Rate

Chapter 75

Romance Completed 26118

Bab 75

“Helo.” Nashriq menjawab telefon. Suara Erman kedengaran cemas.

“Kau kat mana Naz? Abang jemput kau?” Ujar lelaki itu.

“Tak payah. Saya nak bersendirian, sekejap lagi saya balik.” Pantas Nashriq menyampuk. Dia segera mematikan panggilan telefon. Tidak mahu diganggu oleh lelaki itu. Dia tahu Erman benar-benar bimbang, namun entah kenapa saat itu, dia hanya mahu sendirian tanpa gangguan sesiapa pun.

******

Engku Iskandar melemparkan akhbar yang dibacanya di atas meja. Terkejut Engku Zarina melihat suaminya tiba-tiba panas baran. Hampir berkocak air dalam cawan tehnya yang masih belum disentuh. Lama dia merenung wajah lelaki itu. Entah angin apa yang merasuk lelaki itu.

Berita kejayaan Mega Timur mendapatkan projek pembinaan hotel mewah lima bintang di Pulau Mutiara, entah kenapa membuatkan hatinya terbakar. Dia tahu sejak beberapa bulan yang lalu, adiknya Engku Latifah asyik melobi projek tersebut dari gagasan Crown Hotel. Dan selepas kemunculan Nashriq, tuah seolah mendahului Mega Timur. Seboleh-olehnya dia tidak mahu Mega Timur terus mendapat projek besar. Ini akan menyusahkannya. Kalau boleh dia mahu saham Mega Timur terus jatuh agar dia mampu membeli saham-saham itu secara ‘blackmarket’. Tapi kalau nama Mega Timur terus bertapak kukuh, mungkin peluangnya untuk mendapatkan syarikat itu bakal terkubur terus.

Tanpa menghiraukan isterinya, Engku Iskandar terus beredar ke ruang kerjanya. Dia menutup pintu serapatnya sebelum mula menekan punat-punat telefonnya. Sesaat kemudian, terdengar suara seorang wanita di hujung talian, menjawab malas.

“Reyna, we need to talk.”

Diam.

“Baik, aku jumpa kau di tempat biasa.”

Engku Iskandar tersenyum. Dia sudah bosan menunggu. Kali ini dia akan memaksa wanita itu membantunya. Jika Reyna tetap berdegil, dia sudah merencanakan sesuatu.

* * * *

Seperti yang dijanjikan, apabila wanita itu sampai, Engku Iskandar sudah pun menunggu di ruangan VIP. Melihat liuk lentur tubuh wanita itu dibalut sepasang dress kuning air, entah kenapa Engku Iskandar terpegun. Hampir lima belas tahun dia mengenali wanita itu, namun Reyna ternyata masih cantik dan masih pandai menjaga bentuk badan.

Dulu dia pernah jatuh hati pada wanita itu. Tapi sayangnya hati Reyna terlalu dingin dengannya.

“Kenapa you nak jumpa I?” Soal Reyna tenang. Matanya merenung ke wajah Engku Iskandar yang tersengih. Dia tahu lelaki itu memerlukan sesuatu. Jika bukan hendakkan sesuatu, pasti lelaki itu takkan mencarinya. Dia sudah faham dengan sikap lelaki itu.

“I nak penjelasan dari you tentang janji yang you taburkan pada I dulu.”

“Janji? Janji apa?”

Engku Iskandar tertawa. “Reyna you jangan pura-pura lupa. You janji dengan I yang you akan bantu I dapatkan Mega Timur kalau I bantu you bunuh Zainal. Bukan begitu? Tapi you nampaknya tak serius nak bantu I Reyna. You jangan lupa, I masih ada bukti semua penglibatan kita malam itu.”

Reyna tersentak. Dia memandang Engku Iskandar yang kelihatan selamba. Apakah maksud lelaki itu? Mahu mengugut akukah? “Berani you ugut I, Is? You dah lupa yang you berhadapan dengan siapa sekarang?”

“I tak mungkin lupa siapa Reyna Tan yang sebenar. Syarikat A&K yang berniaga secara jujur sebenarnya hanya berfungsi untuk mencuci wang kotor dari perniagaan haram dua generasi Steven Wong. Masakan I lupa siapa di belakang you. Tapi janji tetap janji. Macam you, I juga ahli persatuan ni. You dan Albert tak boleh menafikan jasa I pada persatuan kita.”

Reyna terdiam. Engku Iskandar bagaikan tahu apa yang dimahukannya. Jika tidak masakah dia nekad dengan tindakannya hari ini.

“Apa yang you mahukan Is?”

“You tahu apa yang I mahukan Reyna. I nak you bantu I hapuskan Nashriq dan dapatkan I syarikat tu. Atau rahsia kita berdua malam itu, akan I bongkarkan semuanya pada Estella. You kena ingat kedudukan dan nama baik A&K dan Estella terletak di tangan I,” Ugut Engku Iskandar

“You jangan nak mengugut I, Is. I cuma ikut arahan Albert supaya Nashriq tidak diapa-apakan. Perjanjian kita hanyalah melibatkan Zainal Ikram, itu saja. Soal Mega Timur, itu semua keputusan Albert. Dan jangan you nak libatkan Estella dalam soal kita, dia tak tahu menahu tentang apa yang berlaku.”

“Betul Estella tak tahu apa-apa? You ingat I bodoh nak percaya cakap-cakap you. Masakan pemilik syarikat besar tidak tahu apa yang berlaku di sekelilingnya. Lagi satu, I memang dah lama nak tahu kenapa mereka bunuh Zainal tapi Nashriq dilepaskan? Entah kenapa, I rasa you semua seperti sedang berahsia sesuatu dengan I, Reyna.” Ujar Engku Iskandar curiga.

Reyna terdiam. Dia memandang Engku Iskandar dengan sepasang mata yang bersinar garang. Bibirnya diketapkan. Lelaki itu seperti sengaja mahu mencari maut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience