Rate

Chapter 165

Romance Completed 26118

Bab 165

Apakah benar Zafran dan Duha Maisara tinggal serumah? Nashriq mula keliru. Tak mungkin! Tak mungkin ada sesuatu di antara mereka. Tak mungkin juga Duha Maisara akan menipunya. Entah kenapa perasaan Nashriq mula tidak keruan.

* * * *

“Damn it! Budak bedebah, berani dia pukul aku.” Engku Iskandar menumbuk meja di hadapannya sekuat hati. Dia benar-benar naik radang dengan peristiwa yang berlaku tadi. Malah dia amat pasti, sudah tentu peristiwa itu akan dijadikan topik hangat pekerja-pekerja di Mega Timur Construction.

Reyna hanya memerhatikan gerak geri lelaki itu sambil tersenyum. Dia memusing-musingkan gelas minumannya sambil ralit memerhatikan air di dalamnya berkocak sedikit.

“Reyna, you dengar tak cakap I ni?”

Wanita itu menoleh. “Dengar. Tapi apa yang you nak I buat? Dah memang salah you. You yang usik budak perempuan tu.”

Engku Iskandar merenung tajam ke wajah wanita itu. “ Ini bukan ayat yang I nak dengar dari mulut you. I nak gunakan Duha Maisara untuk hapuskan Nashriq. I tahu dia memang sayangkan Duha Maisara tu, macam dia sayangkan budak Raihana tu dulu.” Tegas Engku Iskandar.

Reyna menoleh. Nama Raihana yang disebut oleh lelaki itu menarik minatnya.

“Raihana? Siapa Raihana tu?”

Engku Iskandar tercengang. Dia memandang wanita itu tidak berkelip.

“You dah lupa siapa dia? Dia anak orang gaji di rumah Zainal yang kita hapuskan dulu.” Engku Iskandar cuba mengingatkan Reyna.

Wajah wanita itu berubah drastik. Dia termenung panjang. Kata-kata lelaki itu entah kenapa dia tidak suka mendengarnya. Dia tidak suka diingatkan dengan apa yang telah dilakukannya dulu.

“Budak tu…benar-benar dah mati ke?”

Engku Iskandar tergaman. Wajah Reyna memandangnya agak aneh.

“Kenapa tiba-tiba you ungkit tentang hal ni?”

“Saja I tanya.”

“I rasa dia dah mati. Orang-orang kita nampak tubuhnya berlumuran darah. Dia yang lari ke arah van tu, kalau tidak tentu sampai sekarang dia masih hidup.”

“Jadi maksud you Is, yang kita tak salah?” Soal Reyna.

Engku Iskandar terdiam.

“Atau you cakap begitu untuk tutup rasa bersalah you pada budak tu dan pada ibunya? Apa hati you masih ada perasaan belas kasihan pada budak tu. Lagipun dia darah daging you juga.” Bicara Reyna sambil tersenyum.

“You cakap apa ni?” Engku Iskandar mengetapkan bibirnya. Entah kenapa dia tidak suka dengan cara Reyna bertutur dengannya.

“Tak betul I cakap? She’s your own blood, Engku Iskandar. Darah dia dan darah yang mengalir dalam tubuh you tu sama sahaja. Sebab tu you setuju dengan rancangan I hantar perempuan tu ke rumah sakit jiwa kan?”

“Stop it. I don’t wanna heard a stupid things come out from your mouth.” Engku Iskandar bingkas bangun lalu segera beredar. Duduk di situ lebih lama bersama Reyna hanya akan membuatkan darahnya mendidih cepat. Reyna hanya tersenyum hambar memerhatikan kelibat lelaki itu berlalu pergi.

Sepeninggalan Engku Iskandar, Reyna termenung panjang. Ingatannya singgah tiba-tiba pada pertanyaan Estella tentang Vila Kecil. Dia hanya mampu mengeluh. Jawapan apa lagi yang harus diberi pada wanita itu, sedangkan jawapan itu hanya akan membuatkan Estella terus dihambat rasa bersalah. Bagaimana pula dengan aku? Tidakkah aku juga rasa bersalah kerana menganiayai keluarga itu?

Lapan tahun dahulu, dia membawa Maisara Hadi ke rumah sakit jiwa Al-Raudah selepas wanita itu sedar dari komanya. Dia sendiri tidak tahu kenapa tiba-tiba wanita itu boleh sedar dari koma, sedangkan ubat-ubat yang dibekalkan saban masa ke dalam urat darah wanita itu adalah untuk memastikan wanita itu tidur buat selama-lamanya. Tapi suatu hari, panggilan yang diterimanya dari Engku Iskandar membuatkan dia cemas seketika.

“Reyna, hospital baru telefon I tadi. Maisara dah sedar. Macamana ni? Macamana kalau perempuan tu bongkarkan rahsia kita?” Suara lelaki itu benar-benar cemas.

Dia segera berkejar ke hospital. Namun melihat keadaan wanita itu, dia boleh bernafas tenang. Wanita itu tidak seperti dulu lagi. Hanya tubuhnya sahaja yang normal seperti biasa, namun mindanya seolah terawang-awang.

“Sepatutnya kita bunuh dia saja macam yang Albert mahukan dulu,” ucap Engku Iskandar sedikit kesal. Dia hanya diam. Matanya asyik memandang wajah wanita itu yang kelihatan kaku.

“Kita tak boleh bunuh wanita yang sama dua kali,” dia berbicara begitu. Engku Iskandar tergaman. Reyna memandang lelaki itu tidak berkelip.

“Kita kena rahsiakan dari Albert yang perempuan ni masih hidup. Tentu buruk padahnya kalau Albert tahu kita tak bunuh dia empat tahun dulu. Lagipun you nak takut apa Is, dengan keadaan dia sekarang, mana mungkin dia boleh bongkarkan rahsia you.” Ujar Reyna lagi.

...bersambung

Bab akan datang:

Siapakah ayah kandung Duha sebenarnya kalau bukan Bustaman?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience