Rate

Chapter 115

Romance Completed 26118

Bab 115

Sejak dia terdengar perbualan Zainal Ikram dan Munif dulu, dia memang terperanjat besar. Dia benar-benar tidak menyangka Zainal menyimpan satu rahsia besar yang boleh memusnahkan rancangannya.

“Kenapa you diam?” Tanya Reyna.

Engku Iskandar tersenyum. “Maaf, I tak boleh beritahu you sekarang. Maybe next time. Tapi tujuan I datang hari ni nak minta tolong you sekali lagi.” Sebut Engku Iskandar.

“Apa dia?”

“I nak tahu maklumat tentang Duha Maisara.”

“Duha Maisara? Siapa tu?” Reyna mengerutkan dahinya. Dia tidak pernah mendengar nama itu sebelum ini.

“Dia salah seorang penyanyi di kelab you ni dulu. I thought you know her.”

Reyna terdiam. Duha Maisara? Dia sebenarnya dia tidak cam gadis yang dimaksudkan oleh Engku Iskandar. Meskipun dia pemilik Ocean Blue, tapi segala hal ehwal kelab itu diserahkan bulat-bulat pada Mami Jun, wanita yang menjadi kepercayaannya.

* * * *

Reyna memulas tombol pintu perlahan-lahan. Dia melangkah masuk. Suis di sudut rumah itu dibuka menerangi sudut ruang tamu. Namun nafasnya hampir terhenti apabila melihat bayang suatu lembaga berada di beranda apartment itu. Dia tergaman.

Perlahan-lahan kakinya melangkah ke arah apartment. Matanya sibuk mengawasi lembaga berkenaan. Apabila tirai langsir dibuka, barulah hati yang kencang mula bertukar tenang.

“Es? You buat apa di sini?” Sapa Reyna sambil mendekati wanita itu. Estella berpaling. Wajah Reyna dipandang lama.

“You ke mana tadi?”

“I ke Blue Ocean, uruskan hal di sana.”

“Itu saja?” Mata wanita itu memanah tajam ke arahnya.

Reyna cuba tersenyum tenang. Dia mengangguk.

“You tak jumpa siapa-siapa di sana?” Soal Estella.

Reyna tersentak. Kata-kata Estella bagaikan mengundang syak wasangkanya. Apakah wanita itu tahu bahawa dia baru pulang dari bertemu dengan Engku Iskandar?

“Don’t lie to me, Reyna. Apa dia nak?” Wajah Estella serius. Dia segera melangkah ke ruang tamu lalu duduk di salah sebuah sofa di situ. Reyna mengikut wanita itu ke dalam.

“Dia cuma nak tahu tentang salah seorang pekerja di Blue Ocean, itu saja.” Reyna masih cuba berdalih.

“Itu saja? Bukan soal Mega Timur?”

Reyna terdiam.

Estella menarik nafas panjang. Dia mengambil beberapa keping kertas dari fail di hadapannya, lalu mencampakkannya di hadapan wanita itu. Reyna tergaman. Bulat matanya memandang dokumen-dokumen bertaip di hadapannya.

“I dapat tahu yang you merancang nak membeli saham-saham Mega Timur di pasaran saham. Apa tujuan you Reyna?”

“Es, I cuma…”

“Cuma apa? Cuma nak jatuhkan Mega Timur? Then you nak beli semula syarikat tu, begitu?”

Reyna membisu. Dia tahu Estella marah padanya.

“Berapa kali I nak cakap dengan you, jangan sentuh Mega Timur dan jangan sesekali you sentuh Nashriq Adli.” Bentak Estella separuh geram. Dia bingkas bangun dari sofa yang didudukinya, lalu melangkah pantas ke ruang tamu. Reyna hanya mampu memandang. Tak lama kemudian, terdengar bunyi pintu dikatup agak kuat. Reyna mengeluh. Es…I buat semua ini untuk you. Kerana kasih sayang I pada you. Kenapa selama ini you tak pernah menghargai apa yang I curahkan? Reyna benar-benar kecewa.

Panggilan telefon yang diterimanya membuatkan tumpuan Reyna beralih dari muka pintu. Dia segera menjawab panggilan.

“Yes this is me. I nak you tahu yang Estella sudah tahu dengan rancangan kita. I tak boleh gunakan nama syarikat itu lagi. You kena guna cari lain.” Ujar Reyna. Gagang telefon segera diletak. Dia termenung panjang. Maafkan I, Es. I setia pada you tapi I juga harus setia pada persatuan kita. Jika mereka mula campur tangan dalam urusan Mega Timur, I tak berdaya untuk menghalang, bisik Reyna resah.

* * * *

Estella memejamkan matanya. Hembusan angin dingin meniup ke mukanya. Untuk seketika dia rasa tenang. Dia membuka matanya. Beberapa pasangan yang sedang makan aiskrim di kawasan dataran dipandang sekilas. Melihat kemesraan pasangan tersebut, entah kenapa dia jadi cemburu.

Dahulu dia benar-benar mengingini hidup begitu. Ingin merasa disayangi dan disayangi. Namun takdir dalam hidupnya tidak dapat ditolak. Selama-lamanya beban di hatinya membawanya menerobos ruang masa yang tak ingin dilaluinya. Jika masa boleh diundur, dia ingin hidupnya seperti dulu. Dia ingin keluarganya mengecap hidup yang bahagia.

Meskipun dia sedar nama Steven Wong membawa pengaruh yang cukup besar dalam hidupnya, namun lahir sebagai anak bekas ketua kongsi gelap bukanlah keinginannya. Bukan juga pintanya.

Memang selama ini dia cemburukan Zoey yang mampu hidup bebas dari pengaruh ayahnya. Dia juga iri apabila Zoey bebas berteman dengan siapa sahaja, sedangkan dia sebagai anak sulung terpaksa memikul beban yang lebih berat.

...bersambung

Bab akan datang:

Dapatkah dia melaksanakan rancangannya untuk mendapatkan Mega Timur?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience