Rate

Chapter 219

Romance Completed 26118

Bab 219

Estella terdiam. Kata-kata Jason entah mengapa membuatkan dia rasa bahagia tiba-tiba. Selama ini dia masih mencari-cari arah cintanya. Namun kehadiran Jason membuka hatinya semula.

* * * *

Dia memandu meredah keheningan remang senja yang kian berlabuh. Destinasi yang dituju masih jauh. Namun dengan kelajuan 130km/j kereta yang dipandunya meluncur laju di jalanan. Setiap kereta yang dilewati dipintas dengan berhati-hati. Dia ingin cepat sampai, namun dalam masa yang sama, dia juga tidak mahu hilang nyawa sebelum bertemu seseorang. Semuanya kerana panggilan yang diterimanya petang tadi.

“Encik Nashriq ya, ini Pak Abu dari Kampung Telaga Pandak. Hari tu encik ada pesan suruh beritahu encik kalau gadis tempohari ada datang melawat ke pusara arwah Munif kan. Tengahari tadi dia ada datang. Dia bagi duit banyak pada pakcik, minta pakcik tolong gantikan nesan di pusara arwah Munif. Bila pak cik tanya, katanya dia anak arwah.” Kata-kata lelaki penjaga kubur di kampung Telaga Pandak itu tergiang-giang di telinganya. Itulah yang menyebabkan dia segera berkejar ke Telaga Pandak. Entah mengapa, dia yakin gadis yang dimaksudkan lelaki tua itu adalah Raihana.

“Selama ini umi tahu mana Hana pergi bukan? Kenapa umi tak beritahu Naz perkara sebenar? Kenapa Hana tiba-tiba boleh jadi anak ayah?” Berbagai persoalan diajukan kepada ibunya, namun satu pun tidak mampu dijawab oleh wanita separuh umur itu. Sikap membisu ibunya benar-benar mengecewakannya.

“Naz, jangan salahkan umi kamu. Dia pun baru tahu tentang Raihana.” Sampuk Pak Ciknya Asri yang entah sejak bila muncul di situ.

“Pak cik tentu tahu mana dia bukan. Beritahu saya di mana Hana tinggal. Saya teringin nak bertemu dia.”

“Pak cik pun mencari dia Naz. Dia beritahu pak cik yang dia tak mahu saham-saham Mega Timur. Dia tidak mahu ada sebarang kaitan dengan keluarga Zainal Ikram lagi. Dia mahu tinggalkan tempat ni. Dia nak pergi dari sini.” Ucap Asri.

“Saya bagaimana? Dia juga tidak sudi mahu bertemu dengan saya?” Wajahnya keruh merenung lelaki di hadapannya. Asri tidak menjawab. Wajahnya tampak muram.

Hana! Kenapa dalam tempoh ini Hana sentiasa melarikan diri dari abang. Tidakkah Hana tahu bagaimana hati abang sengsara kerana merindukan kehadiran Hana selama ini! Nashriq menarik nafas panjang. Kepiluan semakin menghuni hatinya.

“Maaf Encik Nashriq. Pak Abu dah halang dia dari balik, tapi katanya dia ada hal lain nak diuruskan.” Beritahu lelaki tua itu. Nashriq mengeluh hampa. Dia sepatutnya boleh mengagak gadis itu takkan lama di sesuatu tempat.

“Selain melawat pusara ayahnya, dia kemana lagi di sini Pak Abu?” Tanya Nashriq ingin tahu. Lelaki tua itu terdiam seperti memikirkan sesuatu. Lama kemudian, matanya dialihkan ke arah Nashriq yang sedang menanti jawapan.

“Kalau tak salah, dia ke rumah lama arwah Munif. Encik Nashriq nak Pak Abu tunjukkan?” Pelawa orang tua itu.

“Tak apalah Pak Abu, saya tahu rumah tu. Dulu masa kecil saya pernah ikut Pak Cik Munif balik ke mari.” Jawab Nashriq jujur.

Sepeninggalan orang tua itu, Nashriq segera memandu dalam kawasan kampung Telaga Pandak. Dia menghalakan keretanya ke suatu simpang. Penat juga dia cuba mengingati arah rumah itu, apatah lagi sukar untuknya mengecam arah di dalam kepekatan malam.

Tidak lama kemudian, sebuah rumah kampung yang sudah buruk dimakan usia jelas kelihatan di hadapan matanya. Dia meletakkan keretanya di bawah sebatang pokok yang agak redup sebelum melangkah turun. Langkahnya diatur menuju ke arah rumah setingkat tidak bertangga itu.

Perlahan-lahan Nashriq menolak daun pintu yang jelasnya tidak berkunci. Mungkin pintunya sudah rosak kerana engselnya sudah hampir tertanggal. Dia segera meraba-raba suis di belakang pintu. Dada Nashriq lega kerana elektrik tetap ada, meskipun dia diterpa rasa hairan tiba-tiba. Bukankah rumah ini rumah yang sudah lama ditinggalkan. Bagaimana pula tiba-tiba boleh ada sambungan elektrik?

Liar matanya mengawasi sekeliling ruang rumah itu yang nampak bersih dan kemas, meskipun tanpa perabot. Anehnya rumah itu seolah-olah seperti sengaja dibersihkan. Malah langsir yang menutup tirai jendela itu juga seperti masih baru. Tapi siapa yang datang membersihkannya? Raihanakah? Nashriq meneka dalam kesamaran.

Dia melangkah perlahan menuju ke sebuah bilik. Lampu di bilik itu dipasangkan. Namun sebaik dia menolak daun pintu itu luas-luas, darah Nashriq menyirap. Dua buah beg pakaian terletak di hujung katil. Dia pantas menuju ke arah beg-beg tersebut. Semuanya pakaian perempuan, bisik hati kecil Nashriq.

Namun sebaik dia mengangkat salah sebuah beg yang agak kecil, seutas rantai terjatuh di kakinya. Nashriq terpegun. Bulat matanya memandang rantai putih bertatah ‘saphire’ berwarna oren kemerahan itu. Serta-merta wajah Duha Maisara terbayang di ruang matanya.

...bersambung

Bab akan datang:

Dimanakah Duha sebenarnya? Adakah sangkaan Nahshriq selama ini benar?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience