Rate

Chapter 69

Romance Completed 26118

Bab 69

Dia segera bergegas ke suatu arah. Mami Jun menarik nafas berat. Dia sebenarnya risaukan keadaan Duha Maisara. Harap-harap lelaki itu mampu melindungi Duha, bisik Mami Jun.

******

Nashriq memandu laju tanpa sepatah suara. Duha Maisara di sisinya langsung tak dipandang. Matanya masih mengawasi jalan raya. Hanya sesekali deru nafas kedua-duanya kedengaran. Duha Maisara mulai resah. Entah kenapa dia merasakan dirinya seperti menyusahkan lelaki itu.

Sejak keluar dari Blue Ocean, belum sepatah perkataan pun keluar dari mulut lelaki itu. Mula-mula Duha Maisara mampu bersabar, tapi lama-kelamaan hatinya tidak sedap. “Hentikan kereta, saya nak turun,” pintanya. Namun lelaki itu endah tak endah terhadap kata-katanya. Wajahnya masih selamba memandu. Kata-kata Duha Maisara tidak meninggalkan sebarang reaksi.

“Awak tak dengar ke? Saya kata saya nak turun.” Suara Duha Maisara sedikit meninggi. Mata anak muda itu mengerling sepintas lalu ke arahnya.

“Jangan nak buat gila. Kau tak nampak ke kau kat mana sekarang? Kiri kanan jalan sunyi. Kalau aku tinggalkan kau kat sini, entah-entah sekejap saja kau dirogol orang. Kau nak begitu?” Keras kata-kata itu menyentuh gegendang telinganya. Duha Maisara mengetapkan bibirnya. Terasa geram dan marah sekaligus bertandang dalam dirinya.

“Saya tak minta awak tolong, saya mampu uruskan hal saya sendiri.” Ujar Duha Maisara seraya melontar pandangan ke luar jendela.

Nashriq tersenyum sinis. Degil juga dia ni. Langsung tak mahu mengaku yang sebenarnya dia memerlukan pertolongan aku. Perlahan-lahan Nashriq menjeling gadis itu. Duha Maisara memeluk tubuh seolah kedinginan. Tangan Nashriq meraba-raba jaket di tempat duduk belakang. Nasib baik jaket itu masih ada. Dia mencapai jaket berwarna krim itu seraya mencampakkannya ke arah Duha Maisara. Terkejut seketika Duha Maisara apabila mukanya terkena jaket tersebut.

“Pakai. Aku tak nak nanti kau mati kesejukan dalam kereta aku.” Sindir lelaki itu. Duha Maisara buat tidak kisah. Jaket itu dibiarkan sahaja di ribanya. Namun beberapa minit kemudian, dia sudah mula menyarung jaket itu ke tubuhnya. Aircond dari kereta itu benar-benar membuatkan tubuhnya mengigil. Nashriq tersenyum kecil melihatnya.

“Kenapa kau tak beritahu aku fasal ayah kau? Bukankah aku dah beritahu kau, kalau kau ada apa-apa masalah, telefon aku. Ini keadaan dah jadi semakin teruk, baru kau tahu.” Rungut Nashriq.

Duha Maisara terdiam. Namun mulutnya mencebik ke arah lelaki itu. Merepek apa dia ni? Suruh aku telefon tapi nombor pun tak ada di dalamnya. Gila ke apa! Bisik Duha Maisara separuh geram.

“Kenapa kau diam?” Mata Nashriq mencari wajah itu.

“Saya tak ada nombor telefon awak, macamana saya nak telefon.” Jawab Duha Maisara selamba. Giliran Nashriq terdiam. Dia termenung panjang. Mustahil, rasanya aku dah letak nombor telefon aku tempohari.

“Bagi aku telefon kau.” Pintanya. Mahu tak mahu Duha Maisara mengeluarkan telefon dari dalam saku begnya. Pantas telefon itu disambut oleh Nashriq. Tergaman Duha Maisara melihat tingkahlaku lelaki itu. Dia asyik memandang Nashriq yang sekejap memandang ke jalan raya, sekejap pula menekan telefonnya. Tiba-tiba lelaki itu tersenyum. Duha Maisara terkedu. Senyuman lelaki itu sekali lagi membuatkan hatinya bergetar. Apabila mata lelaki itu menuju ke arahnya, dia cepat-cepat melarikan anak matanya.

“Aku dah setting nombor aku dalam ‘fast dial’. Kalau kau tekan apa saja nombor di keypad kau tu, kau akan jumpa nombor telefon aku. Bodoh! Itu pun tak tahu,” gelak Nashriq seolah mempersendakan Duha Maisara. Anak gadis itu tergaman. Tak fasal-fasal dia mendapat gelaran bodoh malam itu.

Melihat Duha Maisara diam sahaja selepas itu, Nashriq serba salah. Marahkah dia kerana aku memanggilnya bodoh? Atau sememangnya fikirannya sedang memikirkan ayahnya?

“Kau nak aku bawa kau ke mana? Balik ke rumah?” Soal Nashriq ingin tahu. Dia sendiri hanya memandu mengikut hatinya sahaja. Langsung dia tidak terfikir ke mana patut dia bawa gadis itu.

Mendengar pertanyaan lelaki itu, Duha Maisara terdiam. Seperti Nashriq dia juga serba salah. Mahu kembali ke apartment Zafran, dia bimbang jika konco-konco Black sudah menantinya di situ. Tapi selain dari itu, dia sudah tidak ada tempat lagi untuk dituju. Nashriq dalam diam-diam memandang gadis itu. Dia tahu apa yang sedang difikirkan oleh Duha Maisara. Sudah pasti anak gadis itu bingung memikirkan ke mana dia harus pergi. Lagipun hari sudah jauh malam. Bagaimana dengan aku? Ke mana patut aku bawa dia?

******

Terkejut Duha Maisara apabila Nashriq membawanya ke sebuah apartment. Sewaktu lelaki itu membuka pintu dengan kunci dari poket seluarnya, dia mengundur setapak ke belakang. Hatinya mulai ragu-ragu. Patutkah dia seorang anak gadis bermalam di rumah itu?

...bersambung

Bab akan datang:

Apartment siapakah yang dibawa Nashriq?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience