Rate

Chapter 33

Romance Completed 26118

BAB 33

Perlahan-lahan Nashriq memandang ke arah Sachary. Tangannya dihulurkan ke arah anak muda itu.

“Nashriq Adli.”

“Sachary Mustadza. But you can call me Sach.” Ujar anak muda itu ramah.

Apabila pandangan Nashriq bertaut di wajah Suraya, dia menghulurkan tangannya. “Nashriq” Ujarnya serius. Lambat-lambat tangannya diraih oleh gadis itu. Suraya memandangnya penuh bererti, sebelum tangan keduanya terlerai.

Sepanjang makan malam, Suraya tak henti-henti melirik ke arah Nashriq. Dia ingin berbual dengan lelaki itu, tapi entah kenapa mulutnya terasa berat. Lagipun dia rasa serba tidak kena untuk mencelah perbualan Nashriq dengan ayahnya. Akhirnya mahu tak mahu dia hanya mendiamkan diri.

* * * *

Sepanjang perjalanan, kedua-duanya hanya diam membisu. Nashriq serius memandu, manakala Suraya memandang ke luar jendela kereta. Dalam diam-diam, Suraya melirik ke arah lelaki di sebelahnya. Nashriq nampak kacak dengan kemeja jalur halus berwarna biru biji kundang dan kelabu. Dia mengetapkan bibirnya. Terasa resah kerana tidak mampu meluahkan kata-kata di hadapan lelaki itu, meskipun hampir dua minggu mereka bertembung di pejabat. Aduh! Kenapa dengan aku ni? Sudah ada peluang di hadapan mata, kenapa mulut aku pula tiba-tiba kelu seribu bahasa?

Tiba-tiba tawa Nashriq meledak. Suraya berpaling. Dia tergaman melihat Nashriq yang tak henti-henti ketawa. Dahi Suraya berkerut. Apa yang melucukan dia? Kepala Suraya sarat dengan persoalan.

Nashriq melirik gadis di sebelahnya. Ketawanya masih bersisa. Entah kenapa dia merasa lucu dengan cadangan ibunya menyuruh dia menghantar gadis itu pulang. Bukankah itu helah lapuk. Sudah berkurun helah itu digunakan. Kenapa tidak berterus terang mahu dia mengenali gadis itu, bukankah lebih mudah!

“Kenapa you ketawa?” Suraya tiba-tiba bertanya. Dia sudah tidak mampu menahan sabar dengan kerenah Nashriq.

“Apa yang menggelikan hati you? I?”

“Bukan you, tapi parents kita.” Jawab Nashriq bersahaja.

“Parents kita? Tapi kenapa?”

Nashriq tidak menjawab. Matanya masih menuju ke arah jalan, namun bibirnya masih melemparkan senyuman membuatkan Suraya terpaku memandang lelaki itu. Entah kenapa gerak geri Nashriq membuatkan dia terpesona seketika. Aura Nashriq melekat terus ke hatinya.

“You tahukan kenapa mereka beria-ria nak suruh I hantar you pulang?” Soal Nashriq tiba-tiba. Suraya memandang tanpa sepatah kata. Dia menggeleng.

“Mereka nak kita saling mengenali.” Ujar Nashriq tenang.

Suraya tersenyum. Jika begitu hajat orang tua mereka, dialah gadis yang paling gembira di alam semesta ini.

“Tapi I rasa itu tak perlu. Sebab I tak berminat nak mengenali you dengan lebih rapat.” Sambungnya. Suraya terkedu. Setiap bilah kata-kata Nashriq menikam di setiap penjuru hatinya.

“You jangan terasa hati. I tak bermaksud nak menghina you, cuma I tak berminat dengan you. Itu saja.”

Suraya mengetapkan bibirnya. Perasaannya terluka sekali lagi. Entah kenapa sejak dia mengenali lelaki itu, Nashriq terlalu kerap melontarkan kata-kata pedih terhadapnya.

“Kenapa you tak sukakan I? I ni menyusahkan you ke?” Giliran Suraya pula menyoal. Nashriq menatap gadis itu sepintas lalu. Wajah Suraya nampak keruh.

“I tak kata I tak suka you, cuma I tak minat dengan gadis yang suka mempermainkan perasaan lelaki.” Jawab Nashriq tenang.

Suraya tersentak. Jadi itu sebabnya Nashriq selalu mengelakkan diri darinya? Hanya kerana peristiwa tempohari, Nashriq membuat anggapan melulu terhadapnya. Tiba-tiba Suraya naik radang. Hatinya benar-benar terusik kali ini.

“Hentikan kereta ni.” Pinta Suraya perlahan.

Nashriq tercengang. Namun dia terus memandu.

“I kata hentikan kereta ni, I nak keluar.” Jerit Suraya seraya cuba membuka pintu kereta. Nashriq terpana. Serentak dia menghentikan keretanya di bahu jalan. Suraya membuka pintu kereta lalu terus menerpa keluar. Panggilan Nashriq langsung tidak dipedulikan. Entah kenapa dia rasa benar-benar terhina dengan sikap Nashriq terhadapnya.

“Cik Suraya, you nak ke mana ni? Selagi you naik kereta I, maka I bertanggungjawab untuk hantar you pulang dengan selamat.” Panggil Nashriq seraya mengejar langkah gadis itu yang makin jauh. Namun Suraya buat endah tak endah. Nashriq mengetapkan bibirnya. Terasa geram dengan kerenah gadis itu.

Laju kaki Nashriq mengejar Suraya. Lengan gadis itu dipaut kasar, menyebabkan gadis itu hampir terdorong ke arahnya.

“You ni dah gila ke?” Tengking Nashriq benar-benar marah. Matanya tajam mencerlung wajah Suraya yang berkerut resah. “You tahu tak dah pukul berapa ni? Dah hampir 12 malam dan you sekarang duduk di tengah-tengah highway I tak kisah kalau you buat begini sorang-sorang, tapi jangan libatkan I. I tak mahu ada pihak polis yang datang ke rumah I nanti dan minta I cam mayat you di dalam beg plastik.” Herdik Nashriq separuh menyindir.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah Suraya meneruskan perbuatannya apabila diherdik dengan kata-kata pedih Nashriq?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience