Rate

Chapter 76

Romance Completed 26118

Bab 76

“I tak peduli apa rahsia yang you dan Albert sembunyikan. I cuma mahukan hak I ke atas Mega Timur. Kalau you masih tak buat apa-apa tentang hal ini, jangan salahkan I kalau I jumpa Estella dan pihak press sekali. Biar mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku dua belas tahun dahulu.” Ugut Engku Iskandar nekad.

Dia memandang wanita itu yang hanya diam, sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut. Puas hatinya dapat menuturkan kata-kata itu. Selama ini dia hanya menjadi bayang-bayang Reyna. Semua tindakan datangnya dari arahan wanita itu. Dia sudah bosan. Lagipun imbuhan yang didapatinya dari tugasnya malam itu tidak seperti apa yang dimahukannya selama ini.

Sejak dulu dia sudah mengidamkan kekayaan Zainal Ikram, adik iparnya. Kerana Reyna, dia sanggup melakukan perbuatan keji. Tapi apa yang dia dapat.? Dua belas tahun lamanya dia menanti Mega Timur jatuh ke tangannya. Namun daripada membantunya mendapatkan Mega Timur, Reyna sebaiknya menjalankan urusniaga pula dengan syarikat itu sehingga kini berkembang kukuh selepas kematian Zainal Ikram. Dia benar-benar tidak faham prinsip wanita itu. Bukankah selama ini dia begitu membenci Zainal Ikram?

“Opps maaf,” ucap gadis itu seraya bergegas pergi. Engku Iskandar terhenti seketika. Bulat matanya memandang gadis yang baru melanggarnya sebentar tadi. Dia menahan seorang lelaki pekerja kelab itu.

“Siapa perempuan tadi?” Soal Engku Iskandar ingin tahu.

Lelaki itu memandang ke arah kelibat gadis yang dimaksudkan oleh Engku Iskandar.

“Itu Duha Maisara, penyanyi di kelab ni.” Ujar lelaki itu.

Engku Iskandar terdiam. Duha Maisara? Engku Iskandar terus memandang gadis yang sedang berbual dengan seorang wanita dengan wajah cemas. Wajah gadis itu seperti pernah dilihatnya sebelum ini. Di mana ya? Dia tiba-tiba teringat gadis yang sama juga pernah hampir bertembung dengannya dan Reyna beberapa minggu yang lalu. Engku Iskandar tersenyum. Lama matanya memerhatikan raut wajah itu. Hmm..manis juga orangnya! Bisik hatinya nakal.

* * * *

“Tolonglah mami, Duha cuma nak tahu di mana ayah sembunyi sekarang ni?” Rayu Duha Maisara resah. Sudah berulangkali dia merayu wanita itu, tapi Mami Jun tetap bertegas dengannya.

“Bukan mami tak nak beritahu, tapi Bustaman pesan dengan mami jangan beritahu di mana dia berada. Maafkan mami Duha, ini janji mami dengan ayah Duha. Lagipun mami tahu, dia buat begini sebab tidak mahu Black dan orang-orangnya jumpa dia. Lagipun kedatangan Duha ke mari pun boleh mengundang bahaya. Orang-orang Black boleh muncul bila-bila masa.” Ujar Mami Jun.

“Duha bimbangkan ayah, mami.”

“Jangan risau, Bustaman tu pandai bersembunyi. Tapi yang mami risaukan ialah Duha. Oh ya, ayah Duha ada suruh mami serahkan sesuatu pada Duha. Sekejap mami ambilkan.” Ujar wanita itu seraya bergegas pergi.

Tak lama kemudian dia muncul semula dengan sebuah kotak kecil di tangannya. Kotak itu lantas diserahkan kepada Duha Maisara. “Dia ada datang jumpa mami secara sembunyi-sembunyi dua hari yang lalu. Dia minta mami serahkan pada Duha kotak ni. Dia juga minta mami beritahu Duha yang dia minta maaf banyak-banyak pada Duha. Katanya dia dah banyak menyusahkan Duha.” Beritahu Mami Jun.

Duha Maisara merenung kotak di tangannya. Tangannya perlahan-lahan membuka kotak kecil itu. Apabila dia menjenguk isi kotak itu, dia terpegun seketika. Oh tuhan!

“Cantik kalung tu.” Komen Mami Jun apabila melihat Duha Maisara menarik keluar seutas kalung bertatahkan batu permata ‘sapphire’ berwarna oren kemerahan. Ketika itu juga sekeping kertas terjatuh di kaki Duha Maisara. Dia tergaman. Pantas kertas kecil itu dikutip. Lipatan kertas itu dibuka sebelum dia mula membaca.

“Duha, maafkan ayah kerana terlalu banyak menyusahkan hidup Duha selama ini. Ayah tahu ayah bukan seorang ayah yang baik. Ayah sanggup memeras anak ayah sendiri dan membiarkan Duha hidup dalam derita. Meskipun ayah tak pernah melayan Duha dengan baik, tapi Duha tetap hormati ayah. Entah kenapa selama ini, ayah tak pernah menghargai ketulusan dan keikhlasan hati Duha pada ayah. Maafkan ayah Duha. Duha tentu terkejut melihat kalung ini kan. Ayah tidak tahu apakah Duha masih mengingati kalung ini. Tapi sewaktu ayah bawa Duha pulang dua belas tahun yang lalu, kalung ini ada di genggaman tangan Duha. Maafkan ayah kerana bertindak menyimpannya dalam diam-diam selama ini. Mngkin kalung ini boleh membantu memulihkan ingatan Duha, agar Duha ingat siapa Duha sebenarnya dan siapa ibubapa Duha. Hanya dengan cara ini sahaja ayah boleh membantu Duha buat kali terakhir. Mungkin selepas ini, kita takkan bertemu lagi. Ayah akan pergi jauh dari sini. Cuma apa yang ayah harapkan, Duha tolonglah ayah menjaga Zafran. Jangan biarkan dia tahu apa yang ayah dah buat selama ini. Ayah tak sanggup melihat dia membenci ayah selama-lamnya. Salam sayang ayah untuk kamu berdua. Jaga diri baik-baik. Ayah.”

Setitis airmata gugur jua di pipi Duha Maisara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience