Rate

Chapter 169

Romance Completed 26118

Bab 169

Tapi tiba-tiba ada suatu benda keras menghantuk kepala aku. Lepas tu aku tak ingat apa-apa lagi. Sedar sahaja dari pengsan, aku nampak api tengah marak membakar vila tu. Badan aku pula basah dengan petrol. Aku cuba nak selamatkan Zainal tapi dah terlambat. Bila pihak polis muncul, mereka terus tangkap aku. Kata pihak polis, ada seseorang menelefon mereka memberitahu yang aku cuba membunuh Zainal.” Cerita Munif membuatkan dia termenung panjang.

“Asri, aku rasa ada orang sengaja nak perangkap aku!”

Dia memandang wajah Munif yang nampak takut. “Sabar Munif, aku akan cari jalan keluarkan kau dari sini. Biar siapa pun orangnya, aku akan pastikan pembunuh Zainal ditangkap dan diburu.”

“Terima kasih Asri sebab kau percayakan aku. Aku tak tahu kenapa, tapi hati aku kuat mengesyaki Engku Iskandar. Aku rasa dia dalang utama, lagipun dia dah lama bencikan Zainal bila Zainal dapat tahu dia gelapkan duit syarikat. Cuma yang aku bimbangkan adalah keselamatan Hana dan Maisara. Kau tolonglah aku keluarkan mereka dari rumah tu Asri.” Rayu Munif.

“Tapi kenapa?”

“Aku rasa Engku Iskandar dah tahu siapa Hana yang sebenarnya. Aku nampak dia menyorok di belakang pintu semasa aku dengan Zainal berbual-bual tempoh hari.”

Dia tergamam mendengar kata-kata Munif. Tentu bahaya jika Engku Iskandar mahupun Engku Latifah dapat tahu siapa Raihana dalam keluarga itu. Rahsia yang mereka sembunyikan sejak lama dulu akan terbongkarkah?

Namun sekali lagi dia terlewat apabila mendapat tahu Raihana dan ibunya sudah pun dihalau keluar dari rumah itu. Malah tidak ada seorang pun pekerja di rumah Zainal yang tahu ke mana kedua beranak itu pergi.

Dua belas tahun dia mencari, tapi tak disangka-sangka dia bertemu semula dengan gadis itu. Tapi mendengar cerita dari versi Doktor Habibah pula, hatinya seakan merasai ada sesuatu yang tak kena dua belas tahun yang lalu. Tentang Raihana yang diculik dan mahu dijual ke sempadan, tentang Maisara yang hampir gila, semuanya membuatkan otaknya berfikir lebih pantas. Namun dia yakin semua ini sudah dirancang. Apakah Engku Latifah terlibat sama? Entah kenapa, dia rasa dia perlu melawat wanita itu suatu hari nanti. Dia perlu tahu semua cerita yang terselindung sejak lama dulu. Tapi sebelum itu, dia harus memastikan sesuatu. Tentang apakah Duha Maisara dan Raihana orang yang sama?

******

Duha Maisara terkejut apabila sebuah kereta singgah betul-betul di hadapannya. Dia mengerling ke arah cermin gelap yang baru sahaja diturunkan. Suatu wajah menjengah keluar dengan senyuman, membuatkan Duha Maisara terjerit.

“Pak Cik Asri?” Dia bagaikan tidak percaya.

“Duha nak ke mana ni?” Tanya lelaki itu.

“Err tak ke mana-mana, cuma nak ke kedai hujung simpang tu saja,” jawabnya. Dia tidak menyebut langsung tentang dia hendak ke kedai Syafa, meminta supaya wanita itu mengambilnya bekerja semula.

“Kalau macam tu, mari berbual-bual dengan pak cik.” Pelawa Asri sambil membukakan pintu untuk gadis itu. Duha Maisara tidak terus melangkah. Sebenarnya dia serba salah mahu mengikut Asri. Lagipun dia tidak kenal sangat dengan lelaki itu, meskipun dia yakin lelaki di hadapannya itu baik orangnya.

“Jangan bimbang, sekejap sahaja. Pakcik nak ajak Duha temankan pak cik ke suatu tempat.” Ujar lelaki itu lagi bagaikan tahu gelodak perasaannya.

Mahu tak mahu Duha Maisara melangkah masuk ke dalam kereta. Namun di sepanjang perjalanan, lelaki itu diam sahaja. Hanya sesekali dia bertanya sesuatu. Dalam diam-diam dia mengerling lelaki itu. Dia tidak tahu kenapa berada di samping lelaki separuh umur itu, dia rasa selamat dan tenang. Tapi perasaan itu mendamaikan sama seperti apabila dia berada bersama ayahnya sendiri.

“Kita nak ke mana ni pak cik?” Tanya Duha Maisara apabila perasan kereta yang dinaikinya semakin jauh meninggalkan Kuala Lumpur.

“Duha jangan bimbang. Pak cik tak berniat buruk pada Duha. Cuma pak cik nak minta Duha temankan pak cik ke suatu tempat. Pak cik nak melawat kawan lama.” Ujar lelaki itu. Duha Maisara tidak lagi bersuara meskipun dia rasa aneh dengan permintaan lelaki itu.

Hampir dua jam perjalanan, kereta itu membelok ke suatu arah. Duha Maisara terkesima seketika. Dia memandang lelaki itu, seperti ingin berkata sesuatu. Namun entah mengapa suaranya seakan tidak mahu keluar. Papan tanda kampung Telaga Pandak semakin jauh ke belakang.

Apabila kereta itu singgah di kawasan perkuburan, Duha Maisara semakin tidak mengerti. Rasa bingung dan keliru hadir serentak.

“Kita dah sampai.” Asri menoleh lalu tersenyum memandang gadis itu.

“Pak cik, kita sebenarnya nak melawat siapa di sini?”

“Seorang teman lama yang sangat rapat dengan pak cik.” Ucap Asri perlahan.

...bersambung

Bab akan datang:

Siapakah teman lama yang dikatakan itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience