Rate

Chapter 197

Romance Completed 26118

Bab 197

Matanya dibuka perlahan-lahan. Dia memerhatikan di setiap pelusuk tempat itu. Melihat tempat itu hanya diterangi dua cahaya lampu yang malap, perasaan takut Suraya kembali datang. Dia tidak tahu di mana dia dikurung sekarang. Tapi tempat itu kelihatan seperti gudang lama yang dipenuhi banyak kotak-kotak kosong seperti kotak minuman keras.

Suraya cuba menggerakkan tubuhnya yang terasa lenguh. Namun tangan dan kakinya diikat serentak menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk beralih tempat. Tapi dia tetap mencuba untuk bangun dan bersandar pada dinding di suatu sudut. Akhirnya usahanya mendatangkan hasil. Barulah dia nampak jelas keadaan gudang itu. Tidak ada orang yang menjaga di dalam gudang. Suraya sedikit lega. Sekurang-kurang dia selamat untuk mengintai peluang melarikan diri. Lama matanya meneliti setiap pelusuk tempat itu. Dia ingin mencari benda-benda tajam untuk digunakan membuka ikatan tangan dan kakinya. Namun tidak terdapat satu apa pun yang boleh digunakan untuk melepaskan diri.

Lama termenung, mata Suraya terpandang pada kotak minuman keras berhampirannya. Jika ada botol di dalam kotak itu, pasti ia boleh digunakan, fikir Suraya. Namun dia tidak sempat berfikir panjang tatkala pintu gudang itu dibuka secara tiba-tiba dari luar. Perasaan Suraya kembali bergelodak. Dia semakin gementar apabila terdengar derap sepatu melangkah masuk ke dalam. Tambah terkejut dia jadinya melihat wajah yang baru muncul di hadapannya.

“Cik Reyna?” Bibirnya terketar-ketar mahu bersuara. Dia seperti tidak percaya melihat wanita itu berada di situ.

Wajah Reyna serius merenung Suraya yang nampak gelisah. Perlahan-lahan dia menghampiri Suraya lalu tunduk di hadapan gadis itu. Tubuh Suraya diteliti dari atas ke bawah.

“You tak apa-apa kan?Jangan bimbang, kami takkan cederakan You. Selepas ayah you buat seperti apa yang kami arahkan, youakan kami bebaskan tanpa cacat cela,” ujar Reyna seolah berjanji.

“Kenapa kamu semua buat saya macam ni? Apa kamu mahu?” Tanya Suraya ingin tahu. Wanita itu menarik nafas panjang.

“Ayah you dah mungkir janji dengan kami. Dia dah setuju pada awalnya mahu menjual saham-saham itu, tapi dia bertukar fikiran pada saat-saat akhir. Kami cuma mahu ayah you tandatangani surat penjualan saham Mega Timur, itu saja.” Ujar Reyna.

Suraya terkedu. Bagaimana kalau ayahnya setuju dengan samua permintaan perempuan itu? Sudah pasti sekali lagi kedudukan Mega Timur akan terancam teruk. Tak boleh! Aku tak boleh biarkan ayah tandatangan surat itu. Lebih baik aku mati saja jika begini, fikir Suraya cemas.

******

Bunyi ketukan bertalu-talu singgah di telinganya, membuatkan Nashriq terperanjat besar. Dia segera menutup televisyen lalu meluru ke arah pintu. Ketukan itu terus berbunyi, bagaikan mahu pecah pintu itu dibuatnya. Wajah Erman kelihatan resah apabila dia mengintai dari celah lubang kecil di hadapan pintu rumahnya. Nashriq mengeluh kecil. Hai sejak bila Erman pandai mengetuk pintu ni? Agaknya tertinggal kunci rumah lagi, bisik Nashriq di dalam hati.

Dia segera menguak daun pintu selebarnya. Wajah Erman menjengah masuk. Namun mata Nashriq menangkap satu lagi kelibat tubuh di belakang Erman. Sachary? Apa dia buat di sini pada lewat malam begini?

“Sach, kau buat apa di sini?” Tanya Nashriq agak hairan.

“Aku ada hal penting dengan kau Naz.” Ujar Sachary.

“Hal apa?” Nashriq terpinga-pinga. Dia memandang Sachary dan Erman silih berganti. Wajah kedua-dua lelaki itu seperti berada di dalam keadaan cemas.

“Naz, tadi kau makan tengahari dengan Sue kan?” Tanya Erman pula.

“Tak. Saya tak jumpa dia.”

“Kau tak jumpa dia tengahari tadi?”

“Saya pergi dekat kereta dia, tapi dia tak ada. Saya ingat dia tak jadi nak keluar makan tengahari, jadi saya keluar sorang-sorang bawa kereta. Tapi kenapa abang tanya saya tentang Suraya?” Nashriq mengerutkan dahinya. Mula terasa hairan.

“Naz, Suraya tak balik-balik ke rumah sejak petang tadi. Tengahari tadi aku ada call dia nak ajak makan, tapi dia tak jawab panggilan.” Beritahu Sachary dengan suara tersekat-sekat. Dia benar-benar bimbang dengan keselamatan Suraya.

“Kau tak cari dia di rumah kawannya?”

“Sudah. Semua kawannya aku hubungi tapi tak ada seorang pun tahu mana dia pergi. Lepas maghrib tadi aku ke Mega Timur, kemudian aku jumpa abang Erman. Kami jumpa kereta Suraya masih di tempat parking. Kami juga geledah semua tempat di Mega Timur tapi juga tak jumpa dia. Yang kami jumpa hanyalah telefon bimbit Sue tercampak di bawah kereta.” Cerita Sachary cemas.

Nashriq terdiam. Kata-kata Sachary mengungkit rasa bimbangnya yang mula bercambah. Mana Suraya pergi agaknya!

“Sekarang belum cukup 24 jam, kita tak boleh report polis sebarangan.” Keluh Erman turut susah hati.

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah Suraya diculik?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience