Rate

Chapter 157

Romance Completed 26118

Bab 157

Dia mendekati meja perlahan-lahan. Skrin di hadapannya dipandang sepintas lalu. Surat letak jawatan? Tapi kenapa gadis itu mahu berhenti kerja? Timbul persoalan dalam benaknya.

“Maaf banyak minuman dah habis, Duha tak sempat nak pergi beli. Abang tak kisahkan minum jus sahaja?” Duha Maisara tiba-tiba muncul sambil menatang dulang minuman. Dulang itu diletakkan di atas meja kopi di ruang tamu. Zafran melangkah ke arah gadis itu. Wajah Duha Maisara jelas terbayang muram di matanya, biarpun bibir gadis itu dipaksa melakar senyuman untuknya.

“Kenapa Duha nak berhenti kerja?” Tanya Zafran tidak sabar.

Gadis itu tergaman. Tidak menyangka Zafran cepat menghidu apa yang berlaku. Dia diam sahaja. Tidak tahu apa yang seharusnya diucapkan pada lelaki itu. Fikirannya benar-benar berkecamuk.

“Nashriq datang jumpa abang tadi.” Beritahu Zafran perlahan. Kejutan terus singgah sedangkan dia tiada masa untuk bersedia. Matanya terpaku memandang Zafran yang nampak tenang.

“Dia cari Duha, katanya Duha tak ke pejabat hari ni. Apa sebenarnya yang dah berlaku? Abang nampak Duha taip surat letak jawatan tu. Untuk apa? Kenapa nak berhenti kerja?” Bertalu-talu soalan itu singgah di gegendang telinga Duha Maisara. Dia tunduk.

“Duha ada sebab Duha sendiri bang. Lagipun Duha dah bosan kerja di situ?” Jawabnya perlahan.

“Bosan?” Zafran tertawa. Istilah apakah itu? Bukankah Duha Maisara yang dikenalinya sentiasa tekun dengan kerja tidak mengira masa. Kenapa gadis setabah Duha Maisara akan memberi alasan begini?

“Duha bergaduh dengan kawan sekerja?” Duga Zafran. Gadis itu menggeleng.

“Atau Duha bergaduh dengan Nashriq? Duha sangkakan abang ni Nashriq, sebab tu Duha lambat bukakan pintu. Duha nak mengelak dari dia. Betulkan?”

Duha Maisara terpegun. Setiap perbuatannya bagai dapat dihidu oleh Zafran. Dia mula keliru.

“Abang singgah ni sebab nak pulangkan telefon Duha.” Zafran sengaja mengalih topik perbualan. Duha tercengang apabila memandang telefon bimbitnya yang berada di tangan Zafran.

“Mana abang jumpa? Duha sangkakan telefon ni Duha tercicir semasa ke Pulau Pinang tempohari.”

“Nashriq yang beri pada abang untuk diserahkan pada Duha.” Balas Zafran selamba. Namun anak matanya sempat mengintai perubahan pada wajah Duha Maisara.

******

Estella mencampakkan beberapa kertas di tangannya ke atas meja, betul-betul di hadapan Reyna. Dia benar-benar berang. Tindakan Reyna selalu membelakanginya.

Reyna terpegun tapi dia nampak tenang menghadapi ribut yang datang. Matanya memandang ke arah Estella yang kelihatan garang.

“Apa ni?’ Tanya Reyna sambil mengutip helaian kertas yang bertaburan di atas meja itu.

“You tell me.” Balas Estella pula. Dia merenung wanita di hadapannya dalam-dalam. Tak sangka Reyna dalam diam-diam cuba menangguk di air keruh. Dia hanya memerhatikan reaksi Reyna yang membelek-belek kertas-kertas di hadapannya. Tak lama kemudian, wanita itu berpaling ke arahnya.

“I can explain this.” Ujar Reyna tenang.

“Tak usah jelas apa-apa. I dah tahu semua rancangan you dengan Engku Iskandar. Dah berapa banyak saham Mega Timur ada di tangan you?” Soal Estella.

“Es, I ada sebab buat macam ni.”

“Berapa banyak!” Tengking Estella dengan suara meninggi.

“Hampir 10 peratus.” Jawab Reyna perlahan. Hatinya goyah sedikit.

“Dan jika you dapat saham Dato’ Mustadza tu, bermakna you akan jadi orang kedua mempunyai nilai saham tertinggi selain Engku Latifah. Itu bermakna you layak dilantik memegang bahagian pentadbiran. Lepas itu apa Reyna? You nak bagi syarikat tu pada Iskandar atau you nak serahkan pada Albert?” Sindir Estella benar-benar marah.

“Don’t ever judge me like that Es. Kita dah bersama hampir 20 tahun, you tak sepatutnya meragui I.”

“Betul, you dah menemani I selama 20 tahun ni. Dan I anggap you macam adik I sendiri. Tapi sampai hati you buat I macam ni. You gunakan nama A&K Corporation untuk kepentingan you sendiri.” Tuduh Estella.

“I buat ini untuk kepentingan you juga. Untuk kepentingan persatuan kita.”

“Go to hell dengan persatuan karut marut you tu. I dah muak Reyna dengan semua ini. I dah tak mahu involve dengan aktiviti-aktiviti haram ni semua. I nak ruin syarikat ni dengan cara bersih. With my own rule. Cukuplah A&K Corporation digunakan untuk membersihkan duit-duit haram persatuan tu, I dah bosan.”

“You sangka I suka buat semua ni? I buat ini semua sebab you. Sebab ayah you. Keluarga Wong dah tiada pewaris lain kecuali you seorang Estella. Selama ini orang-orang di persatuan sangka, you masih ketua mereka. I buat semua ini atas nama you, supaya mereka sangka you masih berguna untuk mereka. Kalau tidak, mereka akan bunuh you sama macam mereka bunuh daddy you.”

...bersambung

Bab akan datang:

Benarkah apa yang dikatakan Reyna?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience