Rate

Chapter 182

Romance Completed 26118

Bab 182

Namun begitu, dia jarang bertemu muka dengan lelaki itu. Hanya apabila ada upacara penyembahan ahli keluarga, baru dia akan terserempak lelaki itu. Namun ayahnya pernah berpesan agar dia tidak mencari fasal dengan lelaki itu. Dia sendiri tahu Albert Wong panas baran orangnya.

“Jason, you boleh tolong I tak?”

“Apa dia Cik Estella.”

“I nak you hantar orang untuk beli Vila Kecil dari tangan Reyna. Tapi cari orang yang tak ada kena mengena langsung dengan syarikat kita. I tak mahu Reyna tahu. Cari yang pandai tutup mulut. Berapa sahaja harga yang ditawarkan, terima saja.” Arah Estella serius. Jason hanya mengangguk sebelum berlalu pergi. Estella mengetapkan bibirnya. Dia harus mendapatkan Vila Kecil itu walau apa sahaja akibatnya Tapi dia juga tahu, ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Reyna dari pengetahuannya. Tapi apa dia?

******

Sachary hanya mampu memandang kelibat ayahnya yang berjalan berulang-alik di hadapannya sejak tadi. Dia tahu lelaki itu sedang memikirkan sesuatu. Kerut di wajah lelaki itu bagaikan menyimpan beban besar di hatinya. Timbul perasaan ingin bertanya, tapi redup mata itu membuatkan dia hanya menyimpan perasaan ingin tahunya di dalam hati sahaja.

“Dato’, ada seseorang dari A&K Corporation nak bercakap dengan dato’,” jengah Kamsiah, setiusahanya. Dato’ Mustadza tergamam. Pasti berkaitan dengan pembelian saham-sahamnya.

“Kamsiah, beritahu dia saya tak ada. Dan jangan terima apa-apa call dari pihak A&K Corporation lagi.” Arah lelaki itu. Sachary yang mendengar kata-kata ayahnya terpinga-pinga seketika. Bulat matanya memandang wajah lelaki itu. Betulkah apa yang didengarnya?

Melihat mata Sachary tertumpu ke arahnya, Dato’ Mustadza tergaman. “Kenapa kamu pandang ayah macam tu Sach?” Tanya Dato’ Mustadza agak hairan. Namun Sachary hanya tersenyum. Dia tahu lambat laun hati lelaki itu akan lembut jua. Ternyata ayahnya itu masih ada hati perut. Dia benar-benar bangga dengan lelaki itu. Malah sejak awal-awal lagi dia yakin, ayahnya takkan berbuat begitu hanya kerana masalah peribadi.

“Sach tahu ayah akan ubah fikiran ayah. Kalau Suraya tahu, dia juga akan bangga dengan ayah.” Ujar Sachary. Dato’ Mustadza hanya diam. Semua ini dilakukan kerana Suraya. Kerana kata-kata Suraya yang telah menyedarkannya tempohari. Dia sedar tidak ada gunanya hanya dia seorang sahaja yang berdegil, sedangkan Suraya sendiri tenang menerima suratan dalam hidupnya.

******

Dari sebalik tirai jendela yang sedikit terbuka, matanya asyik mengintai kelibat gadis itu di mejanya. Muka Duha Maisara asyik memanggung meja, tidak diangkat-angkat sejak tadi. Ralit benar gadis itu menyiapkan kerjanya. Mengenangkan sikap Duha Maisara pagi tadi, entah kenapa Nashriq seolah tidak puas hati. Timbul perasaan ingin mempermainkan gadis itu. Dia mahu lihat sejauh mana angin Duha Maisara terus berlaga dengan anginnya.

Nashriq menekan butang interkom di mejanya. Beberapa saat kemudian suara Anis kedengaran. “Ya Encik Nashriq, ada apa-apa yang Encik Nashriq perlukan?” Tanya Anis sopan.

“Err Anis, suruh Duha masuk jumpa saya sekejap.” Ujarnya seraya menamatkan perbualan. Dia tersenyum senang seraya kembali ke mejanya, pura-pura membelek dokumen.

Beberapa ketika, ketukan demi ketukan singgah di daun pintu. Nashriq sengaja membiarkan gadis itu jenuh menunggu di luar sebelum dia menyahut.

Wajah Duha Maisara yang masam mencuka menjenguk masuk di hadapan pintu biliknya. Nashriq pura-pura tidak nampak.

“Ada apa awak nak jumpa saya?” Tanya Duha Maisara perlahan.

Kepala Nashriq diangkat merenung gadis itu. Wajahnya serius. “Encik Nashriq. Lain kali di pejabat, panggil saya Encik Nashriq. Hanya di luar pejabat sahaja saya ‘kekasih’ awak.” Ujarnya tegas. Malah cara dia berbahasa juga lebih formal, tidak lagi menggunakan aku dan kau seperti selalu.

Mendengar kata-kata lelaki itu, Duha Maisara tercengang. Lebih-lebih lagi apabila Nashriq sengaja menekankan perkataan ‘kekasih’ itu kuat-kuat. Apa kena dengan dia ni agaknya? Dah buang tebiat agaknya, rungut Duha Maisara tidak senang.

“Baiklah Encik Nashriq, ada apa-apa yang Encik Nashriq perlukan dari saya?” Tanya Duha Maisara selamba. Dia sudah malas mahu melayan kerenah lelaki itu.

“Saya nak awak buatkan saya kopi kurang manis. Tambah sedikit krimer dalam kopi dan hantar ke bilik saya dalam masa lima minit.” Suruh Nashriq tanpa memandang Duha Maisara. Gadis itu terkedu. Buat kopi? Sejak bila aku jadi tukang buat kopi di syarikat ni?

“Encik Nashriq, saya tak….”

“Lima minit Duha. Jangan bazirkan masa di sini, pergi buat kopi tu sekarang.” Pintas lelaki itu sebelum sempat Duha Maisara mahu bersuara. Melihatkan wajah lelaki itu seolah acuh tak acuh memandangnya, mahu tak mahu Duha Maisara terpaksa keluar dari situ.

“Kenapa Duha? Apa yang Encik Nashriq nak dengan awak?” Tanya Anis apabila melihat Duha Maisara melangkah keluar dengan wajah geram.

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah Nashriq sengaja mengenakan Duha?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience