Rate

Chapter 167

Romance Completed 26118

Bab 167

Nashriq benar-benar hampa dengan kata-kata wanita itu. Dia sendiri hairan. Kalau Raihana tidak pernah bekerja di sini, jadi macamana rantai bertatah ‘saphire’ itu boleh muncul di sini? Siapa yang tercicirkannya?

“Boleh Kak Wan tahu tak kenapa Encik Nashriq beria-ria nak cari gadis bernama Raihana ni?” Soal Wan Rohayu tiba-tiba. Dia teringin tahu apa yang disembunyikan oleh lelaki itu. Malah beberapa hari yang lalu dia ada bertanyakan Erman soal ini, tapi Erman seolah-olah enggan memberitahunya apa-apa. Dia hanya disuruh mencari gadis itu di kalangan pekerja-pekerja mereka.

Nashriq tersenyum hambar. “Dia adik saya Kak Wan.” Ujar lelaki itu tenang.

“Hah! Adik?” Wan Rohayu nampak terperanjat. Ganjil kata-kata Nashriq itu. Sejak bila lelaki itu mempunyai adik perempuan. Seingat Wan Rohayu, selama sepuluh tahun dia bekerja di Mega Timur, Nashriq Adli adalah satu-satunya anak tunggal pasangan Zainal Ikram dan Engku Latifah. Mana datangnya adik yang ini pula? Wan Rohayu tertanya-tanya sendiri.

“Oh ya Kak Wan, Duha Maisara pernah cakap dengan Kak Wan fasal dia nak berhenti kerja?” Tanya Nashriq tiba-tiba. Sekali lagi Wan Rohayu terperanjat.

“Kenapa pula dia nak berhenti kerja tiba-tiba?”

“Ada dia hantar surat berhenti?”

Wan Rohayu menggeleng. “Setahu Kak Wan tak ada. Dia pun dah lama tak jumpa dengan Kak Wan. Kenapa Encik Nashriq?” Tanya Wan Rohayu.

“Tak ada apa-apa.” Begitulah jawapan Nashriq selalu apabila ditanya. Wan Rohayu menarik nafas panjang. Hai macam-macam hal berlaku dalam pejabat sekarang ini.

* * * *

Nashriq merenung kedai buku itu dari tempat letak kereta di hadapan bangunan itu. Lama matanya singgah di situ. Dalam banyak-banyak tempat, hanya di situ dia belum mencari Duha Maisara. Entah kenapa dia lambat teringat tentang tempat yang disukai oleh gadis itu sekiranya waktu terluang. Tapi entah kenapa hatinya ragu-ragu mahu mencari Duha Maisara di situ. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia merasa serba-salah. Jauh di sudut hati, dia merindui gadis itu. Tapi pada yang sama dia takut pada hakikat yang didengarnya dari mulut ibunya.

“Encik Nashriq?” Suatu suara menegur. Dia menoleh. Syafa muncul dengan wajah hairan.

“Encik Nashriq buat apa di sini? Nak jemput Duha?” Tanya Syafa.

Mendengar kata-kata wanita itu, Nashriq tergaman sebentar. “Apa, Duha ada di sini?” Gilirannya pula bertanya. Syafa ketawa kecil

“Hmm Encik Nashriq ni pura-pura tanya pula. Masuklah ke dalam, dia tengah membaca di tingkat atas. Saya nak ke kedai hujung tu sekejap.” Ujar Syafa seraya melangkah pergi.

Nashriq memandang ke arah bangunan yang menempatkan kedai buku dua tingkat itu. Perlahan-lahan kakinya diatur, melangkah menuju ke pintu yang sedikit renggang. Dia melangkah masuk lalu mendaki tangga ke tingkat atas.

Dari jauh matanya menangkap sesusuk tubuh yang sedang ralit membaca. Renungan Nashriq singgah pada wajah itu, namun dia tidak terus pergi. Matanya terus menuju ke wajah Duha Maisara yang suram. Bunyi buku jatuh ke lantai membuatkan Duha Maisara berpaling. Nashriq tidak pula melarikan matanya. Renungan singgah ke wajah Duha Maisara yang seperti kaget.

“Maaf ya encik,” ucap seorang pelanggan yang baru sahaja terjatuhkan bukunya di tepi kaki Nashriq. Lelaki itu hanya mengangguk tanpa sebarang kata. Dia masih memerhatikan reaksi Duha Maisara yang kaku bila berhadapan dengannya.

Perlahan-lahan dia menghampiri gadis itu. Dia tunduk di sisi Duha Maisara yang keresahan. Wajah itu ditenung lama.

“Tak pergi kerja, tapi duduk di sini membaca. Bukankah itu sikap orang yang tak bertanggungjawab?” Nashriq bersuara. Duha Maisara tidak menjawab. Dia tunduk diam. Nashriq mengeluh. Tiba-tiba dia melunjurkan kakinya lalu duduk di samping gadis itu. Duha Maisara ingin bangun, tapi secara tiba-tiba tangan Nashriq memaut lengannya menyebabkan dia terpaksa duduk.

“Aku belum habis cakap.”

“Baik. Awak nak cakap apa dengan saya?” Duha Maisara memberanikan dirinya memandang lelaki itu.

“Aku nak kau balik ke pejabat esok.” Wajah Nashriq serius memandangnya.

“Saya dah berhenti kerja.” Jawab Duha Maisara.

“Berhenti kerja? Mana surat letak jawatan?” Sinis kata-kata Nashriq. Duha Maisara terkedu. Sememangnya dia masih belum menghantar surat itu.

“Selagi surat letak jawatan tidak sampai ke tangan aku, kau masih pekerja Mega Timur dan masih bekerja dengan aku.”

“Kalau begitu saya akan hantar surat itu esok dan letak atas meja awak.” Sambung Duha Maisara tetap berdegil.

Nashriq membuntangkan matanya. Sikap Duha Maisara membuatkan dia mula naik angin. Dia menerpa ke depan gadis itu membuatkan Duha Maisara tergamam.

“Dan selagi aku tak terima perletakan jawatan kau, kau tak boleh tinggalkan Mega Timur walau kau menulis seribu surat sekalipun,” bisik Nashriq di telinga Duha Maisara. Duha Maisara terpaku. Dia mula resah dengan sikap Nashriq.

...bersambung

Bab akan datang:

Mengapa Nashriq tidak benarkan Duha untuk meletak jawatan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience