Rate

Chapter 20

Romance Completed 26118

BAB 20

Contohnya kelmarin, dia bertembung Nashriq sedang makan sendirian di kafeteria pejabat, namun belum sempat dia mahu menghampiri lelaki itu, tiba-tiba sahaja Nashriq dihampiri seorang staff. Geram hatinya tuhan saja yang tahu. Petang kelmarin juga begitu, ketika berjalan bersama Katrina di ruang lobi pejabat, matanya tiba-tiba terpandang Nashriq sedang berjalan bersama beberapa orang lelaki menuju ke arahnya. Apabila mereka berpapasan, Katrina sempat menyapa lelaki itu. Nashriq menoleh namun hanya mengangguk. Namun lelaki itu langsung tidak memberi perhatian padanya.

Suraya mengetapkan bibir. Apa lelaki itu pura-pura tidak perasan dia, atau sememangnya dia memang sudah tidak kenal aku?

Tangan Suraya sudah naik ke dada pintu. Namun tangannya seakan berat untuk mengetuk pintu bilik di hadapannya. Aduh! Bagaimana kalau dia benar-benar sudah tidak ingat aku? Tentu aku akan malu sendiri kalau begini. Suraya menarik nafas berat. Dia berpusing mahu beredar ke biliknya, namun dia terkejut besar. Nyaris-nyaris dia tersembam ke dada bidang itu. Wajah Suraya pucat lesi. Dia mengangkat wajahnya perlahan-lahan.

Mata lelaki itu menjamah tajam ke wajahnya. Suraya menahan nafas. Dia gugup tiba-tiba.

“Maaf.” Ujar Suraya ringkas.

“Cik ni nak cari siapa?” Tanya lelaki itu. Matanya masih menjamah wajah Suraya tidak berkelip. Macam kenal!

“Rasanya macam kita pernah berjumpa.” Sambung lelaki itu tiba-tiba. Suraya terpinga-pinga. Matanya sekali lagi menyorot wajah di hadapannya. Lelaki itu berkulit sawo matang dan tampan orangnya. Tiba-tiba Suraya tersenyum. Aduh! Kenapa pula aku tidak boleh cam dia, sedangkan aku pernah melihatnya bersama Nashriq tempohari.

“Encik Erman dah lupa siapa saya?” Suraya cuba menduga lelaki itu. Erman termenung seketika sebaik mendengar kata-kata Suraya. Lama matanya menjamah wajah di hadapannya itu.

“Cik Suraya kan?” Lelaki itu menyoal agak ragu-ragu.

Suraya tersenyum. Tak sangka lelaki itu masih mengingati namanya. Namun belum sempat Suraya mahu membalas kata-kata lelaki itu, pintu di belakangnya tiba-tiba terkuak. Kedua-duanya serentak berpaling.

Nashriq tergaman melihat Suraya tercegat di sisi Erman. Namun dia tidak menegur gadis itu, sebaliknya memandang Erman yang kelihatan kaget.

“Abang, masuk sekejap. Ada hal kita kena bincang.” Ujar Nashriq serius. Dia berpaling ke arah biliknya. Wajah Suraya sedikit berubah. Erman yang menyedari keadaan itu segera melaung nama Nashriq.

“Err Naz, kau ingat lagi Cik Suraya bukan?” Celah Erman.

Langkah Nashriq terhenti. Dia memusingkan badannya perlahan-lahan. Wajah Suraya ditatap teliti. Dahi Nashriq berkerut. “You kerja di sini?” Soalnya.

Suraya mengangguk. “Suraya Mustadza, eksekutif bahagian perhubungan awam di sini.” Balas Suraya sambil menghulurkan tangannya. Bibirnya tersenyum biarpun dia tahu wajah Nashriq tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Nashriq hanya memandang huluran tangan Suraya. Wajah gadis itu tampak ceria. Dia teringat peristiwa kelmarin di restoran. Peristiwa yang membuatkan dia ditahan polis bersama lelaki-lelaki yang menganggu gadis itu.

“Nice to see you you here Cik Suraya.” Sambut Nashriq akhirnya seraya berlalu pergi begitu sahaja. Suraya terpegun dengan reaksi Nashriq. Apa kena dengan dia ni agaknya! Sombong semacam! Semalam lelaki itu sudah mahu tersenyum dengannya, namun hari ini dia berpura-pura tidak kenal.

“Sorry Cik Suraya, jangan ambil hati. Nashriq memang macam tu. But anyway just like he said before, nice to meet you here.” Ujar Erman seraya tersenyum. Mahu tak mahu Suraya turut tersenyum sama, meskipun tuhan saja tahu betapa hatinya terasa terhina dengan tindakan Nashriq sebentar tadi.

******

“Aku tak faham kenapa kau layan Suraya macam tu Naz. At least kau sepatutnya lebih berlembut dengan dia. Lagipun kau sekarang dah jadi orang atasan dia.” Rungut Erman, sedikit kesal dengan sikap Nashriq yang tidak pernah mahu berubah.

“Do I ever treat her like a garbage?” Nashriq merenung lelaki itu tidak berkelip. Erman mengeluh. Sukar benar dia mahu berbicara dengan Nashriq kalau begini.

“Tidaklah sampai begitu, tapi tindakan kau boleh menyinggung perasaan dia.”

“Saya dan dia bukannya berkawan pun. Kami bertemu pun secara tak sengaja. Untuk apa dia dilayan lebih istimewa dari pekerja-pekerja lain di sini? Atas dasar apa, saya harus berbual panjang dengan dia semata-mata kerana peristiwa remeh temah semalam?”

Erman terdiam. Dia tahu tidak ada gunanya lagi dia bertikam lidah dengan Nashriq. Anak muda itu memang degil. Sama degil dengan ayahnya, Zainal Ikram.

“Abang, boleh tak kalau kita jangan bercakap atau bergaduh fasal dia. Sekarang yang lebih penting adalah urusan syarikat ini. Saya nak abang terus jadi pembantu saya di sini macam abang bantu ayah dulu.” Pinta Nashriq serius.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah reaksi Erman apabila Nashriq memintanya menjadi pembantu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience