.

“Habis, takkan kau nak jadi pak sanggup? Aku tak setuju Nal,” dia membantah kuat ketika itu. Tidak sanggup membiarkan adiknya terus membuat kerja gila. Apa faedahnya menanggung beban orang lain?

...bersambung

Bab akan datang:

Jadi, dimanakah anak Zoey yang telah meningkat dewasa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience