Rate

Chapter 109

Romance Completed 26118

Bab 109

“Tak apalah, nanti kau bukalah tengok. Okey, aku nak masuk tidur dulu. Oh ya, aku suka memeluk kau tadi.” Ungkapan kata lelaki itu membuatkan Duha Maisara tersentak. Aduh! Apa maksudnya?

Ketawa Nashriq terdengar lagi. “Betul, aku suka memeluk kau, tapi kalau boleh lain kali kau makan lebih sikit. Memeluk kau seperti memeluk tiang lampu. Kurus sangat. Tak terasa apa-apa pun.”

Klik. Panggilan itu terputus begitu sahaja. Duha Maisara terus tercengang macam patung. Matanya merenung telefon di tangannya. Darahnya menyirap sehingga ke muka. Bibirnya diketapkan. Malu campur geram hadir serentak. Lelaki itu sengaja mahu memperolok-olokkannya. Namun seketika kemudian dia tidak dapat menahan tawa. Lucu dengan kata-kata Nashriq sebentar tadi.

Matanya terus beralih ke arah kotak kecil yang berbungkus cantik siap dengan reben kecil di sekelilingnya. Perlahan-lahan tangannya merungkai kertas pembungkus hadiah itu. Dia sudah tidak sabar-sabar mahu tahu hadiah apa yang dibelikan lelaki itu untuknya di Jakarta.

Sebaik kotak kecil itu terbuka, mata Duha Maisara terpempan melihat sepasang anting-anting berbatukan emas putih terperosok dalam kotak itu. Cantik! Detik hati kecil Duha Maisara. Pandai lelaki itu memilih untuknya. Tanpa sedar, Duha Maisara tersenyum riang. Indahnya malam itu dirasakannya.

******

Zafran hampir selesai menjengah wad pesakit yang berada dalam pengawasannya, apabila tiba-tiba suatu tangan mencuit bahunya. Dia berpaling. Seorang gadis manis tersenyum memandangnya.

“You doktor Zafran kan?” Soal gadis itu.

Zafran tercengang. Bagaimana gadis itu boleh tahu siapa dia. Lama matanya singgah ke wajah manis itu. Dia mengerutkan dahi, namun dia gagal mengingati gadis itu.

“I Suraya, pesakit Doktor Helmi. Kalau you masih ingat, you pernah tolong I sewaktu I masuk hospital hampir sebulan yang lalu. Ingat lagi?”

Zafran termenung panjang. Pesakitnya yang ditemuinya terlalu ramai, susah untuk dia mengingati siapa gadis itu.

“I kena serangan jantung waktu tu, dan you yang terima kes I.” Ujar Suraya lagi, bersungguh-sungguh mahu lelaki itu mengingatinya.

Tiba-tiba Zafran tersenyum. Dia mula mengingati gadis itu. Gadis itu pesakit Doktor Helmi, doktor penyelianya di situ. Dia juga masih ingat saat-saat cemas bagaimana gadis itu dirangkul seorang lelaki ke wad kecemasan sewaktu itu. Mujurlah dia kebetulan ada di situ untuk membantu.

“Saya masih ingat Cik Suraya. Jadi Cik Suraya buat apa di sini, jumpa dengan Doktor Helmi?”

Gadis itu mengangguk. “Baru saja selesai, saya tunggu abang saya ambilkan ubat di kaunter farmasi. Emm…kalau tak salah doktor ni kawan Duha kan?”

Zafran tergaman. Bagaimana gadis itu boleh kenal dengan Duha Maisara?

“I dengan Duha teman sepejabat.” Beritahu gadis itu ringkas.

“Teman sepejabat?” Dahi Zafran berkerut.

“Ya, kami sama-sama bekerja di Mega Timur Construction. Takkan you tak tahu?”

Zafran terdiam. Memang dia baru dimaklumkan. Itupun kerana terserempak dengan hal semalam. Jika tidak, entah sampai bila Duha Maisara mahu berahsia dengannya.

“Cik Suraya tahu apa jawatan Duha di sana?” Tanya Zafran tiba-tiba. Lagipun dia maklum, pelajaran Duha Maisara tidak terlalu tinggi. Bagaimana di boleh diambil bekerja di syarikat besar seperti Mega Timur Contsruction?

“Err kalau tak salah, Duha jadi pembantu Nashriq Adli, Pengurus Besar Mega Timur.” Jawab Suraya lurus. Sedikit pun dia tidak menyedari perubahan di wajah Zafran. “Bagaimana orangnya?”

“Siapa?” Suraya berlagak bodoh.

“Nashriq Adli. Bagaimana sikapnya?”

Suraya tertawa mendengar pertanyaan yang keluar dari mulut Zafran. Namun dia tidak mengesyaki apa-apa. Dia faham kerisauan Zafran. Mungkin lelaki itu takut Duha Maisara dibebani dengan kerja-kerja berat di syarikat itu barangkali.

“Jangan risau, dia bos yang baik. Lagipun doktor sendiri pernah bertemu dengan Nashriq. Doktor dah lupa?”

Zafran tercengang. Dia tidak mengerti maksud Suraya.

“Lelaki yang hantar I ke hospital tempohari itulah Nashriq. He’s a good man. So you don’t have to worry. Duha will be fine.” Ujar Suraya cuba menyakinkan Zafran yang berwajah resah.

Zafran diam membisu. Fikirannya ligat memikirkan tentang Duha Maisara dan lelaki bernama Nashriq Adli itu. Siapa dia sebenarnya? Bagaimana mereka boleh bertemu? Pelbagai pertanyaan merasuk fikirannya. Namun semakin dia tertanya-tanya, semakin dia ragu-ragu mahu mengetahui hal sebenar. Bimbang dugaannya bakal menyeksa perasaannya lagi..

* * * *

Langkah Zafran diatur perlahan memasuki restoran itu. Matanya mencari-cari kelibat seseorang. Apabila pandangannya beralih ke suatu arah, lambaian tangan Bustaman bermain di matanya. Dia hendak melangkah ke arah Bustaman, tatkala terpandang kelibat Duha Maisara yang entah dari mana. Langkah Duha Maisara juga jadi perlahan apabila terpandang Zafran. Wajahnya serta-merta resah.

Zafran sabar menanti sehingga anak gadis itu duduk di hadapan Bustaman. Perlahan-lahan dia mengatur langkah ke hadapan ayahnya.

...bersambung

Bab akan datang:

Apa yang Bustaman ingin katakan pada anak-anaknya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience