Rate

Chapter 208

Romance Completed 26118

Bab 208

Dia ingin melangkah masuk, namun keadaan wanita itu tidak mengizinkan dia menziarah. Menurut jururawat, peluru di tubuh wanita itu baru sahaja dikeluarkan. Keadaan Estella masih lemah dan perlu diletakkan di bawah unit jagaan rapi. Seorang polis berpakaian seragam diletakkan mengawal di pintu masuk wad.

“Dia akan selamat, jangan bimbang.” Suatu suara mencelah tumpuannya. Dia segera berpaling. Wajah Asri tenang memandang ke arahnya. Nashriq tidak bersuara. Dia melihat mata Asri merenung ke arah tubuh yang dililiti wayar itu. Apabila pandangan lelaki itu beralih arah, Nashriq tidak dapat menahan sabarnya.

“Apa hubungan pakcik dengan Estella Wong? Macamana pakcik boleh ada dekat tempat tu semalam?” Soal Nashriq ingin tahu.

Asri tersenyum. “ASP Baharin dengan pakcik kawan lama.”

“Itu bukan maksud saya.” Pintas Nashriq pantas. Asri terdiam. Dia tahu apa yang mahu ditanyakan oleh anak muda itu sebenarnya.

“I know who are they, if there is what you mean.” Ujar Asri selamba.

Nashriq tergaman. Gerak geri lelaki itu begitu terus terang. “Bagaimana pakcik tahu tentang Suraya?”

“Kebetulan kami memang mengekori orang-orang itu. Suraya hanya kebetulan terbabit di tengah-tengah. Itu sahaja.” Jawab Asri. Nashriq mengerutkan dahinya. Betulkah hanya kebetulan? Entah kenapa dia meragui kata-kata akhir lelaki itu. Tak mungkin!

Namun pertanyaannya tidak jadi dilanjutkan apabila dia terpandang kelibat Jason dengan ASP Baharin sedang bercakap-cakap. Anehnya dia melihat Jason seperti tunduk hormat ke arah ASP Baharin.

“Itu Inspektor Jason Low dari Unit Gerak Khas. Dia dah lama mengintip gerak geri kumpulan yang diketuai oleh Albert Wong. Dia yang bagi information untuk serbuan malam semalam. Pihak polis dah lama memburu ketua kumpulan.Black Parade. Estella Wong is one of them.” Ujar Asri.

Nashriq tergaman. Matanya terus tertumpu pada Jason yang berpaling memandangnya. Lelaki itu melangkah menuju ke arahnya.

“Encik Nashriq, boleh kita berbicara sebentar?” Pinta Jason.

Asri bagaikan tahu dirinya tidak diperlukan, segera beredar dari situ. Mata Jason beralih memandang Estella yang terbaring lemah di katil hospital. Seketika kemudian, dia mengalihkan perhatiannya ke arah Nashriq yang masih menanti butir bicara yang mahu diucapkannya.

“Encik Nashriq dah tahu siapa saya bukan?” Mata lelaki itu merenung Nashriq.

Nashriq hanya diam.

“Saya Inspektor Jason Low. Dah hampir dua tahun saya mengintip di A&K Corporation. Semuanya diatur untuk melumpuhkan pergerakan Black Parade yang aktif kembali di bawah pengaruh Albert Wong, pakcik Estella. Selama ini kami tiada bukti yang cukup untuk mendakwa mereka. Dan semalam adalah masa yang paling sesuai untuk menangkap Albert dan Reyna dengan tuduhan menculik Cik Suraya. Malangnya mereka berjaya melepaskan diri.”

“Saya tak pernah tahu tentang kewujudan Black Parade selama ini.” Akui Nashriq.

“Black Parade adalah sebuah persatuan gelap yang diketuai oleh keluarga Wong yang berasal dari Singapura. Antara keluarga yang paling ditakuti di Singapura pada awal 70an lagi. Estella sepatutnya adalah pewaris persatuan ini selepas kematian ayahnya Steven Wong, tapi entah apa silapnya dia hanya pemimpin pada nama. Hakikatnya Albert Wong menguasai segala-galanya termasuklah syarikat A&K Corporation.” Jelas Jason. Nashriq tergaman mendengar kata-kata lelaki itu.

“Kenapa inspektor ceritakan semua ini pada saya?” Soalnya.

Jason hanya tersenyum. Dia membuka briefcase di tangannya lalu mengeluarkan sepucuk sampul surat. Sampul surat itu diserahkan kepada Nashriq. Anak muda itu kelihatan ragu-ragu mahu mencapai sampul surat di tangan Jason.

“Apa ni?”

“Encik Nashriq tengoklah dulu.”

Mahu tak mahu Nashriq segera membuka sampul surat itu. Beberapa helaian kertas dikeluarkan dari dalam sampul surat. Mata Nashriq tertumpu pada catatan yang terdapat kertas. Beberapa saat kemudian, mata Nashriq membulat, hampir tidak percaya. Dia memandang Jason.

“Saya tak faham. Apa semua ni? Dan macam mana geran Vila Kecil ni boleh ada di tangan Inspektor?’

“Estella yang minta saya uruskan tentang Vila Kecil ni. Kami beli secara rahsia dari Reyna Tan. Saya percaya geran ini mahu diserahkan kepada Encik Nashriq. Ini permintaan Estella sendiri.”

Nashriq terduduk lemah. Dia masih tidak percaya. “Kenapa dia bersusah payah buat semua ini?’ Keluh Nashriq. Jason memegang bahu Nashriq perlahan.

“Estella memang sayang dan ambil berat fasal Encik Nashriq.”

“Sayang?” Nashriq mengerutkan dahinya. Hairan dengan kata-kata Jason.

“Sebenarnya ada sesuatu yang Encik Nashriq perlu tahu tentang Estella. Malah Encik Asri juga tahu tentang hal ini. Saya rasa hal seperti ini, biarlah datangnya dari mulut Encik Asri sendiri. Saya minta diri dulu.” Ujar Jason.

Nashriq terus terpaku. Dia memandang kelibat Jason yang menuju ke arah ASP Baharin yang sedang rancak berbual dengan pakciknya Asri.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah rahsia yang disimpan selama ini tentang Nashriq?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience