Rate

Chapter 96

Romance Completed 26118

Bab 96

“You baru masuk kerja ke?” Tanya gadis itu. Duha Maisara menggangguk.

“Hai, saya Suraya,” Gadis itu menghulurkan tangannya. Duha Maisara memandang gadis itu. Entah kenapa wajah itu seperti pernah dilihatnya sebelum ini. Gadis itu turut merenungnya bagaikan cuba mengingatkan sesuatu.

“Kalau tak salah, kita pernah jumpa dulu kan?” Duga Suraya. Dia termenung panjang. Duha Maisara juga begitu.

Sejurus kemudian, mata Suraya mula bersinar-sinar.

“Hospital!” Dia terjerit. Duha Maisara tergaman. Dia tidak tahu apa sebenarnya maksud gadis itu. Melihat wajah Duha Maisara yang keliru, Suraya mula ketawa. “Maaf, rasanya kita pernah berjumpa di hospital kan?”

Duha Maisara cuba mengingati kata-kata gadis itu. Lama kemudiannya barulah dia tersenyum. Dia juga sudah ingat sekarang. Dia pernah ditegur Suraya di hospital tempat Zafran bertugas hampir dua bulan yang lalu.

“Maaf, saya tak cam Cik Suraya tadi.” Ujarnya.

“Opps just call me Sue saja. Nama you?” Tanya Suraya.

Duha Maisara menepuk dahinya. Dia hampir terlupa memperkenalkan diri. Tangannya dihulurkan ke arah Suraya sambil menyebut namanya. “Duha Maisara.”

“Duha? Hmm..nice name. So bila you start kerja kat sini Duha?”

“Baru dua hari hari, saya masih belum sesuaikan diri dekat sini.” Jawab Duha Maisara. Gadis itu tertawa kecil.

“Don’t worry, lama-lama nanti biasalah. Hei dah dekat lunch ni, apakata kita pergi makan kat kafeteria pejabat dekat tingkat bawah?” Pelawa Suraya. Dia benar-benar gembira dapat bertemu gadis itu hari itu.

Duha Maisara hanya mengangguk. Dia juga lega bertemu Suraya yang ramah. Sekurang-kurangnya dia tidaklah terasa sunyi sangat. Selepas menghantar dokumen-dokumen itu ke mejanya, dia terus mengekori Suraya ke pintu lift.

* * * *

Suraya melangkah masuk ke restroom untuk membetulkan make-upnya. Dia menyapu sedikit lipstick seraya mengeluarkan bedak ‘compact’nya dari dalam beg. Ketika itu dua orang gadis turut melangkah masuk sambil berbual-bual.

“Betul ke?”

“La aku dengar sendiri orang kat jabatan personnel yang beritahu, budak yang baru masuk tu tak ada kelulusan tinggi pun. Aku hairanlah macamana dia boleh terpilih jadi pembantu Encik Nashriq.”

“Dulu Puan Engku tawarkan Katrina jadi pembantu, tapi Encik Nashriq tak mahu. Alih-alih dia bawa masuk perempuan itu pula, dahlah tak ada kelulusan.”

“Agak-agak perempuan tu teman wanita Encik Nashriq tak?” Duga gadis bercermin mata itu. Temannya hanya tergelak kosong.

“Gadis macam tu? Kau tak tengok macamana pakaian dia? Kolot betul! Aku tak rasa Encik Nashriq akan sukakan perempuan macam tu.”

“Tapi perempuan tu boleh tahan juga As, manis orangnya.”

Temannya hanya mencebik.

Suraya yang mendengar, termenung panjang. Apakah gadis yang dimaksudkan itu Duha Maisara? Kata-kata kedua gadis itu sedikit sebanyak membuatkan hatinya berdebar-debar. Ah tak mungkin! Dia menggelengkan kepalanya. Matanya sendiri nampak kemesraan antara Duha Maisara dengan doktor muda di hospital tempohari. Malah kemesraan itu membuatkan dia sangsi dengan kata-kata gadis yang berkulit hitam manis itu. Lagipun kerja di syarikat besar begini, sudah tentulah timbul banyak gossip. Benda kecil pun dibesar-besarkan. Suraya ketawa sendiri.

Dia segera mendapatkan Duha Maisara yang sudah menunggu di meja kafe. Makanan yang dipesannya tadi sudah memenuhi meja.

“Kenapa tak makan dulu?” Tanya Suraya seraya duduk.

“Tak sopan begitu Sue, lagipun tak seronok makan sorang-sorang.” Jawab Duha Maisara. Suraya ketawa kecil. Sambil makan, kedua-duanya rancak berbual-bual sambil menikmati makanan.

“Macamana you boleh kerja kat sini?” Tanya Suraya ingin tahu.

Suapan Duha Maisara terhenti. Dia serba-salah mahu menjelaskan pada Suraya, bimbang gadis itu tersalah sangka. Silap-silap haribulan gadis itu tentu menyangka dia menggunakan hubungan baiknya dengan Nashriq untuk berkerja di situ.

“Soalan itu susah nak dijawab ke?” Duga Suraya. Dia juga berhenti makan.

“Saya terjumpa Encik Nashriq secara tak sengaja. Mungkin kebetulan dia tahu saya dalam kesusahan dan perlukan pekerjaan. Sebab itu dia tawarkan saya bekerja di sini.” Jelas Duha Maisara cukup berhati-hati. Ingin diberitahu hal sebenar, dia bukannya serapat itu dengan Suraya.

“Oh begitu,” Suraya tersenyum. Dia mula yakin hubungan antara Duha Maisara tidak seperti yang diura-urakan oleh orang-orang di pejabat itu. Lagipun dia nampak kejujuran itu di mata Duha Maisara. Mana mungkin gadis itu menjalin hubungan dengan Nashriq sedangkan di hatinya sudah ada doktor muda itu, bisik hati kecil Suraya.

Tanpa sedar, perbualan kedua-duanya diintip sepasang mata yang sedang menjamu selera tidak jauh dari situ. Mata Engku Iskandar tak sudah-sudah memerhatikan kelibat dua gadis itu. Tapi bebola matanya lebih lama terlekat di wajah Duha Maisara. Dahinya berkerut. Entah kenapa wajah gadis di sisi Suraya itu membuatkan dia termenung panjang. Macam pernah jumpa, bisiknya.

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah Engku Iskandar mengenali Duha?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience