Rate

Chapter 118

Romance Completed 26118

Bab 118

“Betul cakap Suraya tu Duha. Kita cuma keluar makan sahaja.” Ujar Erman tiba-tiba. Raut wajah Duha Maisara direnung selamba. Dia bagaikan mengerti apa yang berada di fikiran gadis itu.

* * * *

Selepas memesan tiga set makanan tengahari, Suraya dan Erman rancak berbual-bual. Hanya Duha Maisara yang terkontang-kanting serba tidak kena. Hendak menyampuk, dia tidak tahu hujung pangkal cerita kedua-duanya. Sudahnya dia diam sahaja.

“Oh ya Duha, last week I ke hospital, then I jumpa boyfriend you.” Suraya mengalihkan pandangan ke arahnya. Namun kata-kata Suraya membuatkan Duha Maisara terkejut. Erman juga.

“Boyfriend saya? Maksud Cik Suraya?”

“Ala siapa lagi kalau bukan doktor Zafran. I ke hospital untuk buat pemeriksaan rutin, then I meet him. He’s very nice and caring too. You look perfect together, Duha.” Ujar Suraya lagi.

Duha Maisara terkedu. Dia tidak tahu bagaimana Suraya boleh kenal dengan Zafran. Tapi entah kenapa kata-kata Suraya membuatkan dia naik segan dengan Erman. Bagaimana harus dia bercerita tentang Zafran dan hubungan mereka pada Suraya. Namun dia tidak salahkan Suraya, ramai yang tidak tahu apakah hubungan sebenarnya dengan Zafran.

“Beruntung you Duha, doktor Zafran tu kacak orangnya. Dia terkejut bila I cerita yang you dengan I bekerja di Mega Timur.”

“Cik Suraya salah sangka agaknya. Zafran bukan teman lelaki saya.” Pintas Duha Maisara cepat. Suraya tergamam mendengar kata-kata Duha Maisara. Bukan teman lelaki? Habis siapa lelaki itu pada Duha Maisara? Kalau diingat-ingatkan kemesraan antara Duha Maisara dengan doktor muda itu, siapa sahaja akan menyangka mereka bercinta, detik hati kecil Suraya.

“Zafran tu abang saya.” Ujar Duha Maisara lambat-lambat. Dia tidak tahu kenapa dia harus berkata begitu. Entah kenapa, pandangan Suraya dan Erman betul-betul diambil kisah.

“Abang?” Suraya tercengang. Betulkah? Aduh! Kenapa dia boleh tersilap menyangka yang Zafran dan Duha Maisara pasangan kekasih? Suraya tersengih. Bodohnya dia!

“Maaf Duha, I tak tahu. I sangkakan you dan Zafran…”

“Tak apa, saya faham.” Pintas Duha Maisara. Dia sebenarnya serba-salah. Berbohong tentang Zafran amat sukar untuk dilakukannya sebenarnya, namun dia terpaksa. Cukuplah selama ini orang memandang serong padanya kerana semata-mata dia bekerja di Blue Ocean. Dia tidak mahu kerana Zafran, sekali lagi dia dipandang rendah. Lagipun apa kata orang nanti kalau tahu selama ini dia dan Zafran tiada kena-mengena langsung. Zafran bukan abangnya seperti yang disangka oleh kebanyakan orang.

Selepas menghabiskan makanan, Suraya meminta diri untuk ke restroom. Tinggal Duha Maisara berhadapan dengan Erman yang tidak banyak cakap. Dia sebenarnya segan dengan lelaki itu. Meskipun dia kenal dengan Erman, namun lelaki itu juga seperti Nashriq, tidak cam siapa dia. Padahal lelaki itulah yang kerap membawa Nashriq dan dia keluar setiap hujung minggu dulu. Malah seperti Nashriq, dia juga pernah membahasakan Erman dengan panggilan abang.

Mata Erman beralih tiba-tiba ke arah Duha Maisara yang sedang menghirup jus oren yang hampir separuh berbaki. Wajah Duha Maisara direnung agak lama. Manis gadis ini, tidak mustahil hati Nashriq yang keras itu pun boleh terpaut.

Kalau bukan sebab gadis itu bekas penyanyi kelab malam, mungkin dialah calon terbaik di samping Nashriq. Namun sayang seribu kali sayang, bisik hati Erman.

Apabila Duha Maisara mengangkat wajahnya, matanya bertembung dengan pandangan tajam Erman. Dia kaku. Dirinya terasa bagaikan dinilai luar dan dalam.

“Jadi Cik Duha dah berhenti dari kelab tu?” Soal Erman memulakan bicara. Duha Maisara hanya mengangguk. Namun hati di dalamnya berdebar-debar tidak keruan.

“Kenapa berhenti? Tidak seronok bekerja di situ?” Tanya Erman lagi.

Duha Maisara tergamam. Kenapa aku berhenti? Patutkah aku beritahu sebabnya?

“Atau kerja di situ tidak menjamin masa depan?” Suara Erman perlahan tapi seperti mengandungi suatu maksud. Dia terpaku. Entah kenapa dia berperasaan seperti Erman cuba memberitahunya sesuatu. Mata lelaki itu jelas menunjukkan riak rasa kurang senang terhadapnya.

“Biarlah saya berterus terang dengan Cik Duha. Saya kenal dan jaga Nashriq sejak dia masih kecil. Masa depan Nashriq sudah ditetapkan sejak awal-awal lagi. Dan saya bertanggungjawab untuk mengatur hidup Nashriq seperti yang diinginkan oleh arwah ayahnya. Sebab itu saya tidak mahu Nashriq tersilap membuat pilihan dalam hidupnya.” Ujar lelaki itu.

Duha Maisara tersentak. Kata-kata Erman mula menunjukkan petanda. Dia merasakan dadanya berbahang. Mesej yang cuba disampaikan oleh lelaki itu cukup jelas.

“Saya tak tahu bagaimana hubungan Cik Duha dengan Nashriq. Saya juga tak salahkan Cik Duha, jika Nashriq terlebih dahulu memulakan semuanya. Tapi Nashriq mungkin tidak sedar bahawa tindakannya hanya akan menjejaskan banyak benda di sekelilingnya.

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah Duha perlu menjarakkan hubungannya dengan Nashriq?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience