Rate

Chapter 129

Romance Completed 26118

Bab 129

Selesai bermesyuarat dengan pihak CIDB, Duha Maisara menghilangkan dirinya buat seketika dari kelompok eksekutif-eksekutif yang sedang menghadap jamuan ringan. Dia ingin mencari telefon awam sebenarnya. Apabila melihat terdapat deretan telefon awam di bawah bangunan pejabat itu, bibir Duha Maisara menguntum senyuman lega.

Nombor telefon Zafran lekas didail. Lama dia mencuba, namun panggilannya tidak bersambut. Perlahan-lahan Duha Maisara meletak kembali gagang telefon ke tempat asalnya. Dia mengeluh. Mana Zafran pergi? Sedang sibuk bertugaskah?

Nashriq yang menyedari kehilangan Duha Maisara segera mencari kelibat gadis itu. Dari jauh dia terpandang sesusuk tubuh tinggi lampai berdiri di hadapan pondok telefon awam. Bibir Nashriq melemparkan senyum tanpa sedar. Dia baru berkira-kira hendak melangkah ke arah Duha Maisara, apabila pandangannya terganggu oleh beberapa susuk tubuh yang melintasinya. Nashriq mengerutkan dahinya. Entah kenapa dia bagaikan kenal dua wanita yang sedang melangkah beriringan sambil ditemani seorang lelaki berusia awal 30an.

Apabila salah seorang wanita yang bercermin mata itu tiba-tiba berpaling ke arahnya, Nashriq terpaku. Dia rupanya! Langkah wanita itu turut terhenti. Matanya juga memandang ke arah Nashriq yang tercegat kaku.

* * * *

“Apa you buat di sini?” Soal Estella seraya memandang anak muda di hadapannya. Nashriq hanya tersenyum. Lama matanya ditala ke arah Estella.

“I ada mesyuarat penilaian dengan CIDB. You pulak?”

“Nothing much, cuma sedikit masalah berhubung salah satu projek syarikat I.”

Nashriq terdiam. Sesekali matanya memandang ke arah Reyna Tan yang senyap sahaja di samping Estella. Mata wanita itu sedang tertumpu ke arah Duha Maisara yang turut diam.

“I dengar syarikat you pun nak turut serta membida geran tanah di Permatang tu. You nak buat projek apa selepas ni?” Tanya Nashriq selamba.

“Macam-macam.”

“I harap yang illegal.” Nashriq tersenyum. Estella terdiam. Reyna di sebelahnya mengetapkan bibirnya. Budak ni memang berani!

“What makes you think that I’ll run unillegal project?” Estella kelihatan tenang.

Nashriq mengangkat bahunya. “I bergurau saja Cik Estella. Of course bussinesswoman berkaliber macam you takkan terlibat dengan kerja-kerja haram kan. Tapi I akan pastikan tanah itu akan jatuh pada Mega Timur Contruction.”

“You look confident.” Ujar Estella sambil menatap mata yang bersinar-sinar itu.

“Truly I am.”

“Jaga-jaga Encik Nashriq, kadang-kadang keyakinan seseorang itulah yang boleh menjatuhkannya.”

“I don’t think so Cik Estella. My father has taught me a lot. Katanya keyakinan adalah kekuatan bukannya kelemahan.”

Estella terdiam. Matanya bertembung pandang dengan sepasang mata yang merenung tajam ke arahnya. Entah kenapa, kata-kata Nashriq membuatkan hatinya tidak senang.

“You nampaknya memang anak ayah you.” Ucap Estella.

“Well as they said, like father like son. And I’m proud to be the one who carry on his name.” Jawab Nashriq.

Estella mengetapkan bibirnya. Entah mengapa, semakin lama dia mendengar kata-kata sinis Nashriq, semakin dia tidak tahan.

“You kena serah baby ni pada Zainal, sis.” Permintaan Zoey itu benar-benar tertunai kini, tapi meninggalkan luka dendam yang tersemat dalam hatinya. Meskipun Zoey tidak pernah menyatakan yang sebenarnya, namun dia yakin Nashriq memang anak Zainal Ikram. Jika tidak mustahil Zoey beria-ria mahu anak itu berada di tangan Zainal. Malah lelaki itu juga tidak sabar-sabar mahu mengambil Nashriq dari hospital, sejurus tahu Zoey telah meninggal.

Lama mata Estella memerhatikan wajah tampan di hadapannya itu. Raut wajah Nashriq langsung tidak nampak ciri-ciri anak perempuan Cina. Matanya juga sederhana tidak terlalu besar atau sepet seperti kebanyakan kanak-kanak yang ibunya berbangsa Cina. Mungkin kerana Zoey dan dia sendiri adalah anak-anak kacukan. Ibunya Jennifer berbangsa Inggeris berasal dari Birmingham, England.

“Kenapa you diam?” Suara Nashriq menganggu lamunannya. Dia hanya menggeleng.

“Tak ada apa-apa, I cuma fikirkan macam mana nak kalahkan you nanti.”

Nashriq tertawa kecil. Dia mengerling Duha Maisara di sebelahnya yang termenung panjang. “Duha…” panggil Nashriq. Duha Maisara seolah tidak mendengar. Nashriq menyiku lengan gadis itu membuatkan Duha Maisara terpinga-pinga.

“Habiskan minuman, kita dah nak balik,” bisik Nashriq. Estella hanya memerhatikan gelagat keduanya. Wajah gadis di sisi Nashriq dipandang lama. Siapa dia? Orangnya kelihatan manis, biarpun wajahnya tampak muram.

“Cik Duha nampak rungsing, ada apa-apa yang tak kena?” Tiba-tiba Reyna menegur gadis itu. Duha Maisara tergamam. Pantas kepalanya digelengkan. Dia memandang Nashriq yang turut menatap ke arahnya.

“Saya tak apa-apa.”

“Saya dengar suara Cik Duha merdu, pandai menyanyi apa sahaja lagu.” Ujar Reyna membuatkan Duha Maisara dan Nashriq tersentak. Mata Duha Maisara menuju ke wajah wanita yang sedang asyik memandangnya. Dia mulai gugup. Siapa wanita itu?

...bersambung

Bab akan datang:

Berjayakah Estella mendapatkan geran tanah di Permatang itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience