Rate

Chapter 72

Romance Completed 26118

Bab 72

“Bukan itu maksud abang. Abang cuma nak tahu bagaimana kau boleh kenal dia, macamana dia boleh ada kat rumah kita, dan apa sebenarnya yang berlaku?” Soal Erman bertubi-tubi.

Nashriq terdiam. Haruskah dia ceritakan segala-galanya pada lelaki itu? Tapi menyembunyikan sesuatu dari lelaki itu ibarat mencari masalah sendiri. Berbelas tahun dia hidup dengan Erman, dia tak mampu membohongi lelaki itu. Hidung Erman sahaja sudah cukup cekap menghidu rahsianya.

Nashriq tiada pilihan lain. Dia terpaksa membuka cerita tentang Duha Maisara pada lelaki itu. Seperti yang diduganya, mulut Erman terlopong ketika mendengar ceritanya.

“Naz, dia bukannya GRO or….” Lambat-lambat Erman menyebut.

“Bukan bang. Dia hanya penyanyi di kelab itu. Saya kasihankan dia, saya cuma nak bantu dia.” Jelas Nashriq. Erman termenung panjang.

“Abang harap perasaan kau pada dia hanya setakat kasihan saja Naz, bukan lebih dari itu. Kau kena fikirkan tentang kedudukan kau. Dia tak sesuai untuk kau Naz.” Nasihat Erman.

Nashriq mengeluh panjang. “Abang, saya dah kata yang saya tak ada apa-apa dengan dia. I just want to help.”

Erman diam. Baguslah kalau kata-kata Nashriq itu benar. Cuma yang dibimbangkannya kalau Nashriq benar-benar jatuh hati pada gadis itu. Tentu ribut jadinya jika berita Pengurus Besar Mega Timur dan bakal pewaris Zainal Ikram jatuh cinta dengan seorang penyanyi kelab malam. Pasti berita sebegini mengundang spekulasi buruk pada syarikat dan juga empayar Tuan Zainal, detik hati Erman.

* * * *

Sepanjang hari Nashriq tidak senang duduk dibuatnya. Dia asyik teringatkan Duha Maisara dirumahnya. Entah apa gadis itu buat agaknya sekarang ini? Menonton televisyen, atau sedang mengusik barang-barang dalam rumahnya barangkali! Beberapa kali dia tersilap mengambil fail dalam laci kabinet. Seketika, Nashriq tersenyum sendiri. Agaknya inilah yang dikatakan gila angau, bisiknya lucu.

Dia mengambil telefon di atas meja. Sebaik dia teringat wajah Duha Maisara yang terpinga-pinga kerana tidak tahu di mana letaknya nombor telefonnya, Nashriq seperti ingin ketawa. Sengaja dia mahu mengusik gadis itu dengan meletakkan kesemua nombornya dalam ‘speed dial’ telefon gadis itu.

Nashriq segera mendail nombor telefon Duha Maisara. Agak lama dia menunggu sebelum suara gadis itu kedengaran.

“Hello!”

Nashriq diam.

“Hello, siapa tu?” Suara Duha Maisara bagaikan malas menjawab. Nashriq mengeluh.

“Kau buat apa tu?” Soal Nashriq dengan nada serius.

“Tak buat apa-apa. Saya rasa bosan. Daripada menunggu begini, baik saya ke kedai buku.” Keluh gadis itu.

“Kau tak takut lelaki-lelaki tu cari kau?” Duga Nashriq.

Tiada balasan dari gadis itu. Yang terdengar di telinga Nashriq hanyalah keluhan kecil. Dia mengerti hati gadis itu. Duha Maisara sebenarnya bimbang bercampur susah hati. Melihat pada wajah Duha Maisara pagi tadi pun, dia tahu gadis itu tidak cukup tidur semalam.

“Duha, kau bersiap. Sekejap lagi aku datang.” Ujar Nashriq ringkas sebelum menamatkan panggilan. Dia termenung panjang. Butang telefon di atas mejanya ditekan. “Anis, tolong check appointment saya untuk petang ni.” Ujar Nashriq.

“Baik Encik Nashriq. Tengahari ni Encik Nashriq tak ada appointment, tapi pukul 3 petang nanti, Encik Nashriq kena tengok tapak projek dengan Puan Engku di Putrajaya.” Balas setiausahanya, Anis.

Nashriq memandang jam di tangannya. Baru nak masuk pukul 12. Masih awal sebenarnya. “Anis, tolong beritahu Puan Engku yang saya tak dapat pergi ke tapak projek petang ni. Tapi saya akan minta Encik Erman wakilkan saya. Kalau Puan Engku tanya, katakan saja saya tak sihat.” Pesan Nashriq.

“Baik Encik Nashriq.”

Nashriq segera mencapai kotnya seraya melangkah keluar dari bilik. Dia bertembung pula dengan Suraya yang kebetulan lalu di situ.

“Hai nak ke mana ni?” Tanya Suraya.

Nashriq hanya tersenyum. “I ada hal sekejap.” Jawabnya ringkas lalu bergegas pergi. Suraya hanya mampu memandang dari jauh. Sikap Nashriq hari itu nampak berbeza dari biasa. Akukah yang tersilap pandang atau lelaki itu memang kelihatan ceria hari ini?

* * * *

Duha Maisara sudah jenuh menunggu, namun batang hidung lelaki itu langsung tidak kelihatan. Kalau dia tahu lelaki itu akan lewat, baik dia menunggu di rumah sahaja. Ini tidak, cara lelaki itu menyuruh dia bersiap, bagaikan akan sampai dalam masa lima minit. Tapi sejam dia menunggu, orang yang dinanti tidak jua kunjung tiba.

Beberapa lelaki yang sedang berbual-bual tidak jauh darinya asyik mengerling ke arahnya. Duha Maisara perasan namun dia buat-buat tidak nampak. Kalau diikutkan hatinya, memang dia naik segan dengan dress ketat yang membalut tubuhnya. Tapi apakan daya, itulah saja pakaian yang dia ada buat masa sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience