Rate

Chapter 215

Romance Completed 26118

Bab 215

Ketawa Estella tidak menimbulkan sebarang reaksi pada tetamu yang baru muncul. Tawa Estella terputus begitu sahaja. Dia berpaling. Darahnya menyirap. Bukan Jason seperti yang disangkakannya.

Nashriq berdiri di suatu sudut pintu, menatap wajah Estella yang kelihatan kaku. Melihat Estella tercegat begitu, perlahan-lahan Nashriq melangkah mara ke arah Estella. Tiba-tiba saja jari-jemari Nashriq singgah di dahi Estella. Reaksi Nashriq membuatkan Estella tercengang.

“Dah tak panas, tentu dah bertambah sihat kan.” Kata Nashriq entah pada siapa. Lelaki itu melangkah selamba ke arah jendela bilik. Tempat Estella berdiri tadi diganti pula oleh tubuh anak muda itu. Dia memandang ke arah taman kecil itu. Melihat suasana yang sama yang sempat ditonton oleh mata Estella sejurus sebelum dia datang.

Estella memberanikan diri melangkah di sisi lelaki itu. Matanya menjamah wajah Nashriq yang kelihatan selekeh tidak bercukur.

“What should I call you?” Ucap Nashriq tiba-tiba. Estella terkedu. Dia tidak menyangka soalan itu yang terbit dahulu di bibir Nashriq.

“Call me whatever you want.” Balas Estella perlahan.

Nashriq tersenyum hambar. “Auntie. It should be fine.”

Estella turut tersenyum. Dia juga suka dengan panggilan itu.

“Bagaimana orangnya dia?” Soal Nashriq tiba-tiba. Estella berpaling. Wajah anak muda itu ditatap lama.

“Maksud you, Zoey?” Balas Estella pula. Anak muda itu mengangguk. Estella tergaman. Dia termenung panjang. Wajah Nashriq ditatap dengan mata yang mula berair.

“Dia seorang periang. Adik yang baik dan jika dia masih hidup, dia akan menjadi ibu yang baik pada you Naz.”

“What about my father?”

“I don’t know him. Dulu I sangka ayah you Zainal adalah lelaki yang dicintai Zoey but I’m wrong. Bertahun lamanya I salahkan seorang lelaki yang baik, yang melindungi anak saudara I sendiri. I kesal dengan semua yang telah terjadi Naz.” Keluh Estella.

“Kata Pak Cik Asri, kematian ayah I Zainal Ikram ada kaitan dengan Black Parade. Do you know anything about this?” Soal Nashriq lagi.

Estella terdiam. Dia serba salah mahu menyatakan hakikatnya. Bimbang hati Nashriq terluka apabila mendengarnya. Hakikat bahawa Zainal Ikram sebenarnya dibunuh, menyesakkan dadanya sejak akhir-akhir ini. Dia menatap anak muda itu.

“Naz, jangan tanya tentang Zainal dengan I. I tak mahu you sedih.” Bisik Estella.

“Jadi betullah ayah I mati dibunuh oleh orang-orang Black Parade?” Nashriq merenung tajam ke wajah Estella.

“Ini semua rancangan Albert, pak cik I. Dia cuba hapuskan Zainal kerana Zainal tahu banyak perkara tentang Black Parade. Dan yang paling penting, Zainal tahu tentang asal-usul you. Albert mahu menguasai Mega Timur Construction melalui you, Naz. Dia mahu kembangkan organisasi ini melalui kekayaan empayar Zainal Ikram.”

“Ayah I lelaki yang baik. He’s a good father and a good friend. Tapi akhirnya dia jadi mangsa kerana I.” Keluh Nashriq kesal dengan apa yang terjadi.

“I tahu Naz. Dan percayalah I tak mahu semua ni terjadi. Kalaulah I tahu dari awal, I akan halang Albert dari mula. I’m so sorry Naz.” Balas Estella.

Nashriq tidak berkata apa-apa. Apa yang terjadi telah pun terjadi. Siapa dia yang mahu menolak ketentuan Ilahi. Semuanya berjalan mengikut landasan takdir yang telah ditentukan. Hanya apa yang dikesalkannya ialah kematian ayahnya menyebabkan suatu nyawa lain turut sama terheret. Selama ini pak cik Munifnya benar-benar tidak bersalah. Dia rasa benar-benar menyesal kerana pernah mengesyaki lelaki itu suatu ketika dahulu.

“Apa yang you nak buat sekarang?” Soal Estella.

Nashriq menggeleng. Dia benar-benar tidak pasti kini. Untuk balik ke Mega Timur, entah mengapa tiba-tiba dia rasa tersisih. Rasa tidak layak menghuni sebuah kehidupan yang sebenarnya bukan miliknya.

“Hidup ini masih panjang. Di mana-mana pun kita mampu bernafas selagi kita yakin dan pasrah dengan takdir tuhan.” Bisik Nashriq perlahan. Estella terkedu. Kata-kata anak muda itu membayangkan kematangannya. Dalam diam dia menarik nafas lega. Mulanya dia bimbang jika Nashriq tidak dapat menerima siapa dirinya. Tapi gerak geri lelaki itu membuatkan dia mampu bertenang.

“Walau apapun keputusan you Naz, I nak you tahu yang I ni auntie you. I akan tetap berada di sisi you dan menyokong you dalam susah mahupun senang.” Ucap Estella lirih. Entah mengapa dia lega saat menuturkan kata-kata itu. Terasa hatinya dilimpahi damai yang tidak pernah surut. Nashriq tersenyum. Dia tahu hati wanita itu ikhlas dan luhur.

“You are my auntie forever. Jangan bimbang, I takkan sesekali lupakan hakikat itu. Lagipun I kena berterima kasih dengan you sebab serahkan semula Vila Kecil pada I. I nak you tahu yang Vila Kecil sangat bererti buat I. Thanks auntie.” Ujar Nashriq tenang.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah yang akan dilakukan oleh Nashriq selepas ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience