Rate

Chapter 209

Romance Completed 26118

Bab 209

Apabila mata Asri mengerling ke arahnya, Nashriq kian ragu-ragu. Apakah sebenarnya rahsia yang lelaki itu tahu tentangnya? Dia kembali memandang ke arah Estella. Mata wanita itu terpejam rapat. Hati Nashriq kian gusar melihat wanita itu. Entah kenapa….

******

“Kita kena lari dari sini Is, polis tengah buru semua ahli-ahli persatuan kita. Aku dengar Albert nyaris-nyaris tertangkap.” Desak Robert.

“Aku tak mahu lari. Lagipun polis tak ada bukti nak libatkan aku dengan Black Parade. Selagi aku tak dapatkan Mega Timur, aku tak mahu lari.”

“Kau gila ke Is?”

“Ya memang aku gila. Gila kalau aku tinggalkan semua yang aku ada sekarang ni. Jangan bising lagi Robert. Kau dah buat apa yang aku suruh?”

“Dengan polis sibuk mencari aku? Kau nak aku mampus?” Robert membeliakkan matanya. Engku Iskandar mendengus.

“Tak guna betul kau ni. Dulu kau janji dengan aku kerja ni akan beres. Mana janji kau? Aku cuma suruh kau culik dia dan bawa dia ke tempat aku, itu saja.” Bentak Engku Iskandar.

“Dengan polis di depan dan belakang aku? Aku tak mahu dipenjarakan Is. Kalau kau nak culik dia, kau buatlah sendiri. Aku tak mahu terlibat lagi.” Balas Robert seraya melangkah pergi. Engku Iskandar mengetapkan bibir. Geram. Pengecut!

“Bi, mana you pergi ni? Kenapa polis datang rumah cari you?” Suara Engku Zarina kedengaran cemas. Dia terkedu seketika. Kata-kata wanita itu mengundang resahnya. Betulkah polis sedang mencarinya?

******

Nashriq merenung kertas putih di tangannya berkali-kali. Sukar dia mahu percaya bahawa geran Vila Kecil itu kembali semula ke tangannya setelah sekian lama. Namun kertas-kertas putih itu tidak mampu membuatkan dia tersenyum lagi. Tidak lagi apabila dia teringatkan kata-kata Asri tadi. Dia tidak mahu percaya, anehnya hatinya seperti tidak dapat menyangkal bahawa dia bukan anak kandung Zainal Ikram.

“Jika saya bukan anak kandung ayah, then who I am?”

“Kamu anak kandung Zoey Wong, adik Estella Wong. Ayah kamu bernama Kamarul, teman baik kepada Zainal. Inilah kenyataannya Naz, samaada kamu suka atau tidak.” Ucap Asri berterus terang. Sudah sampai masanya lelaki itu tahu segala-galanya.

“Umi tahu tentang hal ni?” Soal Nashriq tegang.

Asri mengangguk. Wajah Nashriq berubah.

“Umi kamu hanya tahu yang kamu adalah anak angkatnya, tapi dia tidak tahu latar belakang kamu yang sebenar.” Ujar Asri berterus terang.

“Jadi selama ini saya hidup dalam penipuan? Saya sangkakan selama ini saya anak Zainal Ikram sedangkan saya cucu kumpulan kongsi gelap.”

“Naz, tolong jangan cakap macam tu. Kami semua sayangkan kamu. Terutama ayah dan umi kamu. Umi kamu pun baru tahu hal ni. Selama ini dia sangkakan kamu hanya seorang anak terbiar yang dibawa pulang oleh Zainal 27 tahun yang lalu. Jangan salahkan dia.”

“Saya tiada hak untuk menyalahkan sesiapa, pakcik. Selama ini saya bangga jadi anak Zainal Ikram, keturunan Zainal Ikram. Tapi rupa-rupanya…” Kata-kata Nashriq terhenti begitu sahaja. Dia benar-benar kecewa kali ini.

“Apa pun Estella adalah satu-satunya keluarga kamu Naz. Dia saudara kamu.”

Saudara? Apa ertinya itu semua kalau kenyataan ini terlalu berat untuk ditelan. Dalam sekelip mata, kenangan bersama ayahnya dulu punah dan hilang entah ke mana.

Mata Nashriq mencerun ke wajah Estella yang masih tidur. Hampir dua hari lamanya wanita itu tidak sedarkan diri. Balutan di bahu kirinya jelas kelihatan kesan-kesan darah.

“Dia belum bangun lagi?” Tegur suatu suara. Nashriq berpaling. Entah sejak bila Jason sudah berada di sampingnya. Lelaki itu nampak santai dengan kemeja dan slack, tidak berseragam seperti tempohari.

“Kata doktor, saat kritikal dah lepas. Mungkin bila-bila masa dia boleh sedar.” Balas Nashriq. Dia memandang ke arah Jason.

“Selepas ini apa? Dia akan ditangkapkah?” Soal Nashriq ingin tahu tentang nasib Estella. Jason terdiam. Lama matanya terpegun ke arah anak muda itu.

“Mungkin kami perlukan kerjasama Estella untuk seret semua saki-baki kumpulan itu ke muka pengadilan. Tapi saya akan cuba sedaya-upaya untuk ringankan hukuman Estella.” Ujar Jason.

Nashriq terdiam. Dia memandang Estella yang masih terbujur kaku.

“Keadaan kawan awak macamana Nashriq?” Soal Jason tiba-tiba.

“Keadaan dia stabil. Saya nak melawat dia selepas ni.”

“Nasib baik dia tak apa-apa. Oh ya pihak polis dah arahkan beberapa pegawai mengawasi wad Cik Suraya. Manalah tahu jika Albert muncul di sini.”

Nashriq tidak memberi sebarang reaksi. Dia menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan telefon bimbit. Skrin telefon dipandang sepintas lalu.

“Maaf Inspektor, saya kena jawab panggilan ni.” Ujarnya lalu melangkah laju ke suatu sudut. Jason hanya memerhatikan kelibat Nashriq yang nampak resah menjawab panggilan telefon tersebut.

...bersambung

Bab akan datang:

Siapakah yang menelefon Nashriq?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience