Rate

Chapter 148

Romance Completed 26118

Bab 148

Ranjit Singh berlari-lari anak menuju ke arahnya. Mereka berjabat tangan buat seketika.

“How are you Nashriq?” Lelaki itu bertanyakan khabar.

“Good. Very good.”

“So you come here at last. I thought you won’t come.” Ranjit tersenyum.

“Why do you say so?” Nashriq mengerutkan dahinya. Ranjit terdiam. Dia menarik tangan Nashriq ke tepi. Wajah lelaki itu bertukar serius.

“I heard a lot of rumours about your company. The value of your company shares are not stable right now. This is not a good things to remember, Nashriq. The board will use this matter to against your right to participate into this bidding session.”

Nashriq tergaman dengan penjelasan Ranjit. Tak mungkin! “Ranjit, this is just only a rumours. You guys would never listen to something crappy right? Yeah there are something happen and I admit that. But it just a small problem, it will never ever involve our priority in this investment.” Ujar Nashriq, cuba menyakinkan lelaki itu.

“Sorry Naz, this is not what I have been told. They told me that Dato’ Mustadza are giving his shares to A&K Corporation. Is it true?”

“Not yet. He’s planning to do so but if only we failed to bought the shares back. But we don’t have enough time to melt the assets.”

Ranjit terdiam. Dia termenung panjang seketika. Nashriq juga bagaikan tiada mood lagi untuk berbicara.

“Look Naz, if I’ll be you, I will concentrate to get the shares into my pocket. It is more important than 25 hectar of property lands at Permatang. How can you deal with the investment without the power in your hands?” Ujar Ranjit. Nashriq terdiam. Entah kenapa dia rasa berat hati mahu melepaskan tanah itu, meskipun dia tahu kebenaran kata-kata Ranjit itu.

Nashriq mengatur langkah lemah ke arah dewan yang terbuka. Dia menjengah ke dalam. Kebanyakan wakil-wakil dari pelbagai syarikat sudah mengambil tempat masing-masing. Dia memandang bangku kosong yang terletak di baris kedua. Sepatutnya di situlah dia berlabuh untuk membida tanah milik Sri Sutra Corporation. Tapi dengan masalah yang melanda syarikatnya sejak akhir-akhir ini, dia terpaksa melupakan hasrat itu.

Perlahan-lahan dia menghindar dari dewan itu. Dia ingin beredar dari situ. Namun belum jauh kakinya melangkah, dia terpandang kelibat Estella Wong yang seperti biasa ditemani Reyna Tan. Melihat Nashriq di situ, langkah Estella terhenti, begitu juga dengan Reyna.

Nashriq memandang kedua-duanya silih berganti. Dia tidak menegur atau berniat menyapa. Dia meneruskan langkahnya melewati kedua-dua wanita itu. Tapi mendengar suara Estella, langkahnya terhenti.

“You nak ke mana ni Nashriq?” Soal Estella.

Nashriq berpaling. Mata wanita di hadapannya seolah memancarkan kehairanan, membuatkan Nashriq bagaikan ingin tertawa. Pandai perempuan itu berlakon! Setelah dia kucar-kacirkan keadaan di syarikat, sekarang dia berlagak tidak tahu apa-apa.

Nashriq segera melangkah pergi meninggalkan kedua wanita itu. Estella menarik nafas panjang. Entah kenapa dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.

“Reyna, you masuk dalam dulu, I nak keluar sekejap. “ Ujar Estella.

“Where do you want to go? The biding is suppose to start right now.” Bantah Reyna, kurang setuju. Namun Estella sudah tidak peduli. Dia segera mengejar kelibat Nashriq yang sudah keluar dari bangunan Sri Sutra Corporation.

“Nashriq…..”panggil Estella namun lelaki itu seolah tidak mendengar. Estella tidak putus asa, semakin dekat dengan lelaki itu. Tanpa sedar dia menarik lengan Nashriq yang ingin memasuki perut keretanya. Nashriq tergaman jadinya melihat wanita itu tercungap-cungap di sisinya.

“Wait, can we talk somewhere?” Pinta Estella.

Nashriq terdiam. Tapi matanya mencerun tajam memandang wanita itu. Apa mahunya sebenarnya? Jika dia mahu berebut tanah itu, tentu sekarang dia akan jadi pembida yang paling tinggi. Jadi untuk apa mahu berbicara lagi?

“Nashriq, please. It just a talk, nothing else.” Pujuk Estella lagi. Nashriq mengeluh. Wajah wanita itu bagaikan berharap benar. Dia membuka pintu keretanya. Seketika kemudian matanya memandang Estella yang tercegat di situ.

“Get in,” ujar Nashriq bagaikan memberi arahan. Mendengar kata-kata lelaki itu, Estella kelihatan ragu-ragu. Tapi apabila melihat Nahsriq sudahpun memasuki perut kereta, Estella tiada pilihan lain. Dia terus ikut masuk.

Tanpa sedar, situasi itu diekori sepasang mata sejak tadi. Reyna mengetapkan bibirnya. Dia segera mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mula mendail.

“Hello, I Reyna. I just nak inform you yang Estella baru saja beredar dengan kereta Nashriq Adli. What do you want me to do? Teruskan bidaan itu? Ya, Nashriq Adli dah menarik diri dari menyertai bidaan ini, nampaknya rancangan kita dah berjaya.

...bersambung

Bab akan datang:

Apa rancangan Nashriq selepas ini untuk menstabilkan keadaan syarikat?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience