Rate

Chapter 34

Romance Completed 26118

BAB 34

Suraya tergaman. Kata-kata Nashriq lancang, menyakitkan telinganya. Dia merentap lengannya dari tangan lelaki itu.

“Kalau I mati sekalipun, I takkan susahkan you lagi.”

“You ni degil, you tau tak!” Keluh Nashriq. Pantas tangannya menarik tubuh Suraya sebelum ditolak masuk ke dalam kereta. Agak kasar. Suraya tergaman diperlakukan begitu. Selama hidupnya, belum pernah ada lelaki yang berani memperlakukan dirinya seperti itu. Namun melihatkan wajah Nashriq yang semakin serius, Suraya membatukan dirinya. Tidak lagi berani bertindak melulu.

******

“Latifah seperti sedang merencanakan sesuatu, you tak rasa macam tu sayang?” Tanya Engku Zarina dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Namun suaminya buat endah tak endah. Mata lelaki itu merenung jauh bagaikan memikirkan sesuatu.

“Bi, you dengar tak I cakap apa ni?’ Engku Zarina menepuk paha suaminya. Terkejut lelaki itu diperlakukan begitu. Dia memandang isterinya dengan dahi berkerut.

“Apa you cakap tadi?”

“I kata adik you tu seperti tengah merancang sesuatu.”

Dahi Engku Iskandar berkerut. Dia tidak mengerti maksud isterinya. Rancangan apa?

“You tak nampak bagaimana mesranya dia dengan Dato’ Mustadza tadi?” Engku Zarina senyum.

“Maksud you?”

“Bi, Dato’ Mustadza tu kan periuk emas Mega Timur. You tak nampak bagaimana Latifah sibuk suruh Nashriq hantar Suraya tu balik tadi? Macam ada niat lain aje. I rasa dalam kepala Latifah sekarang tentu sedang sibuk merencanakan majlis pertunangan antara Nashriq dan Suraya.”

Engku Iskandar terdiam. Benarkah begitu. Dia sendiri tidak perasan sebenarnya apa yang berlaku tadi, kerana dia sibuk mengawasi kelibat Nashriq dari jauh. Tapi kalau begitu, tentu lagi sukar dia mahu mendapatkan Mega Timur. Aku tak boleh biarkan Nashriq bersatu dengan keluarga Dato’ Mustadza dan mendapat sokongan Pacific Global. Tak boleh!

******

Dahi Nashriq berkerut sewaktu membelek dokumen-dokumen yang baru dibawa masuk oleh Erman sebentar tadi. Dia sendiri terkejut apabila membaca dokumen tersebut. Sukar dia mahu percaya dengan apa yang baru disaksikannya.

Matanya menatap Erman yang membatu sedari tadi.

“Abang baru dapat tahu bila ke pejabat peguam. Pejabat CK Tan yang uruskan hal ni. Abang rasa, ia ada kena mengena dengan Puan Engku.” Ujar Erman.

Nashriq mengetapkan bibirnya. Hujung fail diramas sekuat hati. Entah kenapa, dia naik baran setelah mengetahui hal itu. Tak disangkanya uminya sanggup berlaku kejam begitu.

“Bila tapak rumah tu dijual?”

“Setahun selepas Munif meninggal dunia. Pembelinya adalah Ketua Operasi Pemasaran di A&K Corporation, Reyna Tan.”

“A&K Corporation? Macam pernah dengar.”

“Ia sebuah syarikat usaha dagang Singapura yang berpengkalan di Malaysia. Mega Timur pernah bekerjasama dengan syarikat ini beberapa tahun dahulu.Pemiliknya kalau tak salah seorang wanita Cina bernama Estella Wong.” Jelas Erman.

“Aneh! Kenapa syarikat A&K Corporation berminat dengan tapak rumah yang hanya seluas 1 ekar. Apa yang mereka buat dengan tapak rumah tu sekarang?” Soal Nashriq, benar-benar ingin tahu.

“Tak ada apa-apa. Dibiarkan sahaja tanah tu kosong sehingga naik semak.”

Nashriq terdiam. Dia sendiri sudah maklum dengan keadaan sekitar rumah itu yang tidak terurus. Habis kalau tidak mempunyai rancangan, untuk apa dibeli? Nashriq merasakan seperti ada yang tidak kena dengan pembelian tanah milik ayahnya yang diserahkan kepada Munif sekeluarga. Ini akan menyukarkan lagi dia mencari Raihana dan ibunya.

“Abang, boleh abang kesan di mana kubur pakcik Munif?” Ujar Nashriq perlahan. Erman terdiam. Terkejut juga dia mendengar permintaan lelaki itu. Untuk apa agaknya dia mahu tahu?

“Sebelum dia meninggal, dia menulis wasiat supaya dikebumikan di Kampung Telaga Pandak. Kau pernah ke kampung Telaga Pandak kan?” Erman merenung lelaki itu.

Nashriq mengangguk. Sudah lama dia tidak mendengar nama kampung itu disebut. Kampung itu adalah tanah kelahiran Munif. Mungkinkah Raihana dan ibunya ada di sana?

“Siapa yang uruskan pengebumian pakcik Munif?”

“Guess who? Kau takkan percaya.”

Dahi Nashriq berkerut. Kata-kata Erman seolah mengajaknya berteka-teki.

“Siapa?”

“Asri. Asri Ikram.”

Nashriq tercengang. Abang sulung ayahnya yang suka merantau itukah? Tak mungkin, lelaki itu berperangai agak gila-gila dan kurang disukai oleh uminya sejak dulu. Malah seingatnya, sejak dia kecil, baru dua kali dia bertemu lelaki itu. Itupun kedua-dua pertemuan tak sampai pun 10 minit. Lelaki itu seperti angin. Sekejap muncul sekejap hilang.

“Apa hubungan pakcik Asri dengan pakcik Munif? Setahu saya, pakcik Munif tak pernah jumpa dengan pakcik Asri.”

“Tapi menurut maklumat yang abang dapat, sejak Tuan Zainal meninggal dan Munif dipenjarakan, satu-satunya orang yang kerap melawat Munif adalah Asri Ikram. Tentu ada sesuatu yang kita tak tahu Naz.”

Nashriq terpinga-pinga. Mungkin juga kata-kata Erman ada benarnya. Jika hubungan antara Munif dan pakciknya begitu erat, sudah pasti lelaki itu juga tahu di mana Raihana dan ibunya berada.

...bersambung

Bab akan datang:

Siapakah Asri Ikram yang bermain difikiran Nashriq?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience