Rate

Chapter 68

Romance Completed 26118

Bab 68

Bustaman mengangkat kepalanya sebaik melihat Duha Maisara melangkah masuk. Terkejut Duha Maisara melihat wajah ayahnya yang lebam-lebam.

“Ayah? Kenapa dengan muka ayah ni?” Soal Duha Maisara bertubi-tubi. Cemas melihat kesan-kesan luka di wajah itu. Apakah lelaki itu dipukul orang?

“Duha, kamu ada bawa duit tu?” Soal Bustaman cemas.

Duha Maisara tergamam. Dia tunduk. Tak sanggup bertentang mata dengan lelaki itu.

“Duha, aku tanya kamu bawa ke tidak duit tu?’ Suara Bustaman mulai meninggi.

“Maaf ayah, Duha dah cuba sedaya upaya Duha. Tapi Duha cuma berjaya kumpul sepuluh ribu sahaja.” Ujarnya serba salah. Bustaman tergaman. Sesekali dengusannya terdengar kasar.

“Kamu memang suka tengok ayah mati kan Duha?” Tuduh Bustaman.

“Tak ayah. Duha tak pernah berniat macam tu. Mungkin kalau ayah bagi Duha sedikit masa, Duha boleh dapatkan duit tu.” Sahut Duha Maisara.

“Masa? Kalau masa tu ada, dah lama aku bagi kamu Duha.” Bustaman bersuara cemas. Dia termenung panjang. Ugutan Black jelas terdengar di telinganya. Lama mata Bustaman mencuri pandang ke wajah Duha Maisara. Sanggupkah kau serahkan anak itu pada Black, sedangkan selama ini dia yang sering menemani kamu? Sanggupkah kau? Tidak! Bustaman menggelengkan kepala berkali-kali. Dia segera membuang rancangan buruk yang bermain di kepalanya. Sejahat-jahat dia, dia tidak sanggup merosakkan gadis itu. Meskipun Duha Maisara bukan darah dagingnya, tapi gadis itu sudah lama di rumahnya. Setiap masa gadis itu memanggilnya ayah, mana mungkin dia serahkan Duha Maisara begitu saja pada Black.

“Ayah, kenapa ni?” Tanya Duha Maisara resah.

Mata Bustaman tiba-tiba mencerlung tajam ke arah Duha Maisara. Dia memegang bahu gadis itu erat. “Duha, dengar cakap aku. Kamu kena pergi dari sini segera. Lari sejauh yang boleh. Jangan balik ke rumah kita atau balik ke apartment Zafran. Pergi dan jangan kembali lagi.” Ucap Bustaman tiba-tiba.

Duha Maisara tersentak. Kata-kata lelaki itu membuatkan darahnya menyirap. Apa maksud lelaki itu. Dia harus pergi ke mana?

“Ayah, Duha tak faham.”

“Tak perlu kamu faham, aku cuma mahu kamu pergi. Pergi sejauh yang boleh.”

“Tak mahu. Ayah tak boleh paksa Duha pergi. Duha dah tak ada sesiapa lagi selain ayah dengan abang Zafran. Duha sayangkan ayah.” Bisik Duha Maisara. Bustaman tergaman. Airmata gadis itu membuatkan dia serba-salah. Duha, maafkan ayah! Ayah bersalah pada kamu.

Bustaman mengetapkan bibirnya. Sepantas kilat dia bangun lalu menarik tangan Duha Maisara ke muka pintu. “Kamu tak faham bahasa ke? Aku kata pergi…pergi!” Herdik Bustaman. Tangisan Duha Maisara semakin kuat. Hatinya turut sayu, tapi demi gadis itu dia terpaksa bertindak kejam. Jika tidak, Zafran pasti akan menyalahkannya.

“Kenapa ayah buat Duha macam ni. Duha janji dengan ayah yang Duha akan cari duit tu. Tapi ayah jangan halau Duha pergi. Duha tak boleh ke mana-mana lagi,” Tangis Duha Maisara. Bustaman membuka pintu seluas-luasnya. Tubuh Duha Maisara ditolak kasar.

Tubuh Duha Maisara melayang lalu tersembam ke dada seseorang. Dia mengangkat mukanya. Terkejut. Matanya bertemu dengan sepasang mata yang merenung tajam ke arahnya. Entah kenapa hatinya bergetaran. Renungan lelaki itu menyapa matanya yang masih basah.

“Pergi Duha, aku kata pergi sekarang juga.” Jerit Bustaman bagaikan hilang akal. Duha Maisara memandang ayahnya. Dia tidak faham kenapa lelaki itu mendera perasaannya begitu.

Bunyi derap sepatu kedengaran semakin hampir. Mami Jun muncul dengan wajah resah. “Bustaman, orang-orang Black ada di Blue Ocean sekarang. Mereka mencari Duha.” Beritahu Mami Jun.

Duha Maisara tersentak. Dia memandang ayahnya. “Kenapa mereka mencari Duha ayah? Kenapa?” Soalnya bertalu-talu. Dia inginkan penjelasan, inginkan kepastian.

“Sebab kata Black, kalau aku tak dapat langsaikan hutang malam ni, mereka akan ambil kamu Duha. Sebab tu aku suruh kamu pergi, sembunyi buat sementara waktu. Jangan balik ke rumah Zafran dan jangan jumpa Zafran. Mereka tak kenal Zafran, mereka cuma cam kamu seorang.” Jelas Bustaman serba-salah.

Lidah Duha Maisara kelu mendengar penjelasan Bustaman. Tubuhnya tiba-tiba lemah. Dia hampir terjatuh, jika sahaja tidak disambut oleh tangan lelaki di sampingnya.

“Dah tak ada masa, Duha kena pergi sekarang. Encik, tolong bawa Duha pergi dari sini,” pinta Mami Jun. Nashriq tergaman. Namun melihat situasi kalut yang berlaku di hadapannya, dia segera mengheret gadis itu keluar dari situ.

“Ikut pintu belakang.” Suruh Mami Jun sambil menunjukkan ke suatu arah. Bustaman hanya mampu memerhatikan Duha Maisara dibawa pergi oleh lelaki yang tak dikenalinya.

“Kau pun kena pergi Bustaman. Jangan buat kecoh di tempat ni, nanti kalau bos tahu, teruk kau kena.” Ujar Mami Jun. Bustaman mengangguk.

...bersambung

Bab akan datang:

Kemana Duha dan Black akan melarikan diri daripada Black?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience