Rate

Chapter 121

Romance Completed 26118

Bab 121

Dia segera melangkah ke arah apartmentnya.

Beg tangannya dilontarkan ke arah sofa seraya menghempaskan tubuhnya ke dada sofa. Matanya dipejamkan. Wajah ibunya muncul bersilih ganti dengan wajah Nashriq. Entah kenapa kepalanya tiba-tiba jadi berserabut. Dia membuka televisyen dengan remote control namun entah kenapa rancangan di televisyen itu langsung tidak menarik minatnya.

Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Kali ini nadanya singkat. Duha Maisara mencapai telefon dengan malas. Dia menekan beberapa kali. Mesej yang terpapar di skrin telefon membuatkan dia terpaku.

“Duha, kau di mana? Kenapa tak reply call aku?” Bunyi mesej Nashriq dibaca berulangkali. Tiba-tiba dia rasa bersalah pada lelaki itu. Duha Maisara segera berkejar ke arah jendela apartmentnya. Dia cuba mengintai kelibat lelaki itu, namun dia hampa tatkala tubuh lelaki itu tidak lagi duduk santai di kerusi rehat di laman taman.

Perlahan-lahan dia menghindar dari arah tingkap. Perasaan kecewa menyelubunginya. Tentu lelaki itu sudah menunggunya berjam-jam di situ. Oh tuhan, kenapa dengan perasaanku kali ini?

Dentingan loceng pintu sebanyak 2 kali membuatkan Duha Maisara tiba-tiba rasa gembira. Pasti Nashriq. Dia segera meluru ke muka pintu. Dia ingin bertemu lelaki itu. Dia ingin melepaskan rindunya dengan menatap wajah itu.

“Naz, saya….” Pintu dikuak lebar tapi serentak kata-katanya seolah tersekat di kerongkong. Melihat Zafran di muka pintu, Duha Maisara serta merta jadi gugup. Wajah Zafran tajam merenung ke arahnya.

******

Masing-masing membisu seribu bahasa. Duha Maisara dengan gelisahnya. Zafran pula dengan wajah muramnya asyik termenung. Apabila seorang pelayan membawa sedulang kopi panas, barulah Zafran mahu mengangkat muka memandang Duha Maisara.

“Duha menanti siapa sebenarnya?” Soal Zafran tiba-tiba. Dia benar-benar ingin tahu apakah nama ‘Naz’ yang disebut oleh Duha Maisara sebentar tadi adalah nama Nashriq Adli. Lelaki yang dikatakan ketua di tempat Duha Maisara bekerja.

Mendengar pertanyaan itu, Duha Maisara kian gugup. Dia benar-benar tidak menyangka Zafran akan terpacul tiba-tiba di hadapan rumah. Salahnya juga kerana bertindak terburu-buru.

“Tak ada siapa. Abang tak ada shift malam ni?’ Duha Maisara bertanya, sengaja mahu mengalihkan perhatian Zafran.

“Malam ni tak ada. Maaf sebab abang ajak Duha keluar secara tiba-tiba macam ni.” Ucap Zafran.

Duha Maisara terdiam.

“Ayah ada jumpa dengan Duha baru-baru ni?”

“Tak ada. Kenapa?”

“Dah lama dia tidak muncul. Agaknya dia terus balik ke Pulau Pinang tanpa memberitahu kita.” Ujar Zafran.

“Biarlah abang. Lagipun ayah dah ada kerja tetap, Duha tumpang gembira.” Balas Duha Maisara pula. Tersenyum. Dia sebenarnya gembira kerana lelaki itu sudah jauh berubah. Sekurang-kurangnya ini semua jasa Nashriq yang sanggup membantunya.

“Duha pula bagaimana?” Mata Zafran menghala tepat ke wajah gadis itu.

“Maksud abang?” Dia tercengang.

“Duha gembira dengan hidup Duha sekarang?”

Duha Maisara terdiam. Entah kenapa Zafran suka bertanya begitu dengannya. Sejak dulu soalan itu sentiasa hadir dari mulut Zafran. Dan setiap kali juga dia menjawab dengan senyuman.

“Duha gembira.”

Zafran terdiam. Jawapan Duha Maisara kali ini terlalu ringkas. Kalau dulu dia akan memberi jawapan yang lebih panjang dari itu. Apakah benar gadis itu gembira atau sekadar mahu menyedapkan hatinya?

“Abang pula? Yalah tak lama lagi abang akan jadi doktor bedah. Tentu ramai gadis-gadis berebutkan pakar bedah handsome di hadapan Duha ni. Sampai masa tu nanti, abang akan lupakan Duha.” Ujar Duha Maisara seraya tersenyum.

Zafran tidak membalas kata-kata itu. Dia diam sahaja. Dia tahu Duha Maisara cuba bergurau dengannya. Namun entah kenapa gurauan gadis itu tidak disambut dengan ketawa seperti selalu.

“Duha rasa abang ni handsome?”

“Eh tentulah, dari kita kecil lagi Duha dah rasa abang ni kacak, bergaya, menarik.” Cerita Duha Maisara bersungguh.

“Tapi lelaki kacak macam abang ni, tetap tak mampu menambat hati orang yang abang suka kan?” Bicara Zafran terus berubah rentak. Duha Maisara tergamam. Sekali lagi dia dihadapkan dengan situasi sukar.

“Kenapa Duha tak sukakan abang?” Tanya Zafran tiba-tiba.

Duha Maisara tersentak. “Kenapa abang anggap Duha begitu?”

“Sebab abang tahu hati Duha bukan pada abang. Sejak dulu abang boleh merasakannya. Tapi sehingga sekarang, perasaan yang terlukis di wajah Duha tetap sama. Betulkah abang tiada peluang langsung di hati Duha?”

“Duha sayangkan abang, sejak dulu Duha benar-benar sayangkan abang. Jangan sesekali fikir yang Duha membenci abang.”

“Tapi sayang Duha itu membuatkan hati abang sakit. Abang tak mahu Duha sayangkan abang. Yang abang mahu hanyalah cinta Duha untuk abang.” Rintih Zafran.

Duha Maisara terdiam. Sukar dia mahu berbicara dengan Zafran jika begini. Zafran mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya. Kotak kecil berbaldu biru itu diletakkan di hadapan Duha Maisara.

...bersambung

Bab akan datang:

Apa yang ada dalam kotak itu? Adakah sebentuk cincin lamaran?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience